Pujangga Farsi bermadah : " Tidak beradab akan menyingkirkan seseorang daripada kurniaan Allah s.w.t."
Secara ringkas, intisari drpd adab adab al Quran ialah perkataan Tuhan kita dan firman Allah s.w.t. yg dikasihi. Sesiapa yg pernah melalui sedikit sebanyak alam percintaan mengetahui nilai surat, tulisan dan bicara seorang kekasih terhadap orang yang dikasihinya. Keasyikan dan keseronokan yg timbul kerana perkara perkara itu tidak mampu diterangkan. Seorang pujangga bermadah :
" Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta ".
Semasa membaca al Quran kita membayangkan kecantikan hakiki dan nikmat nikmat yang tidak berkesudahan terdapat pada al Quran, maka pasti cinta yang mendalam terhadap al Quran akan berkobar kobar. Di samping itu, al Quran juga perkataan pemerintah seluruh alam buana ini. Firman Raja bagi semua raj raja, undang undang raja Yang Maha Berkuasa dan Gagah Perkasa yang tidak boleh ditandingi, malah tidak mungkin dapat ditandingi oleh sebesar besar raja sekalipun.
Sesiapa yang pernah masuk ke balai penghadapan raja raja dapat mengetahui drpd pengalamannya dan orang yang tidak pernah masuk ke sana dapat membayangkan kesan kehebatan titah diraja kepada hati. Al Quran adalah perkataan kekasih dan juga pemerintah, maka perlu bg kita mengambil kira kedua dua adab itu serentak.
Apabila Ikramah r.a membuka al Quran untuk membacanya, beliau akan pengsan dan jatuh. Sebaik sahaja sedar lantas beliau akan berkata :
" ini perkataan Tuhanku, ini perkataan Tuhanku ".
Ringkasnya ialah seseorang itu bukan setakat merasakan dirinya sebagai kuli dan bukan juga sebagai orang gaji, tetapi sebagai seorang hamba yang membaca perkataan dari tuannya, pemiliknya dan Tuhannya.
Para sufi menulis bahawa sesiapa yang sentiasa merasakan dirinya kurang dalam beradab srmasa membaca al Quran akan maju dalam martabat penghampiran kepada Allah s.w.t. Sementara itu, seseorang yang berpuas hati dan bangga dgn dirinya sendiri akan jauh daripada sebarang kemajuan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment