Berkhidmatlah untuk Islam. Jangan kita layan kata-kata orang terhadap diri kita. Jangan kita layan pujian orang ataupun celaan orang. Bila Allah سبحانه وتعالى muliakan kita dalam boleh berkhidmat satu pintu daripada pintu-pintu Islam maka jangan sesekali kita tinggalkan pintu itu.
Sebab manusia ini memang sifatnya dia akan sentiasa bercakap tentang orang lain. Buat jahat orang cakap, buat baik pun orang akan bercakap tentang diri kita. Oleh kerana itu, jangan kita hiraukan apa pandangan manusia terhadap kita tetapi yang sepatutnya kita risaukan apa pandangan Allah سبحانه وتعالى terhadap diri kita.
Sebagai contoh, mereka yang bekerja, berkhidmat di Rumah Allah baik itu di masjid ataupun surau. Berkhidmat membantu orang fakir miskin maka jangan sesekali tinggalkan khidmat ini. Jangan kita layan pujian ataupun celaan orang sebab Allah سبحانه وتعالى sudah pun muliakan kita.
Kalau bukan kerana Allah sudah muliakan kita maka sudah pasti kita tidak akan dapat buat apa yang kita lakukan sekarang ini. Ingatlah jangan sesekali kita tinggalkan sesuatu perkara kebaikan kerana buah mulut orang sebab kata-kata orang yang suka mengata ini adalah syaitan punya kerja.
Sepertimana di zaman Nabi Muhammad ﷺ sendiri pun. Baginda Rasulullah ﷺ dikatakan pembohong oleh Abu Jahal dan orang-orang musyikin. Mereka tuduh Nabi ﷺ penyihir, mereka tuduh Nabi ﷺ gila, mereka tuduh Nabi ﷺ munafik, sukakan perempuan, sukakan jawatan, harta benda dan bermacam-macam lagi tuduhan tetapi Baginda Rasulullah ﷺ sedikit pun tidak melayannya, membalasnya.
Bahkan Nabi ﷺ bersabda "Demi Allah. Kalau diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku meninggalkan agama ini maka sesekali aku tidak akan tinggalkan sehinggalah Allah akan memunculkan benda itu ataupun aku mati."
Maka jangan sesekali kita cuba tinggalkan pintu berkhidmat untuk agama ini walaupun apa-apa cara sekali pun. Setiap daripada kita diberikan kelebihan masing-masing. Jadi gunakan apa kelebihan yang kita ada untuk berkhidmat untuk agama. Kita sebarkan kebaikan.
#MutiaraKata[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]
#thecapal
No comments:
Post a Comment