Diriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam perjalananku ke langit,
diperlihatkan kepadaku semua syurga. Maka aku melihat empat macam
sungai: Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai Madu. Lalu aku
bertanya kepada Jibrail: "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia
mengalir?"
Jibrail menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar,
tetapi aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber. Cuba ku tanya
dahulu dengan Tuhanmu."
Kemudian datanglah seorang malaikat dan
berkata kepadaku: "Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku
berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri
dari Mutiara Putih, pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas
merah. Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas Kubah ini, akan
seperti burung yang hinggap di atas gunung atau seperti telur yang
diletak di atas gunung.
Aku melihat sungai-sungai itu megalir
dari bawah kubah tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah
malaikat tersebut menyuruhku memasukinya. Aku bertanya: "Bagaimana aku
boleh masuk, sedangkan pintunya terkunci?" Berkatalah malaikat tersebut:
"Kuncinya berada di tanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim"
"Maka
aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Tiba-tiba terbukalah pintu
Kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku menyaksikan dari
keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika aku hendak
pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan
Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu. Aku
menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai
Susu bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min
lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka
tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz
Bismillahirrahmanirrahim"
Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai
Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebutku dengan nama-nama ini,
akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini".
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment