Kita diwajibkan untuk kita selalu bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita sebagai seorang manusia sebagai ummat Rasulullah ﷺ. Kenapa kita perlu bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى? Kenapa kita perlu kembali kepada Allah سبحانه وتعالى? Kenapa kita selalu dituntut untuk istighfar kepada Allah سبحانه وتعالى? Ini merupakan adab seorang hamba kepada Tuhannya.
Dan tanda seorang itu betul-betul digolongkan dalam kalangan orang-orang yang tawadhu itu adalah dia selalu beristighfar kepada Allah سبحانه وتعالى, selalu kembali dijalannya Allah سبحانه وتعالى dengan istighfar dan taubat kepada Allahسبحانه وتعالى. Kenapa kita perlu bertaubat? Pertama, Ulama mengatakan "Manfaat daripada taubat adalah agar diterima amal ibadah kita dan kita mendapatkan taufik dari Allah سبحانه وتعالى."
Perlunya kita taubat kepada Allah perlunya kita kembali kepada Allah سبحانه وتعالى kerana orang yang selalu melakukan maksiat kepada Allah سبحانه وتعالى tidak akan tenang hatinya tidak akan pernah merasakan kelazatan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى tidak akan pernah merasakan kelazatan munajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, kita sebagai seorang manusia seharusnya kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.
Jadi kita tengok diri kita dalam seharian berapa kali kita taubat kepada Allah سبحانه وتعالى, beristighfar kepada Allah سبحانه وتعالى? Oleh kerana itu, kita disunnahkan setiap pagi sebelum kita memulakan aktiviti seharian kita maka kita solat istikarah dan solat taubat. Begitu juga di malam hari kita bertaubat kepada Allah kita solat sunat taubat minta pengampunan dari Allah سبحانه وتعالى.
Yang kedua, kata Ulama kenapa kita perlu taubat? Kerana taubat itu di dalam semua ibadah kita adalah yang wajib sedangkan amal-amal yang lain daripada kewajiban, sunnah dan selainnya itu merupakan hal yang bukan dihitung dari asasnya. Di dalam kitab Minhajul Abidin, Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah mengatakan "Perumpamaan orang yang taubat kepada Allah سبحانه وتعالى dan dia mengamalkan amalan-amalan soleh seperti seorang yang menghadiahkan kepada Raja hadiah berupa wanita yang cantik lagi hidup.
Manakala orang yang di dalam sehariannya tidak pernah taubat kepada Allah سبحانه وتعالى ataupun juga dia beramal soleh tapi dia melakukan maksiat maka ini seperti orang yang menghadiahkan Raja hadiah berupa wanita yang cantik tapi wanitanya mati menjadi mayat."
Jadi taubat itu seperti asas. Bagaimana kita beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى tetapi setiap hari kita bermaksiat kepada Allah سبحانه وتعالى. Jadi tidak mungkin daripada adab sebagai seorang yang menuntut ilmu yang mana dia ingin mendapatkan ilmu yang bermanfaat yang barokah yang diberkati yang akan menghasilkan rasa takut dia kepada Allah سبحانه وتعالى yang akan mendekatkan dirinya kepada Allah سبحانه وتعالى kalau dirinya tidak bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى.
Keutamaan taubat adalah supaya amal kita diterima dan di dalam kita bertaubat kita mendapat taufik dari Allah سبحانه وتعالى untuk kita melakukan amal kebaikan dan terus mendekatkan diri kepada-Nya dan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى. Oleh kerana itu, kita setiap hari kena taubat kepada Allah.
Pagi kita solat sunat taubat, malam kita solat sunat taubat supaya kita selalu mendapatkan taufik dari Allah سبحانه وتعالى .Orang yang sudah jarang taubat yang jarang istighfar itu biasanya orang yang sombong. Kenapa? Kerana jarang kembali kepada Allah سبحانه وتعالى. Kata Rasulullah ﷺ "Menangislah kalian. Kalau kalian tidak mampu menangis itu kerana kerasnya hati maka berusahalah paksalah kalian untuk menangis."
Kalau kita tidak mampu menangis itu bermakna hati kita keras. Jadi di dalam taubat kepada Allah kita kena paksa diri kita buat diri kita untuk menangis dengan kita ingat dosa dan kesalahan yang kita dah lakukan, kita ingat kekurangan kita, kita ingat keburukan kita, kita ingat nanti di Yaumul Qiyamah kita berada di golongan yang mana? Adakah kita bersama orang-orang yang diberikan nikmat ataupun sebaliknya?
Itu semua mengingatkan akan lemahnya kita sebagai hamba dan InshaAllah dengan kita selalu muhasabah diri kita InshaAllah akan membuatkan hati kita lembut dan sering-sering membaca Al-Quran, sering-sering membaca selawat kepada Rasulullah ﷺ kerana orang yang sering membaca selawat kepada Baginda Nabi ﷺ akan mendapatkan rahmat daripada Allah hatinya akan lembut. Kalau hatinya lembut maka dia akan mudah untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى.
HABIB MUHAMMAD HAYKAL AL-KHANEMAN HAFIDZOHULLAH
No comments:
Post a Comment