Pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yang dikenali di kalangan para sahabat sebagai seorang yang suka bergurau dan membuat mereka ketawa. Adakalanya gurauan lelaki itu dianggap keterlaluan,tetapi dia tetap diterima baik oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat.
Nama lelaki itu adalah Nu'ayman Ibnu 'Amr dari Bani Najar di Madinah.. Nu'ayman mempunyai keperibadian yang sangat menarik.Beliau bukan sebarang sahabat,tetapi seorang yang sama turut berjuang menegakkan Islam dalam peperangan-peperangan besar bersama Nabi s.a.w seperti Perang Badar,Uhud,Khandak dan lain-lain.Beliau juga adalah seorang sahabat Nabi s.a.w , berkahwin dengan saudara perempuan Abdul Rahman bin Auf r.a.
Sungguhpun begitu personaliti Nu'ayman sedikit berbeza,beliau amat gemar berjenaka dan mengusik para sahabat lain. Malah Rasulullah S.A.W sendiri 'dikenakannya',tetapi mengenali keperibadian Nu'ayman, Baginda s.a.w tidak sedikitpun memarahinya,malah turut ketawa dengan usikan lelaki itu.
Pada satu hari tiba satu kabilah dari luar Madinah yang membawa buah buahan eksotik dan mahal.Nu'ayman mengambil dan berjanji akan membayar harganya kemudian. Selepas itu dia memberikannya kepada Rasulullah s.a.w sebagai hadiah,dan Baginda memakan buah-buahan itu dengan enaknya. Tetapi kemudian apabila penjual itu datang bagi menuntut wang mereka, Nu'ayman berkata, " Aku tidak menjamahnya, Rasulullah s.a.w yang memakannya, jadi mintalah bayaran darinya."
Penjual buah itu kemudian menemui Rasulullah s.a.w dan meminta wang mereka. Nabi s.a.w terkejut dan berkata, " Ia diberikan kepadaku sebagai hadiah." Lalu Baginda memanggil Nu'ayman dan bertanya. " Ya Nu'ayman bukankah kamu katakan tadi ini adalah hadiah daripada mu ? ".
Dijawab oleh Nu'ayman dia mahu Baginda s.a.w menjadi orang pertama merasa buah buah itu dan merasakan Baginda s.a.w paling layak merasainya,tetapi dia tidak mempunyai wang. " Jadi ya Rasulullah! bayarlah kepada orang itu" kata Nu'ayman. Lalu Rasulullah s.a.w ketawa mendengar kata-kata Nu'ayman dan membayarnya.
Begitulah Nu'ayman yang suka mengusik dan 'mengenakan Rasulullah s.a.w. Dalam satu kes yang lebih ekstrem, seorang tetamu Rasulullah s.a.w mengikat untanya di luar rumah Baginda s.a.w. Para sahabat yang kenal benar dengan sikapnya memberitahu Nu'ayman ada seekor unta di luar..Lalu Nu'ayman menyembelih unta tetamu tersebut dan memberi dagingnya kepada orang ramai.
Apabila tetamu itu keluar,dia menjerit "dimana untaku!!! dimana untaku!!. Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat mengenainya dan mereka memebritahu Nu'ayman mengambil unta itu dan telah menyembelihnya. Mereka juga memberitahu kepada Baginda s.a.w dimana Nu'ayman berada ketika itu.
Rupanya Nu'ayman bersembunyi di dalam parit dan menutup dirinya dengan pasir serta daun,dan Rasulullah saw kemudiannya mengangkatnya,menyapu pasir dari mukanya sambil ketawa bersama-sama sahabat yang lain. Kemudian Nabi saw membayar harga unta tersebut kepada tetamunya dan kemudian memakan daging unta yang telah disembelih oleh Nu'ayman tadi.
Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw terhadap Nu'ayman menunjukkan Baginda saw boleh menerima gurauan,turut sama ketawa dan menghargai personaliti seperti sahabat ini yang gemar berjenaka dengan niat yang baik.
Ada banyak lagi kisah kisah jenaka dan 'usikan' dari Nu'ayman ini yang KS tidak dapat sampaikan .Insya Allah diruang yang akan datang KS akan ceritakan .......Insya Allah.
No comments:
Post a Comment