Pada suatu hari, Yaakub pergi menemui bapanya, iaitu Nabi Ishak, yang ketika itu sudah sangat tua, sudah berkedutan kulitnya dan bongkok pula. Yaakub berkata kepada bapanya: Ya, bapaku! Aku datang mengadu tentang kedengkian saudaraku sendiri, dengan harapan agar dia dinasihati dan diajari oleh bapa.
Sejak aku dipelihara bapa baik baik, bapa selalu mendoakan agar aku mendapat berkat, menjadi keturunan bapa yang baik, menjadi raja yang turun temurun, dengan penghidupan yang bahagia. Sejak itulah saudaraku bukan main dengkinya, dengan kerlingan matanya. Bahkan kadang kadang saya dihinanya, diancamnya dengan berbagai bagai ancaman, sehingga putuslah tali kasih dan pensaudaraan antara kami berdua, hilang samasekali rasa kasih dan sayang.
Lebih lebih lagi, saya merasa tidak tahan disombonginya selalu dengan dua orang isterinya yang cantik yang berasal dari Kanan itu, dengan anak anaknya yang banyak, sedang saya tidak mempunyai isteri dan anak, dan tiada pula harta yang banyak.
Aku adukan semua keluhanku ini kepada bapa, agar bapa dapat menetapkan hukum antara saya dan dia, dengan hukum yang baik, karena bapa selalu mendapat wahyu dari Allah, sentiasa mempunyai pemandangan dan fikiran yang dalam.
Mendengar pengaduan dan keluhan itu, Nabi Ishak lalu menjawab: Aku sedih mendengar ceritamu itu, hai anakku, sedang aku sudah begini tua pula, lihatlah janggutku yang putih, kulitku yang berkedutan, aku sudah sangat tua dan tidak kuat lagi dan tidak lama lagi aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini seluruhnya. Alangkah sedihnya aku, kalau mati dalam kesedihan atas ceritamu itu. Dan alangkah sedihnya aku, sekiranya aku mati, dan kamu tidak berbaik bersaudara.
Aku nasihatkan kepadamu agar engkau berangkat saja ke negeri Faddan Aram di Irak, dimana tinggal bapa saudar engkau sendiri yang bernama Laban bin Batwail.
Kawinlah dengan salah satu dari anak perempuannya, insya Allah engkau akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan. Kemudian kembalilah engkau ke negeri ini (Syam). Aku doakan engkau dapat mengatasi ejekan saudara engkau, dan mendapat keturunan yang lebih baik dari keturunan dan anak anaknya. Mudah mudahan Allah akan memelihara dan menjaga engkau dan rakyatmu!
Nasihat bapanya itu masuk dalam hatinya, dan dapat menenangkan jiwanya yang sedang gelisah itu. Dia akan menuju ke negeri Faddan Aram, iaitu negeri nenek moyangnya sendini. Lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya yang sudah sangat tua itu, serta mendoakannya kepada Allah, mudah mudahan Allah akan memanjangkan umun beliau, memelihara beliau dari segala bencana.
Yaakub mulailah menempuh Padang Sahara yang luas dan tandus dengan berjalan kaki, siang dan malam tidak henti hentinya, menuju ke tempat yang ditunjukkan bapanya itu.
Setiap kali dia diserang kepenatan dan letih, diserang lapar dan kesusahan, teringatlah dia akan cita cita dan harapan yang diberi bapanya kepadanya sebelum berangkat sehingga hilanglah susah dan payahnya dan dia terus berjalan.
Pada suatu hari, di satu tempat, di tengah tengah padang pasir yang luas saujana mata memandang, matahari menyinari bumi dengan sinar cahaya yang sangat panas, sehingga pasir pasir itu menjadi api layaknya, angin yang mendinginkan badan sekarang berganti menjadi bertambah panasnya badan.
Nabi Yaakub seakan akan tidak kuasa lagi melangkahkan kakinya, sedang di hadapannya terbentang padang pasir yang luas dan tandus. Di situlah dia merasakan benar akan susahnya berjalan, haus dan lapar yang tidak terhingga, sehingga dia terhenti dari melangkah, menimbang dengan mengukuh kekuatan yang ada padanya, apakah dia sanggup meneruskan penjalanan yang maha penat itu, ataukah dia akan terpaksa kembali pulang?
Dalam dia menenung demikian rupa, terlihat olehnya sebuah batu besar yang mempunyai sedikit bayang lindungan cahaya matahari yang sedang terik. Dia hampiri batu besar itu, lalu duduk berhenti di bawah naungan itu untuk melepaskan lelah, mendinginkan kakinya yang sudah panas dan letih itu, lantas dia tertidur senyenyak nyenyaknya.
Dalam tidun sejenak itulah datang kepadanya mimpi yang benar, merupakan wahyu yang pentama dari Allah yang nupanya telah mengangkat dia sebagai NabiNya. Dalam mimpi itu Allah ilhamkan ke dalam hatinya, bahawa dia akan menemui hidup bahagia, akan mendapat kerajaan yang besar, keturunan yang baik yang akan turun temurun menguasai bumi, yang akan mendapat Kitab dari Allah sebagai Nabi dan Rasul Allah.
Setelah terjaga dari tidurnya itu, bukan main lapang dadanya, kembali kekuatannya yang sudah hilang, terbentang di hadapannya padang harapan yang luas seluas luasnya. Dia langkahkan kakinya menuju tempat yang dicita citakannya dengan kekuatan baru.
Beberapa hari kemudian, sampailah dia di suatu tempat bernama Sawadimah, iaitu dusun pertama termasuk negeri yang didiami oleh bapa saudaranya Syeikh Laban.
Sudah ternyata benar, bahawa memang itulah tempat yang ditujunya, hatinya menjadi bertambah senang, hilang rasa penat selama ini. Mulailah tampak olehnya padang rumput tempat pemeliharaan kambing, pepohon kayu yang rendang rimbun, dimana burung burung bersarang, bahkan mulailah terdengar oleh telinganya nyanyian anak anak pengembala.
Dia rupanya sudah tidak di Padang Sahara yang tandus lagi, tetapi sudah berada di sebuah daerah yang penuh dengan manusia, ternakan dan tanam tanaman, iaitu kampung bapa saudaranya yang dicari carinya. Di situ pulalah dahulunya nenek moyangnya yang bernama Nabi Ibrahim mula mula sekali menerima wahyu dan pangkat kerasulannya. Nabi Yaakub lalu sujud ke bumi menghantarkan syukur kepada Tuhan, yang sudah menunjuki dia jalan sampai ke sana, yang telah menurunkan nikmat dan hidayatNya.
Mulailah dia bertanyakan kepada orang orang yang dia jumpai, kalau kalau orang itu kenal kepada Laban bin Batwail, bertalian kerabat pula dengan ayahnya sendiri, Nabi Ishaak, Rasul Allah. Setiap orang yang ditanyainya itu kenal kepada nama itu kerana memang Syeikh Laban itulah yang menjadi ikutan ummat di tempat itu, yang mempunyai padang padang rumput dan kambing kambing yang berkeliaran di atasnya, yang menguasai banyak kebun dan tanam tanaman.
Ketika Yaakub bertanya. siapa di antara mereka yang dapat mengantarkannya ke rumah Syeikh Laban itu, mereka menunjuk kepada seorang anak perempuan yang menjaga kambingnya dan berkata: Inilah dianya Rahil, anak perempuan dari Syeikh Laban itu sendiri.
Baru saja Nabi Yaakub melihat wajah anak gadis itu, hatinya berdebar digerakkan asmara, kerana gadis itu memang cantik paras rupanya. Lidahnya seakan akan tenpaku tidak dapat berkata. Tetapi lekas ditahannya dengan kekuatan batinnya sehingga tidak lama kemudian dia dapat bersuara dan bertanya kepada anak perempuan itu: Antara saya dengan engkau, ya Rahil, ada pertalian kekeluargaan yang sangat dekat. Sayalah Yaakub anak Ishak al-Rasul, ibu saya Rifakah anak perempuan dari nenek engkau yang bennama Batwail. Saya datang ke mari dari negeri Kanan merenhtas Gurun Sahara yang tandus. Kedatanganku ke mari adalah dengan tujuan dan maksud mulia, lagi suci.
Setelah gadis Rahil mengucapkan selamat datang kepada Yaakub, keduanya lalu berjalan beriringan menuju ke rumah yang dituju. Dalam penjalanan itu, Yaakub telah merasakan sebahagian nikmat yang dijanjikan Tuhan dalam mimpinya, karena sudah tidak syak lagi, bahawa gadis yang diiringkannya itulah bakal teman hidupnya sebagai yang dianjurkan oleh bapanya sendiri.
Hatinya berdebar debar kegembiraan, tetapi ditahannya dengan kekuatan yang ada padanya, sehingga dia dapat berjalan dengan tenang. Akhinnya sampailah keduanya ke rumah Laban, pamannya sendiri. Lama keduanya berpelukan setelah berjumpa, kerana sudah sama sama rindu ingin berjumpa satu sama lain. Mata Yaakub penuh dengan airmata kegembiraan. Kepadanya diberi tempat yang sebaik baiknya, diterima dengan segala hormat.
Setelah habis penat dan lelahnya, Yaakub lalu menerangkan pesanan ayahnya kepada pamannya itu, pesan untuk menerima dirinya sebagai menantu dari pamannya. Ditegaskannya pula, bahawa dia sudah melihat akan Rahil, dan Rahil sudah mengambil tempat yang istimewa dalam hatinya itu. Diharapkannya agar pamannya memperkenankan anaknya itu dijadikan isterinya.
Semua itu didengarkan Laban dengan penuh perhatian. Dan setelah Yaakub habis berbicara, dengan tegas dijawabnya bahawa permohonan Yaakub itu diterima seluruhnya dengan segala senang hati, tetapi dengan syarat bahawa Yaakub harus tinggal di kampung itu selama tujuh tahun untuk mengembala kambing kambingnya sebagai mahar perkawinannya.
Syarat yang dikemukakan itupun diterima oleh Yaakub. Dan sejak hari itu tenanglah hatinya, ia tetap tinggal di situ mengembalakan kambing dengan cita cita yang sudah hampir tercapai.
Adapun Rahil itu ialah anak perempuan Laban yang paling kecil. Ia mempunyai kakak, Laiya namanya. Sekalipun cantik rupanya dan perangainyapun baik pula, namun kakaknya ini tidaklah secantik adiknya.
Sudah menjadi syariat (adat yang tak boleh dilanggar) bagi penduduk kampung itu, tidak akan mengawinkan anaknya yang kecil dahulu sebelum anak yang besar dikawinkan. Laban tidak mahu melanggar kebiasaan ini, tetapi dia tidak mahu menghalangi cita cita Yaakub untuk kawin dengan Rahil. Setelah difikirkannya masak masak, maka tidak ada lain jalan yang dapat ditempuhnya, kecuali menyerahkan kedua anak penempuannya itu kepada Yaakub untuk dijadikan isterinya, kerana hal yang demikian tidaklah terlarang menurut syariat yang ditentukan Allah di saat itu. Setelah memperoleh cara yang demikian, lalu Yaakub dipanggilnya dan benkata: Hai anakku, sudah menjadi syariat di negeri ini, bahawa saya tak dapat menikahkanmu dengan anakku yang kecil sebelum yang besar kawin. Laiya sekalipun kurang cantiknya daripada Rahil, tetapi tidaklah kurang perangai dan akalnya. Sebab itu ambillah Laiya sebagai isteri mu dengan mahar yang tujuh tahun itu, dan bila engkau ingin juga kawin dengan Rahil, harus ditambah maharnya tujuh tahun lagi mengembalakan kambing di sini.
Yaakub menerima baik akan putusan pamannya itu. Setelah tujuh tahun lamanya dia mengembalakan kambing di situ, lalu kawinlah dengan Laiya; dan setelah berlangsung tujuh tahun lagi dia mengembalakan kambing, lantas kawin lagi dengan Rahil.
Kepada masing masing anak perempuannya yang telah kahwin itu, diberi oleh Laban seorang perempuan (Jariah) untuk mengurus segala keperluan masing masing. Tetapi akhirnya Yaakub tertarik pula hatinya terhadap kedua orang Jariah tadi, sehingga dikawinnya pula.
Dari keempat isterinya itu, iaitu Laiya, Rahil dan dua orang Jariah, Nabi Yaakub mempunyai dua orang anak, yang semua mereka itu umumnya disebut al-Asbat. Mereka itu ialah: Rawbin, Syamun, Lawi, Yahuza, Yasakir dan Zabulon yang kesemuanya itu dari Laiya; Yusuf dan Bunyamin dari Rahil; yang bernama Dan dengan Naftali dari Jariah Rahil; Jad dan Asin dari Jariah Laiya. Semuanya lahir di kampung Faddan Aram, kecuali Bunyamin yang lahir di Kanan.
No comments:
Post a Comment