Pages

Saturday, 11 August 2012

ASHABUL UKHDUD.

Pada suatu hari seorangTukang sihir raja yang telah lanjut usianya meminta agar raja mencari untuknya seorang pemuda bagi mewarisi ilmu sihir. Hajat tukang sihir ditunaikan dan Raja berjaya mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu.
Pada suatu hari ketika ketika berulang alik dari istana, pemuda tersebut telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ). Beliau begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi.

Bimbang akan tindakan ahli sihir jika dia terlewat datang ke istana kerana belajar dengan rahib. pemuda tersebut mengadu kepada rahib . Rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.

Pada suatu hari pemuda tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menyekat laluan orang ramai. Ketika itu jugalah timbul satu peluang baginya untuk mengetahui samada tukang sihir itu ataupun rahib yang berada di dalam kebenaran. Lalu pemuda itupun mengambil seketul batu dan dan berdoa "Ya Allah jika ajaran rahib itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini". Lalu dilemparkanlah batu itu, maka Dengan izin Allah. binatang itu tersungkur dan mati dengan lontaran tadi maka bertambah kuatlah keimanan pemuda tersebut kepada agama yang diajarkan oleh rahib tersebut.

Kejadian itu diberitahu kepada Rahib maka rahib tersebut berkata kepada pemuda tersebut bahawa ia akan diuji kerana telah memperlihatkan ilmunya dan meminta agar pemuda itu tidak berdakwah secara senyap dan tidak memberitahu kepada orang ramai mengenai dirinya.

Allah swt telah mengurniakan kepada pemuda tersebut kelebihan menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak Berita mengenai kehebatan pemuda tersebut telah tersebar kepada salah seorang pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya.

Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu". Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa pemuda tersebut.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka dia bertanya:” Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu”. Lalu pegawai tersebut menjawab:”Tuhanku” .

Maka raja tersebut bertanya lagi : “Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku ?”. Pegawai itu menjawab:”Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah “. Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Oleh kerana bimbangkan takhta pemerintahannya akan tergugat maka Raja telah menyiksa pegawai itu sehinggalah pegawai tersebut memberitahu mengenai pemuda tersebut.

Pemuda yang beriman itu datang ke istana seperti biasa dan raja menyangka bahawa pemuda tersebut telah mencapai satu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila pemuda tersebut mengingkari sihir dan tukang sihir. Pemuda tersebut memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu.Sebaliknya dia akan berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.Raja tersebut menyeksa pemuda tersebut dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah pemuda yang beriman itu memberitahu mengenai diri rahib.

Rahib telah dipanggil ke istana dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian Pemuda beriman itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Setelah gagal melembutkan hati pemuda tersebut, mereka telah merancang untuk membunuhnya dengan pelbagai cara.

Rancangan pertama mereka ialah menghantar pemuda tersebut ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam . Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Maka jawab Pemuda beriman : "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Setelah cubaaan pertama gagal, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya . Maka berdoalah pemuda tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. . Pemuda tersebut kembali semula kepada raja dengan selamatnya. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".

Pemuda yang beriman berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Pemuda yang beriman itu meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata:” : Bismillahi Rabbil ghulaam” ( Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!).

Pada mulanya Raja enggan menggunakan anak panah milik pemuda tersebut dan mengucapkan Bismillahi Rabbil ghulaam” ( Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!).sebagaimana yang disyaratkan, namun setelah usahanya gagal dalam keadaan terpaksa, akhirnya semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja. Kali ini dengan izin Allah anak panah yang dilepaskan telah mengenai pemuda tersebut dan lalu pemuda tersebutpun mati.

Orang ramai yang hadir menyaksikan kejadian ini bertambah yakin akan kekuasaan Allah lalu mereka beriman dan mengucapkan: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".
Menyedari akan keadaan ini kemarahan raja telah sampai ke kemuncaknya. Raja telah memerintahkan tenteranya supaya menggali parit disepanjang jalan. Setiap orang yang beriman kepada Allah akan dihumbankan kedalam parit yang telah dinyalakan api di dalamnya,

Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap kepada ibunya dengan kata-katanya yang berbunyi: ”bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran”.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj

No comments:

Post a Comment