Pages

Wednesday, 9 August 2017

JANGAN JAUH-JAUH DENGAN PARA ALIM ULAMA DAN PARA SOLIHIN

Orang-orang di zaman dahulu ketika mana mereka ingin mendapatkan ilmu ingin mendengarkan ilmu ingin mendapatkan sanad hadis-hadis Rasulullah ﷺ maka mereka akan pergi mencari, mendapatkan duduk bertalaqqi kepada Para Masyeikh sama ada ianya ketika berjumpa berada di jalanan ataupun dengan hadir ke tempat pengajian mereka majlis ilmu.

Terutama sekali apabila datangnya seorang alim yang besar yang datang dari negeri yang jauh maka mereka akan berbondong-bondong keluar untuk berjumpa dan menghadiri majlis orang alim tersebut.

Sepatutnya begitulah kita lakukan apabila kita mendengar datangnya seorang alim yang besar dari negeri yang jauh maka sepatutnya kita berbondong-bondong untuk menghadiri daripada majlisnya untuk kita mengambil keberkatan dan mengambil sanad daripada Syeikh tersebut.

Dikisahkan di zamannya Al-Imam Abu Ishaq Al-Shirazi Rahimahullah. Ketika beliau masuk ke suatu perkampungan maka setiap penduduk daripada penghuni kampung tersebut akan keluar untuk melihat dan mengambil keberkatan Al-Imam Abu Ishaq Al-Shirazi ini. Beliau ini merupakan di antara Ulama yang dikenali sebagai orang yang dikabulkan doanya.

Sampai disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Bidayah wa An-Nihayah bahawasanya manusia pada masa itu di zamannya sangat-sangat mengambil keberkatan Imam Abu Ishaq Al-Shirazi Rahimahullah sehingga orang-orang yang tak pernah berjumpa dengan Imam Abu Ishaq Al-Shirazi ini maka mereka akan mengambil keberkatan daripada tanah tempat yang dipijak oleh Imam Abu Ishaq Al-Shirazi hatta tempat yang pernah dipijak oleh tunggangan beliau.

Tengoklah macam mana generasi-generasi terdahulu yang mana mereka masih lagi mempunyai aqidah pegangan yang murni yang bersih yang bersambung kepada Para Sahabat dan Baginda Rasulullah ﷺ.

Mereka mengambil keberkatan daripada Imam Abu Ishaq Al-Shirazi Rahimahullahu Ta'ala sehingga Imam Ibnu Katsir Rahimahullahu Ta'ala membawa kisah ini menceritakan di dalam kitabnya mengenai orang-orang yang mengambil keberkatan Imam Abu Ishaq Al-Shirazi Rahimahullahu Ta'ala.

Bukan seumpama orang-orang di zaman kita sekarang ini yang mana ada segelintir daripada kita yang mengatakan "Bilamana seseorang itu mengambil keberkatan daripada Para Ulama daripada orang-orang soleh. Tabaruk dengan Para Ulama dengan orang-orang soleh dengan amal-amal soleh maka dikatakan bidaah, syirik, sesat dan sebagainya."

Terbalik pemikiran orang-orang dahulu dengan orang-orang zaman sekarang ini. Oleh kerana itu pentingnya kita untuk menuntut ilmu, mempelajari ilmu agama agar kita dapat memperisai diri kita mengetahui yang mana satukah yang haq dan yang mana satukah yang batil untuk kita menyelamatkan diri kita terutama sekali di akhir zaman ini.

[HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#thecapal
FB: The Capal

No comments:

Post a Comment