Assalamualaikum Pak Su Khairol.
Nk minta pendapat skit lah...sudilah kiranya berkongsi ilmu dgn k.yong dgn adinda Sri Hr. Kita disuruh mengejar/mengambil dunia ini sekadar yg perlu sahaja. Malah sy teringat kpd kata2 abi@Sifu سيفو utk mengejar ahkirat kerana otomatik dunia akan ikut kita. Yg sy musykil ini ialah...'sekadar yg perlu' tuh nk sukat macamana? Aduh...pusing...pusing
Nk minta pendapat skit lah...sudilah kiranya berkongsi ilmu dgn k.yong dgn adinda Sri Hr. Kita disuruh mengejar/mengambil dunia ini sekadar yg perlu sahaja. Malah sy teringat kpd kata2 abi@Sifu سيفو utk mengejar ahkirat kerana otomatik dunia akan ikut kita. Yg sy musykil ini ialah...'sekadar yg perlu' tuh nk sukat macamana? Aduh...pusing...pusing
- Pak Su Khairol Waalaikumusalam Nor Saidah Ismail dan Sri Hr....Pak Su Khairol cuba beri apa yang termampu..namun harap nanti kak yong cuba minta lagi penjelasan2 dari yg lain, contohnya abi Sifu سيفو
Pak Su Khairol mulakan dulu dengan ZUHUD.
Zuhud terhadap dunia ini bukanlah bermakna tinggal dunia atau melupakan habuann di dunia .
" Sesungguhnya bumi itu akan diwarisi oleh hamba hamba-Ku yang soleh."...........................Al- Anbiya : 105.
Allah swt mewariskan bumi ini kpd hamba2-Nya yang soleh, bererti bahawa antara peranan org yg soleh itu ialah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan menguasai dunia serta mentadbirkannya. Bukanlah seperti anggapan segolongan orang yang keliru tentang zuhud sehingga mereka meninggalkan kepentingan dunia dengan pakaian compang camping dan membiarkan diri hidup papa kedana. - Pak Su Khairol Jika yg dimaksudkan zuhud terhadap dunia itu meninggalkan kepentingan dunia,sehingga dunia dan juga negara dikuasai oleh orang kafir yg ingkar terhadap Allah.Jika demikian tentunya tiada wujud dalam sejarah terutamanya di zaman Rasulullah saw , orang2 yang bergelar hartawan seperti Abdul Rahman bin Auf dan juga para khulafa Ar Rasyidin yg memerintah negara dan menguasai hampir separuh dunia............
- Pak Su Khairol Perbezaan antara org yg beriman dgn mrk yg tidak beriman dari sudut pandangan dunia ini ialah bahawa orang beriman itu zahid terhadfap dunia , tidak mencintai kekayaan dunia dan pangkat kemegahan..mereka menjadikan harta dan pangkat sebagai wasilah untuk melaksanakan perintah Allah..kerana banyak dari syariat Allah yg memerlukan sokongan harta kekayaan dan juga pangkat kedudukan bg mentadbir dan mengislah dunia. Harta dan pangkat sebagai amanah Allah yg akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
- Pak Su Khairol Sementara org yg tidak beriman memandang dunia ini sebagai matlamat tujuan yg terakhir. mereka merebut kekayaan dunia walau dengan apa cara sekalipun. mereka jugta memburu pangkat dan kedudukan kerana ia akan memudahkan cita cita mereka untuk meraih dan menguasai berbagai keistimewaan di dunia iaitu kesenangan,kekayaan dan juga kemegahan.
- Pak Su Khairol zuhud atau membenci dunia itu bukan bererti mereka melupakan tanggungjawab mencari harta,kerana harta itu ibarat najis binatang yg kadangkala diperlukan sebagai baja bagi menyuburkan pokok,yg menjadikan tujuan ialah kesuburan pokok..maksud Pak Su Khairol ialah harta mesti dicari untuk menjadi alat bg menyuburkan akhirat,jika harta dihimpun utk bersenang2 didunia bererti mereka umpama org yang lupa menggunakan najis binatang untuk membaja pokok,so bagaimanakah mereka boleh mengharap pokok tanaman mereka akan subur...
- Pak Su Khairol Yang dimaksudkan zuhud bukanlah bererti orang yg tidak memiliki harta,sebaliknya mereka adalah orang2 yang banyak harta tetapi dia tidak merasakan harta itu adalah miliknya seorang.digunakan hartanya itu kejalan yg diredhai Allah.
- Pak Su Khairol Akhir sekali dari pak su ,lantaran orang yg zahid/zuhud telah berjaya menambat dunia diluar hatinya,oleh itu dunia dan pangkat kedudukan itu seperti ombak besar yg mengganas diluar bahtera...selama mana ia berjaya menjaga kekuatan dinding bahtera pasti dia terselamat dari bahaya ombak ganas itu. sebaliknya ombak dunia itu akan menyerbu ke dalam hati manusia yg tidak zuhud,maka bagaimanakah dia akan selamat dari ombak yang telah menenggelamkannya..............
- Pak Su Khairol harap sahabat2 fb Pak Su Khairol..Abi Sifu سيفو,Ibn A'iman,Pak Uteh,Mohd Fauzi Ab Rahman,Mohd Yazid Mahmood dapat sekali memberikan sedikit pencerahan.....
- Pak Uteh Allah swt utus manusia dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah dan taat kepada perintah serta larangan Allah swt, mengikut cara Nabi Muhammad saw..gunakan kehidupan yang sementara ini untuk taat kepada Allah swt..perjalanan kita di dunia ini ibarat seorang perantau yang akan singgah di setiap persinggahan untuk mendapatkan bekalan bagi meneruskan perjalanan untuk destinasi yang ditujunya..Tetapi sebenarnya, kehidupan perjalanan kita yang sebenarnya akan bermula apabila kereta keranda yang bawak kita sampai pada stesen minyak(KUBUR) untuk isikan minyak,bagi meneruskan perjalanan yang pertama untuk sampai ke destinasinya yakni syurga Allah swt..:-)
- Pak Uteh jika persinggahan pertama kita di kubur selamat..maka selamatlah untuk perjalanan yang seterusnya...begitu juga sebaliknya...
- Pak Uteh mintak maaf antum semua...nasihat ini untuk ana yang lemah...bukan niat untuk mengajar sesiapa...:-)
- Pak Uteh Pak Su Khairol:syukur pada Allah swt..kerana Allah swt pilih tuan untuk saya muhasabah diri..:-)
- Nor Saidah Ismail terima kasih Pak Uteh & Pak Su Khairol atas nasihat dlm memuhasabah diri...meh Sri Hr baca. Jgn pusing2 lg yea...
No comments:
Post a Comment