Pages

Thursday, 10 August 2017

BERUSAHALAH UNTUK BANGUN QIAMUALLAI, TAHAJJUD DI MALAM HARI SEBELUM SUBUH

Ulama hadis mengatakan bahawasanya " Malam itu lebih baik daripada siang." Hal ini kerana setiap malam adanya waktu diijabahkan doa, mustajab doa. Manakala di siang hari hanya ada waktu diijabahkan doa pada waktu-waktu tertentu sahaja. Seperti di hari jumaat ada waktu diijabahkan doa tetapi pada waktu yang sekejap sahaja sementara hari yang lain tidak disebutkan.

Akan tetapi pada setiap malam ada waktu yang akan diijabahkan doa oleh Allah سبحانه وتعالى. Oleh yang demikian malam itu merupakan waktu yang tersangat berharga bagi seseorang. Waktu mustajab doa itu ada kalanya akan diketahui oleh orang-orang yang diberikan cahaya oleh Allah سبحانه وتعالى, orang yang hampir dan dekat dengan Allah dan orang yang soleh.

Oleh yang demikian, barangsiapa yang beribadah di malam hari akan memperoleh kemuliaan daripada Allah سبحانه وتعالى sehingga Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya.

"Bahawasanya waktu mustajab doa di malam hari itu berbeza mengikut perbezaan malam. Kadang-kadang berlaku di tengah malam. Sebahagian malam pula berlaku 1/3 malam yang awal." Dan dalam kebanyakan riwayat menyebutkan waktu mustajab doa itu adalah pada 1/3 malam yang akhir.

Berkata Imam Sufyan Al-Tsauri Rahimahullah "Aku tidak bersedih semenjak 40 tahun melainkan kesedihanku adalah apabila terbitnya waktu fajar. Manakala Imam Abu Talib Al-Makki Rahimahullah mengatakan "Kalau tidak kerana wujudnya qiamuallai nescaya aku tidak suka hidup di dunia." Ketahuilah rahmat dan kasih sayang yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada orang-orang yang beribadah di akhir malam sangatlah besar.

Dalam setiap waktu solat kita meminta, memohon hidayah daripada Allah سبحانه وتعالى. Akan tetapi di akhir malam setiap hari Allah سبحانه وتعالى menyeru kepada kita untuk meminta pasti akan diberikan. Barangsiapa yang inginkan pengampunan daripada Allah pasti akan Allah berikan. Dan barangsiapa yang inginkan pelindungan daripada Allah pasti Allah akan berikan perlindungan. Dan barangsiapa yang meminta ingin memohon hajat dan permintaan maka pasti Allah akan diijabahkan.

Oleh yang demikian, barangsiapa yang ingin menuntut kebaikan daripada Allah, hampir dan dekat kepada Allah سبحانه وتعالى maka hendaklah dia berusaha untuk bangun qiamuallai, tahajjud sebelum sahur untuk beribadah dan berdoa maka sudah pasti akan diijabahkan doanya.

Apabila kamu ingin bangun untuk melakukan qiamuallai, tahajjud maka berdoalah kepada Allah supaya hati kamu bersih dan jauhi segala dosa dan maksiat, kurangkan makan di malam hari agar memudahkan kita qiamuallai, tahajjud, beristghfar dan bertasbih sebelum tidur, membaca doa dan wirid-wirid yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ maka pasti Allah سبحانه وتعالى akan permudahkan kamu untuk qiamuallai, tahajjud.

Ingatlah barangsiapa yang makan banyak maka dia sukar untuk bangun malam kerana syaitan pasti akan menghalangnya untuk bangun beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.

Ketahuilah orang yang cinta kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ mesti akan bangun qiamuallai. Tidak dicintai seseorang itu oleh Allah melainkan dia cinta kepada Rasulullah ﷺ kerana Baginda Rasulullah ﷺ adalah Penghulu kepada semua orang yang melakukan qiamuallai.

Apabila kamu itu ingin menjadi seorang Wali yang besar maka hendaklah kamu melakukan qiamuallai, tahajjud di malam hari sebelum subuh.

[HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

No comments:

Post a Comment