Awal darjat kesolehah itu adalah apabila kamu mencintai orang-orang yang soleh. Orang yang tidak cinta kepada orang yang soleh maka ianya bukan daripada kalangan orang yang soleh.
Apabila seseorang ingin menjadi soleh. Ianya perlulah mencintai orang yang soleh dan cinta kepada Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ merupakan satu sifat yang soleh.
Apabila seseorang itu mencintai orang-orang yang soleh, Para Sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ ia akan menjadi penyebab untuk dirinya menjadi orang yang soleh.
Tanda kedua orang yang soleh adalah bilamana kamu sentiasa menyebut, berdoa kepada kedua ibu bapa kamu. Kalau mereka sudah meninggal dunia maka pohonlah keampunan kepada mereka. Sekiranya mereka masih lagi hidup maka berdoalah untuk kebaikan mereka.
Kalau kamu rajin berdoa kepada kedua ibu bapa kamu maka kamu merupakan orang yang soleh. Apakah buktinya?
Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu katanya Nabi ﷺ bersabda "Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan iaitu
1)Sedekah jariah.
2)Ilmu yang bermanfaat.
3)Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Tidak akan berdoa seseorang anak itu baik lelaki mahupun perempuan kepada kedua ibu bapanya melainkan ianya adalah merupakan anak yang soleh.
[HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF]
#thecapal
FB: The Capal
No comments:
Post a Comment