Setelah Nabi Allah Isa diangkat ke langit,akidah kepercayaan sudah tidak murni lagi.Mereka telah menganut dengan berbagai bagai kepercayaan, ada yang menyembah berhala atau pokok-pokok kayu,ada yang memuja roh roh nenek moyang dan teramat sedikit sahaja yang masih beriman kepada Allah.
Sudah menjadi adat yang lazim bagi penduduk Upsus merayakan suatu hariraya, dimana mereka sama-sama menghiasi berhala-berhala dan patung-patung, lalu mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, sambil memuja-muja dan menyembahnya, bahkan memberikan korban-korban yang berharga kepada patung-patung dan berhala-berhala itu. Suatu adat kebiasaan yang tidak dapat diubah dan dilanggar oleh siapa juga.
Tetapi ditengah-tengah golongan penduduk yang ramai itu, ada seorang pemuda termasuk golongan bangsawan dan mulia, tampaknya tidak begitu gembira ditengah-tengah semua orang yang sedang bergembira itu. Dia termenung seorang diri, jiwanya tampak gelisah.
Ketika semua orang sudah sama-sama menyembah kepada berhala-berhala yang dirayakan sebesar-besarnya itu, pemuda itu tampak keengganannya untuk menundukkan kepalanya. Tampak pula keraguan dan kebingungan hatinya untuk turut menyembah dan bersujud kepada batu-batu berhias itu.
Keraguan dan kebingungannya, segera berubah menjadi ketetapan hati untuk menyanggah apa yang dilihatnya itu. Akal dan fikirannya berontak rupanya, sehingga dia terpaksa keluar dari barisan orang ramai dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi,berjalan meninggalkan tempat perayaan besar itu untuk menjauhkan diri. Akhirnya dia berhenti dibawah sebatang pokok kayu, lalu melepaskan kelelahan fikirannya. Mukanya tampak merah padam, menunjukkan jiwanya yang sedang berontak keras.
Perasaan yang demikian itu rupanya tidak timbul dalam jiwa pemuda itu saja. Tidak lama sesudah dia tertunduk dibawah pokok kayu itu, ia disusul oleh seorang pemuda lain yang sebaya dengannya, sama-sama bangsawan kaumnya. Dia pun kerana jiwanya memberontak, tidak sudi lagi memuja dan memuji-muji batu itu. Dua orang pemuda ini segera disusul oleh seorang pemuda lainnya berturut-turut, sehingga mereka sekarang berjumlah tujuh orang.
Ketujuh pemuda ini segera berkenalan, mereka bercakap-cakap mengemukakan pendirian dan fikiran masing-masing. Ternyata kesemuanya mempunyai pendapat yang sama, fikiran yang bulat, sekalipun pada mulanya mereka tidak kenal-mengenal.
Mereka itu sepakat dan berjanji, tidak akan menyembah dan memuja patung-patung itu lagi, sebagai umumnya bangsa mereka sendiri. Lalu mereka menerawang ke alam yang luas, ke langit yang biru, ke matahari yang sedang bersinar, ke gurun yang luas tidak berpinggir itu.
Mereka berkeyakinan bahawa kesemuanya itu tentu ada yang menjadikan dan menguasai, iaitu Allah s.w.t. "Ya, Allah, inilah yang harus kita sembah," kata mereka.
Mereka bersumpah akan menyembah Allah dan akan memegang teguh agama mereka ini. Jiwa mereka mulai tenang kembali dan mereka sepakat pula akan menyembunyikan apa yang terkandung dalam jiwanya masing-masing itu, terhadap bangsanya yang masih sesat dan fanatik, takut kalau-kalau hal itu diketahui rajanya, yang pasti akan memaksa mereka untuk kembali ke agama yang sesat itu. Hal ini tak dapat mereka pertahankan, kerana mereka tidak ramai dan tidak mungkin kuat untuk melawannya.
Demikianlah beberapa waktu lamanya, mereka hidup diantara bangsanya, ke hulu sama ke hulu, ke mudik sama ke mudik, namun dalam jiwanya bertentangan seratus peratus. Tetapi bila pemuda-pemuda itu sedang seorang diri, masing-masing bersembahyang menyembah Allah s.w.t. berdoa dan bermunajat kepadaNya.
Pada suatu malam, ketujuh pemuda ini berkumpul disuatu tempat. Dalam pertemuan itu, salah seorang diantara mereka lalu berkata dengan berbisik: "Saudara-saudara, kelmarin saya mendengar khabar yang amat mengecewakan kita, bila benar orang yang membawa khabar ini, iaitu ada persiapan untuk merusakkan agama kita, serta membahayakan jiwa kita. Saya dengar, bahawa raja sudah mengetahui akan hal kita ini. Bukan main marahnya setelah dia mengetahui. Raja telah memutuskan akan menghukum kita dengan hukuman yang seberat-beratnya, bila kita tidak kembali dari agama kita ini. Saya khuatir sekali kerana menurut khabar itu juga, bahawa tindakan kejam terhadap kita itu akan dijalankan besok pagi dengan memanggil kita semua. Kalau kita benar-benar hadir dihadapan raja, sudah pasti kita akan mengalami hal-hal yang tidak diinginkan. Marilah kita fikirkan bersama apa yang harus kita jalankan."
Mendengar keterangan ini, lalu berkata pula yang lainnya: "Khabar ini sudah lama pula saya mendengarnya. Mula-mula saya kira hanya khabar bohong saja. Tetapi tanda-tanda semuanya
menunjukkan bahawa khabar itu benar-benar adanya. Nyata sudah, bahawa kita tidak akan dapat meninggalkan agama kita, sekalipun apa juga yang akan terjadi. Matahari timbul setiap pagi dan tenggelam setiap petang, menjadi bukti adanya Tuhan yang kita sembah. Segala yang ada ini menjadi bukti kebenaran yang kita sembah."
Sebelum dapat memutuskan apa-apa yang harus mereka lakukan, tiba-tiba mereka sudah didatangi pengawal diraja. Ketujuh pemuda itu digiring mengadap raja, diceraikan dari keluarganya masing-masing. Raja lalu berkata kepada mereka: "Kamu sudah mencuba menyembunyikan apa yang terkandung dalam hatimu masing-masing. Tetapi apa yang kamu sembunyikan itu sudah ku ketahui semuanya, baik yang lahir, mahupun yang batin. Kamu telah melemparkan agama raja dan agama rakyat, lalu menganut agama baru yang tidak ku ketahui bagaimana cara datangnya kepadamu.
"Aku mahu menghukum kalian dengan hukuman yang seberat-beratnya. Tetapi hukuman ini ku tangguhkan, memandang kehormatan keluarga dan kebangsawananmu sekalian.
"Aku memberi tempoh kepadamu sekalian untuk berfikir: Kamu harus kembali ke agama yang lama, iaitu agama raja dan agama rakyat, atau kamu akan dilihat orang ramai untuk digantung, dipenggal lehermu dan dibunuh mati."
Kepada masing-masing pemuda yang tujuh orang itu, diberikan Allah hati yang tetap, keimanan yang teguh; mereka lalu menjawab: "Ya raja, kami menyembah Tuhan kami ini bukan dengan meniru, tetapi sebagai penyelidikan dan pemikiran kami yang sedalam-dalamnya. Adapun orang ramai yang menyembah patung-patung itu adalah semata-mata dengan meniru saja, tidak dengan menjalankan akal dan fikirannya sedikit juga. Kalau kami kembali menyembah agama mereka, bererti kami menipu diri sendiri dan menipu raja pula. Sebab itu kami akan tetap memegang teguh agama kami ini, terserahlah kepadamu untuk menjalankan tindakan apa saja yang engkau kehendaki."
Raja lalu menjawab: "Janganlah kamu menjawab sekarang. Pulanglah dahulu, besok pagi datang lagi menghadap. Pilihlah salah satu di antara dua hal yang sudah ku kemukakan itu. Terserah kepadamulah untuk menentukannya."
Di saat itu juga mereka lalu bermusyawarah di salah suatu tempat yang agak jauh dari kota. Salah seorang lalu berkata: "Raja memang sudah tetap dengan keputusannya, kita pun sudah tetap pula dengan keputusan kita, iaitu dua putusan yang bertentangan. Kalau kita datang lagi esok, bererti kita menyerahkan jiwa kita untuk dicabut. Sebab itu guna mempertahankan agama kita marilah kita menyembunyikan diri dalam gua yang terletak di gunung itu. Sekalipun gua itu sempit dan gelap keadaannya, tetapi iman dapat melapangkan dada dan menenangi fikiran kita. Sebaliknya kita berada di alam yang lapang dan ditenangi oleh matahari, kita tidak merdeka beragama dan menyembah Tuhan kita. Marilah kita berhijrah ke sana dengan agama dan kepercayaan kita. Apa gunanya kita hidup di sini, dimana kita dipaksa beragama yang tidak sama dengan fikiran kita sendiri !"
Ketika itu juga mereka bersiap menyediakan bekalannya masing-masing, lalu berangkat meninggalkan kampung halaman dan keluarga masing-masing, menuju ke gunung yang jauh letaknya, ke gua sempit di tengah hutan. Mereka pergi tanpa senjata dan pengawal. Untung di tengah jalan mereka disusul oleh seekor anjing kepunyaan salah seorang di antara mereka. Anjing inilah yang menjadi penunjuk jalan menuju ke gua yang terpencil itu.
Setelah mereka memasuki gua itu, anjing itu tetap berdiri, di muka gua, berjaga dengan merentangkan kedua kakinya.
Di tepi gua itu mereka temui buah-buahan, lalu dimakannya dan ada pula sedikit air, lalu diminumnya. Setelah itu mereka duduk melepaskan lelahnya, setelah lama berjalan, mendaki dan menurun. Baru saja mereka sama-sama merebahkan dirinya untuk menenangkan perasaan letihnya, tiba-tiba mereka itu semuanya tertidur senyenyak-nyenyaknya.
Malam berganti siang, siang pun berganti malam, tahun berganti tahun dan abad berganti abad, sedang pemuda-pemuda itu tetap tidur dengan nyenyaknya. Mereka tidak mengetahui samasekali akan penggantian malam dengan siang, penggantian tahun, penggantian musim dan penggantian abad. Hujan dan angin taufan pun tidak mereka ketahui, begitu jua guruh dan petir tidak mereka dengar.
Dengan takdir Allah, jalannya matahari agak membelok sedikit, sehingga tepat di pintu gua tempat mereka bersembunyi itu. Dengan keadaan cahaya matahari yang sangat terik itu, mereka terbangun.
Tiga ratus sembilan tahun lamanya mereka tidur. Di kala terbangun itu keadaan mereka sudah jauh berubah. Mereka merasakan lapar yang bukan kepalang hebatnya, tetapi masing masing tidak mengetahui berapa lamanya mereka tertidur itu.
Salah seorang lalu berkata: "Saya menduga lama benar tidur kita ini. Cuba kamu katakan berapa lamakah gerangan?"
Seorang lagi lalu menjawab: "Berdasarkan letihnya badan dan laparnya perut kita, maka saya kira kita sekalian tertidur sehari lamanya."
Berkata pula orang yang ketiga: "Kita mulai tidur di waktu pagi dan itu matahari masih belum terbenam. Kalau begitu kita tidur hanya setengah hari sahaja."
Berkata pula yang keempat: "Apa gunanya kita bertengkar tentang lamanya tidur. Tuhanlah yang lebih mengetahui berapa lamanya kita tidur. Tetapi kerana saya terlalu lapar, sebab tidak makan dahulu sebelum berangkat, maka siapakah di antara kita ini yang mahu pergi ke kota (pasar) untuk membeli makanan? Inilah wangnya; tetapi harus berhati-hati jangan sampai diketahui orang atau raja, bahawa kita berada dalam gua ini, sebab sudah pasti raja dengan kakitangannya sedang mencari kita dimana mana."
Salah seorang dari mereka lalu keluar menuju ke pasar mencari makanan, dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya sampailah dia ke dalam kota Upsus, iaitu negerinya sendiri. Alangkah hairannya ia bahawa negeri itu benar-benar negeri Upsus. Tetapi segala pemandangan yang dilihatnya berubah semuanya. Berubah tanda tandanya, berubah bentuk rumah dan gedung-gedungnya. Banyak pula dilihatnya bekas gedung-gedung yang sudah tua yang sudah runtuh. Tiap-tiap orang lalu lalang diperhatikannya, seorang pun tidak ada yang dikenalinya. Dia berkata dalam hatinya: "Negeri ini seakan-akan negeri kami sendiri tetapi penduduknya bukanlah bangsa kami sendiri, jauh berbeza keadaan mereka ini."
Dia berjalan terpinga pinga, makin bertambah banyak juga tolehnya ke kiri dan ke kanan. Nyata kebimbangan dalam setiap langkahnya, sehingga setiap orang yang melihat kepadanya, dapat mengetahui bahawa dia adalah orang asing yang baru sekali melalui negeri ini. Salah seorang penduduk yang melihat akan keadaannya, lalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau orang asing di negeri ini? Dari manakah asalmu dan apa yang sedang menggoda fikiranmu? Siapakah yang sedang kau cari?"
Mendengar pertanyaan itu, dia lalu menjawab: "Saya bukan orang asing. Saya sedang mencari makanan untuk saya beli, di manakah tempat orang menjual makanan?"
Orang itupun lalu membawanya ke tempat orang menjual makanan. Makanan diambilnya dan penghuni gua ini pun mengeluarkan wang yang ada dalam sakunya. Alangkah terkejut sipenjual makanan itu, setelah dilihatnya matawang yang dibayarkan pemuda itu, adalah matawang lama, yang beredar tiga abad yang silam, yang sudah tidak laku lagi di saat itu. Sipenjual makanan itu mengira, bahawa pemuda itu pasti mendapat barang pendaman dan pasti fikirannya bahawa selain matawang yang dilihatnya itu tentu ada banyak lagi harta kekayaan lainnya. Orang ramai yang sama melihat matawang itupun berkerumun melingkari pemuda itu. Mereka ingin tahu di mana pemuda itu menyimpan hartabenda pendaman itu.
Dengan rasa tercengang dan penuh hairan akan maksud mereka, pemuda gua itu lalu berkata: "Saya bukan mendapat barang pendaman sebagai yang kamu sangkakan, wang ini adalah wang yang kudapat dari temanku kelmarin. Dengan wang ini saya berniat untuk membeli makanan. Kenapa kamu merasa terkejut melihat wangku ini? Kenapa kamu menyangka yang bukan-bukan terhadap diriku?"
Pemuda gua itu segera berpaling hendak melarikan diri, kerana takut akan terbuka rahsia teman-temannya yang sedang bersembunyi, menyembunyikan diri dari tangkapan raja negeri itu.
Tetapi orang ramai menghalangnya. Dengan kata-kata yang sopan-santun, mereka ingin mendengarkan cerita selanjutnya.
Dalam percakapan selanjutnya, maka terbuktilah kepada orang ramai itu, bahawa pemuda ini adalah pemuda yang lari dari kepungan raja pada tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, dari cerita yang telah masyhur dan diketahui orang ramai. Larinya pemuda-pemuda itu kerana tidak sudi menjual agamanya kepada raja yang ganas, yang memaksa mereka untuk menyembah batu.
Salah seorang di antara mereka itu berkata kepada pemuda itu: "Janganlah engkau khuatir kepada raja ganas yang engkau katakan tadi. Raja itu sudah mati pada tiga abad yang silam. Raja yang memerintah sekarang ini, adalah seorang raja yang mukmin dan baik hati. Raja kami yang sekarang ini orang beriman seperti yang kamu imani. Di manakah teman-temanmu yang lainnya? Bawalah mereka ke mari semuanya "
Barulah pemuda itu insaf akan apa sebenarnya yang sudah terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam gua bukan semalam atau setengah hari, tetapi sudah tiga abad lamanya. Segera pemuda itu minta izin untuk memberitahukan teman-temannya yang masih bersembunyi dalam gua, agar keluar dari persembunyiannya dan menerangkan kepada penduduk negeri itu akan keadaan yang sebenarnya; apalagi mereka sedang menunggu dengan kelaparan dalam gua, serta ingin mengetahui keadaan di luar gua.
Laporan peristiwa ini segera sampai kepada raja yang soleh, yang sedang berkuasa di negeri itu. Raja sendiri tampil turut menyambut pemuda-pemuda beriwayat itu dari dalam gua tempat persembunyian mereka. Raja pun ingin mengetahui akan riwayat dan wajah mereka, selama ini mereka senantiasa menjadi bualan orang ramai saja.
Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya tempat di istana yang indah itu. Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: "Kami ini sudah tidak mengharap hidup yang lebih panjang lagi, kerana kami sudah melewati beberapa keturunan dan kesemuanya telah meninggal dunia, bahkan negeri dan gedung-gedung besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang ini adalah serba baru. Kami pun sudah puas melihat raja dan penduduk yang hidup di negeri ini sudah sama-sama beriman kepada Allah."
Para pemuda itu lalu bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah agar menurunkan rahmatNya dan agar Allah mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Tidak lama kemudian sesudah mengucapkan doa itu mereka lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan tenang dan tenteram.
Keadaan dan kejadian itu, menjadi dasar yang kuat sekali bagi mereka untuk tetap iman dan tunduk kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah itu benar semuanya, serta Hari Qiamat dan akhirat itupun benar semuanya. Sepeninggalan mereka, orang lalu bentengkar cara bagaimana pemuda-pemuda suci itu dapat diperingati. Ada yang mengusulkan agar di atas kubur mereka itu didirikan sebuah tugu besar, rumah dan gedung yang dapat menunjukkan kebesaran mereka itu. Tetapi ada juga satu golongan dari orang-orang yang cinta terhadap pemuda-pemuda itu berkata, agar jangan tugu yang didirikan tetapi dirikanlah masjid di atas gua mereka itu, supaya dari dalam masjid itu dapat orang sama sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan selalu insaf akan kebesaran Allah. Sebab apa ertinya sesuatu peringatan dan penghormatan, bila peringatan dan penghormatan itu tidak dapat membawa orang kepada menghormati dan membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Terhormat dan Maha Kuasa.
SURAH AL-KAHFI.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada
hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya
sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:1) | <Embed> | English Translation
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas
turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar)
dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita
gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:2) | <Embed> | English Translation
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:3) | <Embed> | English Translation
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
(Al-Kahfi 18:4) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:4) | <Embed> | English Translation
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan
mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh
perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan
perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:5) | <Embed> | English Translation
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan
dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan
buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:6) | <Embed> | English Translation
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi
sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah
di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:7) | <Embed> | English Translation
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:8) | <Embed> | English Translation
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah
"Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:9) | <Embed> | English Translation
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda
pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami
rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan
kepada kami untuk keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:10) | <Embed> | English Translation
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
(Al-Kahfi 18:11) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:11) | <Embed> | English Translation
Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami
menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat
kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
(Al-Kahfi 18:12) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:12) | <Embed> | English Translation
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka
dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman
kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
(Al-Kahfi 18:13) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:13) | <Embed> | English Translation
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan
keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata:
"Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi;
kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika
kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui
sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:14) | <Embed> | English Translation
(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu,
menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka
mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan
makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat
berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang
berdusta terhadap Allah.
(Al-Kahfi 18:15) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:15) | <Embed> | English Translation
Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan
dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu
berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya
kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan)
urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
(Al-Kahfi 18:16) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:16) | <Embed> | English Translation
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke
kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke
arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang
demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah.
Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang
berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau
tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan
(jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahfi 18:17) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:17) | <Embed> | English Translation
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan
Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke
sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat
pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling
melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa
sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
(Al-Kahfi 18:18) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:18) | <Embed> | English Translation
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya),
supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di
antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka
menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari".
(Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui
tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu,
membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan
memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual
di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan
daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan
sesiapapun menyedari akan hal kamu.
(Al-Kahfi 18:19) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:19) | <Embed> | English Translation
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah
mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan
kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian,
kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".
(Al-Kahfi 18:20) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:20) | <Embed> | English Translation
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai
supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula
orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang
syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan
sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu
maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di
sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka".
orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata:
"Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".
(Al-Kahfi 18:21) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:21) | <Embed> | English Translation
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul
Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan
setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya
ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang
tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka
tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah
(wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada
yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah
engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan
bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran),
dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada
seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
(Al-Kahfi 18:22) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:22) | <Embed> | English Translation
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak
dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian
nanti".
(Al-Kahfi 18:23) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:23) | <Embed> | English Translation
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya
Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan
katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang
lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Al-Kahfi 18:24) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:24) | <Embed> | English Translation
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus
tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
(Al-Kahfi 18:25) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:25) | <Embed> | English Translation
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui
tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala
rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap
segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain
daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam
hukumNya.
(Al-Kahfi 18:26) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:26) | <Embed> | English Translation
Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari
kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan
engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain
daripadaNya.
(Al-Kahfi 18:27) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:27) | <Embed> | English Translation
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan
petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah
engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang
yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Al-Kahfi 18:28) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:28) | <Embed> | English Translation
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang
datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia
beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia
mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang
berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan
jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan
dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah
buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat
bersenang-senang.
(Al-Kahfi 18:29) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:29) | <Embed> | English Translation
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah
tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalnya.
(Al-Kahfi 18:30) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:30) | <Embed> | English Translation
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya
dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera
yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya
dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah
balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat
yang semolek-moleknya.
(Al-Kahfi 18:31) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:31) | <Embed> | English Translation
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki,
Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan
Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami
jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
(Al-Kahfi 18:32) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:32) | <Embed> | English Translation
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada
mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di
antara keduanya sebatang sungai.
(Al-Kahfi 18:33) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:33) | <Embed> | English Translation
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu
berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku
lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan
pengikut-pengikutku yang ramai".
(Al-Kahfi 18:34) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:34) | <Embed> | English Translation
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang
ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil
ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:35) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:35) | <Embed> | English Translation
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah
aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah
aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
(Al-Kahfi 18:36) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:36) | <Embed> | English Translation
berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang
dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan
engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu
dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
(Al-Kahfi 18:37) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:37) | <Embed> | English Translation
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa
Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan
Tuhanku.
(Al-Kahfi 18:38) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:38) | <Embed> | English Translation
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata:
(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat
kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
(Al-Kahfi 18:39) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:39) | <Embed> | English Translation
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik
daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala,
bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin
tandus.
(Al-Kahfi 18:40) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:40) | <Embed> | English Translation
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
(Al-Kahfi 18:41) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:41) | <Embed> | English Translation
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan,
lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana
menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada
kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung
tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak
sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
(Al-Kahfi 18:42) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:42) | <Embed> | English Translation
Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh
menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya
sendiri.
(Al-Kahfi 18:43) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:43) | <Embed> | English Translation
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan
hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah
sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang
berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
(Al-Kahfi 18:44) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:44) | <Embed> | English Translation
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan
dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu
bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang
suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur
ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.
(Al-Kahfi 18:45) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:45) | <Embed> | English Translation
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di
dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi
Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang
memberi harapan.
(Al-Kahfi 18:46) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:46) | <Embed> | English Translation
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan
gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah
nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak
akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
(Al-Kahfi 18:47) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:47) | <Embed> | English Translation
Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris
teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang
kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada
mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan
bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah
janjikan)".
(Al-Kahfi 18:48) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:48) | <Embed> | English Translation
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka
engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa
yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya
kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang
kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan
(ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
(Al-Kahfi 18:49) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:49) | <Embed> | English Translation
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada
malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan
iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap
perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan
keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain
daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya
bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Al-Kahfi 18:50) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:50) | <Embed> | English Translation
Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu
menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya
untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku
mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.
(Al-Kahfi 18:51) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:51) | <Embed> | English Translation
Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah
sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka
memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak
menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah
tempat azab yang membinasakan.
(Al-Kahfi 18:52) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:52) | <Embed> | English Translation
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka
tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Al-Kahfi 18:53) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:53) | <Embed> | English Translation
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan
berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari
segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis
makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al-Kahfi 18:54) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:54) | <Embed> | English Translation
Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika
datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun
kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana
mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa
orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
(Al-Kahfi 18:55) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:55) | <Embed> | English Translation
Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai
pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir
membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan
bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan
kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
(Al-Kahfi 18:56) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:56) | <Embed> | English Translation
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi
ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa
akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya
(disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan
berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya,
dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan
mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka
dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh
hidayah petunjuk selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:57) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:57) | <Embed> | English Translation
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya.
Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah
usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka;
(tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu
masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat
perlindungan, yang lain daripadanya.
(Al-Kahfi 18:58) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:58) | <Embed> | English Translation
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah
binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan
satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Al-Kahfi 18:59) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:59) | <Embed> | English Translation
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada
temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di
tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".
(Al-Kahfi 18:60) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:60) | <Embed> | English Translation
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua
laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu
menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah
tanah.
(Al-Kahfi 18:61) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:61) | <Embed> | English Translation
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa
kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah
mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".
(Al-Kahfi 18:62) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:62) | <Embed> | English Translation
Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita
berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan
tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu
melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di
laut, dengan cara yang menakjubkan".
(Al-Kahfi 18:63) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:63) | <Embed> | English Translation
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
(Al-Kahfi 18:64) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:64) | <Embed> | English Translation
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah
kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya
sejenis ilmu; dari sisi Kami.
(Al-Kahfi 18:65) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:65) | <Embed> | English Translation
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan
syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah
kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
(Al-Kahfi 18:66) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:66) | <Embed> | English Translation
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
(Al-Kahfi 18:67) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:67) | <Embed> | English Translation
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
(Al-Kahfi 18:68) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:68) | <Embed> | English Translation
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
(Al-Kahfi 18:69) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:69) | <Embed> | English Translation
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah
engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya
kepadamu".
(Al-Kahfi 18:70) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:70) | <Embed> | English Translation
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke
sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau
membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan
penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara
yang besar".
(Al-Kahfi 18:71) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:71) | <Embed> | English Translation
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
(Al-Kahfi 18:72) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:72) | <Embed> | English Translation
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku
disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku
dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
(Al-Kahfi 18:73) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:73) | <Embed> | English Translation
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka
bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata
"Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa
membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang
mungkar!"
(Al-Kahfi 18:74) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:74) | <Embed> | English Translation
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
(Al-Kahfi 18:75) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:75) | <Embed> | English Translation
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang
sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku
sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan
berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
(Al-Kahfi 18:76) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:76) | <Embed> | English Translation
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka
sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada
orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka.
Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia
membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau
berhak mengambil upah mengenainya!"
(Al-Kahfi 18:77) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:77) | <Embed> | English Translation
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu,
aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan)
yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
(Al-Kahfi 18:78) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:78) | <Embed> | English Translation
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin
yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak
mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang
merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
(Al-Kahfi 18:79) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:79) | <Embed> | English Translation
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang
beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan
perbuatan yang zalim dan kufur.
(Al-Kahfi 18:80) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:80) | <Embed> | English Translation
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka
gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan
jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
(Al-Kahfi 18:81) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:81) | <Embed> | English Translation
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang
anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam"
kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka
Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan
harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu
(kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku
sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan
perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
(Al-Kahfi 18:82) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:82) | <Embed> | English Translation
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai
Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah
yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
(Al-Kahfi 18:83) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:83) | <Embed> | English Translation
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan
memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan
tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(Al-Kahfi 18:84) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:84) | <Embed> | English Translation
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
(Al-Kahfi 18:85) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:85) | <Embed> | English Translation
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia
mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia
dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan
mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau
hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap
mereka".
(Al-Kahfi 18:86) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:86) | <Embed> | English Translation
Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur
derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan
kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang
seburuk-buruknya.
(Al-Kahfi 18:87) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:87) | <Embed> | English Translation
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya
balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya
perintah-perintah kami yang tidak memberati".
(Al-Kahfi 18:88) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:88) | <Embed> | English Translation
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:89) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:89) | <Embed> | English Translation
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia
mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi
mereka sebarang perlindungan daripadanya.
(Al-Kahfi 18:90) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:90) | <Embed> | English Translation
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
(Al-Kahfi 18:91) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:91) | <Embed> | English Translation
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:92) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:92) | <Embed> | English Translation
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di
sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami
perkataan.
(Al-Kahfi 18:93) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:93) | <Embed> | English Translation
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj
dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah
kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan
kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan
mereka?"
(Al-Kahfi 18:94) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:94) | <Embed> | English Translation
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan
daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah
daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan
mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
(Al-Kahfi 18:95) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:95) | <Embed> | English Translation
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia
terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia
pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan
alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti
api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
(Al-Kahfi 18:96) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:96) | <Embed> | English Translation
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Al-Kahfi 18:97) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:97) | <Embed> | English Translation
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat
dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan
menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
(Al-Kahfi 18:98) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:98) | <Embed> | English Translation
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai)
bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan
ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di
Padang Mahsyar.
(Al-Kahfi 18:99) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:99) | <Embed> | English Translation
Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;
(Al-Kahfi 18:100) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:100) | <Embed> | English Translation
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada
melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula
tidak dapat mendengar sama sekali.
(Al-Kahfi 18:101) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:101) | <Embed> | English Translation
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka
mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain
daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan
neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
(Al-Kahfi 18:102) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:102) | <Embed> | English Translation
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Al-Kahfi 18:103) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:103) | <Embed> | English Translation
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam
kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa
betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(Al-Kahfi 18:104) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:104) | <Embed> | English Translation
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan
mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka;
maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai
amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(Al-Kahfi 18:105) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:105) | <Embed> | English Translation
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam,
disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu
dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
(Al-Kahfi 18:106) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:106) | <Embed> | English Translation
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu
(yang serba mewah).
(Al-Kahfi 18:107) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:107) | <Embed> | English Translation
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
(Al-Kahfi 18:108) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:108) | <Embed> | English Translation
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan
menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan
habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun
Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai
bantuan".
(Al-Kahfi 18:109) | <Embed> | English Translation
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap
akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh
dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:109) | <Embed> | English Translation
(Al-Kahfi 18:110) | <Embed> | English Translation
No comments:
Post a Comment