Pages

Wednesday, 15 August 2012

MASJID NABAWI ( MADINAH )


Rasulullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa.Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut.

Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali.Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing.Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan.

Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini.Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya". Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.

Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.



Makam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

Dari Yahya ibn Said, bahwa ‘Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Aku melihat dalam mimpi, ada 3 bulan jatuh di kamarku, kemudian aku ceritakan kepada bapa mu, Abu Bakar”. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, jasad beliau dimakamkan di kamar ‘Aisyah, maka Abu Bakar berkata, “Ia adalah salah satu dari 3 bulan itu, dan yang terbaik.”

Dari Malik, telah sampai khabar kepadanya bahawa Rasulullah SAW meninggal hari isnin dan dikebumikan hari selasa, satu persatu orang menshalati jenazah beliau tanpa seorang imam pun, sebahagian orang menyarankan agar dikebumikan di mimbar, yg lain mengusulkan di Baqi’, datanglah Abu Bakar, seraya berkata,”Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tak seorang nabi pun yg meninggal kecuali akan dikebumikan di tempat dia meninggal’. Maka dibuatkanlah liang lahat. ketika mereka hendak melepas pakaian beliau, tiba2 terdengar suara,”Jangan dilepas”, maka dimandikanlah jasad nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersama pakaiannya.

Sementara itu Abu Bakar memberikan wasiat kepada ‘Aisyah agar dia dikebumikan di samping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka ketika ajalnya tiba, dibuatkanlah untuknya sebuah liang lahat, dan posisi kepala beliau sejajar dg bahu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Lahatnya tersebut rapat dengan tempat disemayamkannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Kemudian Umar bin Khattab pernah berkata,”Wahai Abdullah bin Umar, pergilah kepada Ummu al Mukminin ‘Aisyah, katakan bahwa Umar menyampaikan salam, kemudian mintalah izin kepadanya agar aku bila meninggal nanti, Aku dikuburkan bersama dengan kedua temanku (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar). Aisyah berkata,”Dahulu aku inginkan tempat itu untukku, hari ini aku berikan untuknya”.

Akhirnya Umar dikebumikan bersama kedua sahabatnya, dan sejak saat itu ‘Aisyah membuat tabir antara dia dengan tempat persemayaman “ketiga bulan” yg ada dalam mimpinya. Aisyah sendiri kemudian meminta agar dia dikuburkan bersama dg para sahabat2nya di Baqi’.

No comments:

Post a Comment