Diriwayatkan daripada Imam Abu Daud Rahimahullah daripada Nabi ﷺ iaitu "Orang yang menjaganya perbuatan ini amalan ini maka dia akan pasti masuk syurga." Apa dia? Orang yang berzikir selepas solat.
Nabi ﷺ menyebutkan "Tasbih kepada Allah سبحانه وتعالى setiap kali selepas solat 10 kali, dia bertahmid 10 kali dan dia bertakbir 10 kali. Semua itu 150 kali (30x5) mengikut kiraan lisan bersamaan 1500 mengikut berat timbangannya." Dalam riwayat yang lain "33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 33 kali takbir."
Dan bila dia sebelum tidur baca 33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 34 kali takbir maknanya 100 kali dalam kiraan tetapi ditimbangan 1000.
Dilipatgandakan yang mengikut amal itu tadi kata Nabi ﷺ pasti akan dapat syurga."
Kemudian Nabi ﷺ mendahulukan mengatakan " ianya mudah, ianya sedikit tetapi yang menjaganya yang buatnya ianya sedikit bilangannya."
Kita ini masuk golongan yang sedikit ini kah? Ataupun kita termasuk dalam golongan orang-orang yang anggap mudah?
Sahabat bertanya "Ya Rasulullah. Kamu kata ia mudah tapi yang buat itu sedikit. Apa yang kamu maksudkan wahai Rasulullah."
Kata Nabi ﷺ "Iaitu apabila waktu itu sampai yakni waktu tidur kamu teringat ini lalu syaitan menidurkan kamu sebelum kamu sempat membacanya ataupun syaitan telah menganggu di waktu solat kamu lalu mengingatkan kamu sesuatu keperluan sebelum kamu sempat membacanya."
Yang akhirnya tak sempat langsung membacanya kerana teringatkan perkara yang belum lagi selesai. Cepat-cepat bangun daripada solat yang akhirnya langsung tak membaca 33 kali tasbih, 33 kali tahmid dan 33 kali takbir kerana terkejar-kejar, telah pun ditipu oleh syaitan mengejar urusan yang belum selesai perkara-perkara melibatkan hal dunia.
[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]
No comments:
Post a Comment