"Ketaatan seorang suami itu, adalah kepada ibunya. Manakala, ketaatan seorang isteri itu, adalah kepada suaminya. Dan di dalam perkahwinan, didalam alam rumah-tangga kadang kala ujian datang melanda sebagainya, dan berlaku perselisihan, Salah seorang daripada kalian hendaklah menjadi air. Jangan kedua-duanya menjadi api kerana akan mengakibatkan rumah menjadi panas dan terbakar."
"Api bersama api akan menyebabkan terbakar, Rasulullah ﷺ mengatakan perpisahan boleh berlaku. Maka kita ingin elakkan, perpisahan hendaklah diletakkan paling jauh dan di tepi. Jika salah seorang menjadi api, kemarahan, panas barannya, dan sebagainya maka salah seorang mesti menjadi air yang menyejukkan."
"Apabila seorang isteri meninggal dunia, dan kematiannya itu mendapat keredhaan daripada suaminya, maka Allah سبحانه وتعالى akan tempatkan si isteri itu ke dalam Syurga. Segala amal soleh yang dilakukan oleh suaminya, yang masih hidup itu, akan dibalas sama kepada isterinya. Hendaklah seorang isteri itu memiliki sifat-sifat yang baik layanannya kepada suaminya, tutur kata yang baik, dan tidak merungut ketika memperoleh nafkah daripada suaminya."
"Sekiranya seorang isteri itu bersikap buruk kepada suaminya, maka akan datang murka Allah سبحانه وتعالى kepada si isteri. Didalam riwayat mengatakan; Rasulullah ﷺ pernah ditanya; "Ya Rasulullah, mengapakah penghuni Neraka itu ramainya kaum wanita?" Maka dijawab oleh Rasulullahﷺ; "Salah satu diantaranya adalah mereka itu ramai yang tidak menghargai akan suami mereka."
"Makanya, jangan sampai salah seorang panas baran, dia juga panas baran. Maka bagaimana akan menjadi rumah tangga yang harmoni. Maka bertolak ansur lah, berkasih sayang lah, mawaddah dan letakkan fokus di alam rumah tangga ini; "Ya Allah, aku ingin keredhaan-Mu wahai Allah."
"Ya Allah, sepanjang hidupku ya Allah bersama pasanganku ini Ya Allah, aku ingin sedaya upaya menunaikan hak nya, Wahai Allah, Aku menunaikan hak nya YaAllah sebab mahukan keredhaan-Mu Wahai Allah." Jika pasanganku ini, belum menunaikan hak nya terhadap aku, makanya, aku akan menunaikan hak nya terlebih dahulu."
"Ini yang di ajarkan dalam agama kita bagaimana dapat menunaikan hak orang lain. Tetapi sesuatu yang diajarkan oleh orang barat kepada kita ini untuk kita tuntut hak. Maka manusia akan hanya menuntut hak nya maka akan datang perselisihan dan perbalahan yang tidak akan kunjung tiba ke mana perdamaian dan juga kesatuannya. "
"Dan apabila setiap pasangan yang suami berfikir bagaimana aku dapat menunaikan hak isteri aku, dan isteri pun memikirkan bagaimana aku dapat menunaikan hak suamiku, maka dengan demikian ia akan melahirkan rumah tangga yang harmoni."
Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
No comments:
Post a Comment