Alangkah ruginya kita ini kalau lidah kita ini berat, malas dan tak mahu untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Tak nak merebut, tak nak mendapatkan ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى khusus kepada kita semua ummat Nabi Muhammad ﷺ.
Para Ulama mengatakan "Sekurang-kurangnya setiap hari hendaklah kita ini paling kurang berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah sebanyak 300 kali." Bahkan itu pun sebenarnya tidak cukup. Kalau boleh kita cubalah untuk berselawatlah kepada Baginda Rasulullah ﷺ setiap hari 1000 kali atau lebih daripada itu.
Bagi mereka yang telah pun dapat merasakan kelazatan selawat ini maka lidah mereka akan menjadi ringan dan tidak akan puas untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ
Allah!! Kita nak menjadi golongan yang seperti ini. Yang mana mereka sudah dapat merasai akan kelazatan berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Sebaliknya, kalau sekiranya kita ini susah dan berat untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.
Maka ketahuilah sesungguhnya kita ini telah pun ditewaskan termasuk di dalam tipu dayanya syaitan yang tak nak dan tak mahu melihat diri kita ini untuk dekat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.
[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]
No comments:
Post a Comment