Pages

Sunday, 14 January 2018

BERSYUKURLAH KITA DIPILIH OLEH ALLAH

Bersyukurlah kita kepada Allah سبحانه  وتعالى apabila Allah memberikan hidayah kepada diri kita untuk kita ini nak kembali bertaubat kepada Allah سبحانه  وتعالى, lidah kita selalu nak berzikir, hati kita selalu mengingati kepada Allah, kaki kita mudah nak mari solat berjemaah, hadir mendengar majlis ilmu dan sebagainya.

Itu tandanya Allah sayangkan kepada kita dan Allah nak berikan kebaikan kepada kita. Hidayah itu mahal, Islam itu mahal, iman itu mahal, yakin itu mahal. Tidak semua orang boleh mendapatkannya sebab itu Allah سبحانه  وتعالى berikan dunia ini kepada semua orang.

Tidak kira orang beriman ataupun orang kafir pun. Semuanya dapat rezeki daripada Allah سبحانه  وتعالى tapi di dalam melibatkan urusan akhirat ini Allah hanya berikan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Orang yang Allah sayangkan sahaja.

Macam Rasulullah ﷺ yang sayang pada ayah saudara Baginda ﷺ tapi tetap Rasulullah ﷺ tidak dapat memberikan syafaat, tidak dapat memberikan Islam kepada ayah saudara Baginda Nabi ﷺ. Sebab apa?

Kerana Allah سبحانه  وتعالى punya hak memberikan hidayah. Begitu juga kita yang memberikan makan kepada keluarga kita, pakaian, nafkah, menunaikan amanah kita dan sebagainya tapi yang selebihnya Allah سبحانه  وتعالى yang punya kerja untuk nak berikan hidayah ataupun tidak.

Kerja kita cuma tunjukkan sesuatu yang baik, contoh, ikutan yang mana kita boleh menjadi asbab turunnya hidayah Allah سبحانه  وتعالى kepada orang-orang di sekeliling kita dan jangan kita putus asa untuk berdoa dan berdoa kerana doa itu adalah senjata utama kita. nasihatlah dengan penuh berhikmah tanpa melukakan hati siapa-siapa.

[USTAZ HANIF HARON HAFIDZOHULLAH]

No comments:

Post a Comment