Pages

Thursday, 11 May 2017

MALAM NISFU SYA'BAN

Para Salafus Soleh menjadi adat membaca Yasin pada malam nisfu Syaaban.

Ini kerana Yasin adalah qalbu Al Quran. Bahkan Nabi Muhammad SAW mengharapkan Yasin ini dihafaz oleh umat baginda SAW.

Seluruh Al Quran adalah mulia, namum ada surah dan ayat yang diberi keistimewaan yang tertentu.

Sebagai contoh ayat Kursi, surah al Ikhlas dan sebagainya.

Para Salafus Soleh menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan pelbagai amalan ibadat kerana kemuliaan yang ada di dalamnya.

Nabi SAW pada malam nisfu Syaaban telah didatangi oleh malaikat Jibril dan diperintahkan untuk keluar memohon keampunan.

Kerana pada malam tersebut Allah mengampunkan kepada keseluruhan umat baginda kecuali orang memutuskan silaturahim, menderhaka kepada ibu bapa, membuat minuman yang memabukkan.

Maka berazam lah kita untuk membebaskan diri dari dosa-dosa ini kerana dimana kah lagi kita hendak memohon keampunan Allah sementelah Allah tidak mahu memberi keampunan Nya bagi golongan diatas.

Maka biasakanlah memperbanyakkan 2 kalimah SYAHADAH dan istighfar.

Mohonlah kepada Allah 2 perkara iaitu minta syurga dan selamat daripada api neraka jahanam.

No comments:

Post a Comment