Apa sahaja kehidupan kita atas nama islam, atas nama kita beriman kepada Allah, nak ikut syariat Nabi ﷺ maka pasti kita akan diuji. Mustahil tak akan diuji.
Pernah seorang sahabat Nabi ﷺ pergi berjumpa dengan Nabi ﷺ. Dia mengatakan "Ya Rasulullah. Sesungguhnya aku sayang kepada kamu Ya Rasulullah." Maka Rasulullah ﷺ bertanya "Betul ke kamu sayang?"
Sahabat tadi mengatakan "Betul aku sayang kepada kamu Ya Rasulullah." Rasulullah ﷺ tanya lagi bukan bertujuan untuk memberikan keraguan ataupun sebagainya tetapi nak bagi keyakinan yang lebih kepada Para Sahabat.
Lalu Rasulullah ﷺ mengatakan "Betulkah kamu ini sayang kepada aku?" Maka kata Sahabat tadi "Ya benar-benar aku sayang dan cinta kepada kamu Ya Rasulullah." Maka Rasulullah ﷺ menjawab "Kalau kamu kata macam itu maka sudah pasti kamu akan diuji oleh Allah."
Kalau kita sayang Rasulullah ﷺ sudah pasti Allah tidak akan menghamparkan karpet merah untuk kita lalu dengan senang-lenang ketika hidup di dunia ini tapi Allah سبحانه وتعالى akan menguji kita.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Saidaitina Khadijah Binti Khuwailid Radhiyallahu'Anha isteri Nabi ﷺ yang sudah pasti mendapat jaminan keselamatan, tak akan diganggu gugat kerana itu isterinya Rasulullah ﷺ.
Tidak ada lelaki yang paling baik di atas muka bumi ini melainkan Rasulullah ﷺ tapi diuji. Asalnya Saidaitina Khadijah Radhiyallahu'Anha merupakan seorang bangsawan, seorang jelitawan, seorang yang cantik, seorang yang dermawan tapi bila bersama Rasulullahﷺ tak ada makanan.
Nak beli makanan dipulaukan sehinggakan mati dalam keadaan sakit sebab tidak ada makanan. Rasulullah ﷺ menangis. Itu ujian daripada Allah ke atas hamba-hambaNya.
Maka atas dasar itulah kita ini bila diuji oleh Allah سبحانه وتعالى. Pertama sekali kita kena mengambil konsep semuanya datang daripada Allah سبحانه وتعالى. Mungkin kita tak diuji lagi. Kita cakap senang tapi apabila kita menghadapi semua perkara yang sama mungkin kita akan hilang sabar, hilang tumpuan, hilang kawalan, hilang, khusyuk kita di dalam melakukan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى.
Ingatlah Nabi ﷺ suka diuji dan Nabi ﷺ bersyukur dan hati Baginda ﷺ MashaAllah tenang. Sebab apa? Kerana inilah perasaan yang akan dihadapi bagi mereka yang beriman yang ditimpa masalah.
Asal kekurangan duit, kekurangan harta dia rasa itu biasa. Itu ujian daripada Allahسبحانه وتعالى. Yang dahulunya senang sekarang dapat dengan ujian daripada Allah سبحانه وتعالى.
Yang kita sama-sama kena fikir. Setiap apa yang belaku sudah pastinya Allah سبحانه وتعالى ada hikmahnya disebalik apa yang Allah nak buat pada kita. Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi ini. Terlalu banyak!!!
Tapi jangan sampai kita diuji dengan nikmat yang banyak sehingga kita ini sukar untuk menghampirkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Mari kita muhasabah diri kita. Jangan kita berasa terlalu senang dan gembira dengan segala nikmat yang sedang kita perolehi ini.
Mempunyai harta dan kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat. Dato/Tan Sri /Dr./ Prof dan sebagainya. Dikenali disanjung oleh masyarakat tapi tidak dikenali, tidak dibanggakan oleh Allah, Rasul-Nya dan Para Malaikat-Nya tidak mempunyai apa-apa erti.
Mengejar kesenangan dunia sampai kita langsung tidak mempunyai masa dengan Allahسبحانه وتعالى. Bagaimana dengan solat berjemaah kita setiap hari? Bacaan Al-Quran kita? Zikirullah kita? Selawat kita? Sedekah kita? Menghadiri majlis-majlis ilmu? Dan amal ketaatan yang lainnya?
USTAZ HANIF HARON
No comments:
Post a Comment