SOALAN : Adakah dalil sohih bab sapu muka lepas solat?
JAWAB : Salam.. terima kasih atas soalan yang baik ini, perkara ini adalah antara kekeliruan viral yang sengaja dibangkitkan dan berulang kali yang dicetuskan oleh golongan sesat puak Wahhabi.
Antara kesesatan puak Wahhabi ialah mengharamkan perbuatan; "menyapu muka selepas solat". Sedangkan dalam ajaran agama Islam ianya ada keharusan dalam melakukan perbuatan tersebut, buktinya dengan merujuk kepada perkara seperti berikut:
Kitab yang puak Wahhabi rajin usung ke sana ke mari iaitu kitab karangan Imam an-Nawawi iaitu "al-Azkar" yang di dalamnya ada menyebut dengan berkata:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Maksudnya: "Dan diriwayatkan kepada kami di dalam kitab Ibn al-Sunni dari Anas radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata: "Adanya RasūluLlāh ﷺ ketika selesai dari solat-nya, Baginda ﷺ MENGUSAP DAHI-NYA DENGAN TANGAN KANAN-NYA lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya ALlāh, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (sila rujuk kitab al-Azkar, m/s 69).
Dalam kitab jawi yang berjudul "Munyatul Musallin" juga ada menyebut mengenainya, malah semua ini telah dijelaskan oleh Ust Ayman Akiti di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya RasūluLlāh ﷺ itu mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan-nya setiap kali selesai doa.
Telah terdapat di dalam sebahagian hadith² menyebut yang seperti berikut:
عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه
Maksudnya: "Telah diceritakan dari al-Saib ibn Yazid dari bapa-nya bahawa Nabiy ﷺ adanya Baginda ﷺ ketika berdoa mengangkat kedua belah tangan-nya lalu mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan."
(Hadith rowahu Sunan Abu Dawud, no. 1275)
Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah selesai solat-nya untuk mengusap wajah-nya dengan kedua belah tangan-nya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah "doa", kerana terkandung di dalam-nya beberapa doa kepada ALlāh Yang Menjadikan Maha Suci-Nya Ta'āla.
Justeru, barangsiapa solat maka dia benar² telah berdoa kepada ALlāh azza wa Jalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajah-nya setelah setiap kali selesai solat. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Azkar:
وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Maksudnya: "Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata: "Adanya RasūluLlāh ﷺ ketika selesai solat-nya, Baginda ﷺ mengusap dahi-nya dengan tangan-nya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya ALlāh, hilangkanlah dari-ku kesusahan dan kesedihan."
(al-Azkar, m/s 69).
Dan hadith Sayyidina Umar radhiyāLlāhu 'anhu yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi:
أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رَفَعَ يديه لا يردُّهما حتى يمسح بهما وجهَهُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi ﷺ sekiranya mengangkat tangan-nya (untuk berdoa), Baginda ﷺ tidak akan meletakkan tangan-nya ke bawah kembali melainkan selepas disapu ke muka-nya."
Ramai dikalangan ulama Wahhabi mengatakan hadith ini DHOIF dan menolak untuk mengamalkannya, akan tetapi, Ibnu Hajar al-Asqolani yang syarah Sahih Bukhari sendiri ada menyebut di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith² saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Dawud dan juga beberapa kitab hadith yang lain. Justeru, disunatkan untuk menyapu muka selepas berdoa.
Kesimpulannya: terpulanglah pada tuan puan, samada hendak ikut ulama besar yang ada PhD (perasan 'alim dari Ibnu Hajar al-Asqolani) itu ke atau hendak ikut apa yang diajar oleh Imam an-Nawawi.!? Peliknya, kitab ini jugalah yang di-usung oleh puak² gelong itu ke sana ke mari dengan bersungguh² mengajar kitab² besar Imam an-Nawawi... mustahil mereka bule terlepas pandang dalam bab ini yang mana ianya ada di dalam kitab tersebut dan dijelaskan oleh Imam an-Nawawi sendiri, atau pun mereka itu sengaja buat² tidak perasan.!?
Puak Wahhabi kata: "Hati² dengan hadith dhoif, jangan kata dari RasūluLlāh ﷺ, boleh jadi ianya PALSU."
Lebai kata: "Hati² hendak mengatakan hadith dhoif itu maudhu', bule jadi ianya SAHIH, maka kamu telah mengatakan RasūluLlāh ﷺ pendusta."
Akhir sekali, saya mendoakan semoga segala amalan ibadah kita diterima oleh ALlāh Yang Maha Esa dengan berbekalkan akidah bahawasanya;
'ALlāh Tidak Serupa Dengan Makhluk'.
Sumber : FB Lebai Kampung.
No comments:
Post a Comment