Saturday, 17 August 2013
MESIR DAN TRAGEDI 1
KAHERAH - MESIR. Hari yang digelar "Jumaat Kemarahan" menyaksikan Mesir terus bergolak dengan tembakan gas pemedih mata dan terus dilepaskan ke arah penyokong Mohamed Mursi.
Al-Jazeera melaporkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan di Medan Ramsis.
Mesir Kini turut memuatnaik perkembangan di laman Facebook menyatakan, para penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid.
Menurut Mesir Kini, rakyat Mesir hari ini dihidangkan dengan paparan muka hadapan akhbar yang cuba mengelirukan rakyat.
Antaranya ;
Al-Ahram Al- Masai :
Tentera militia Ikhwan menjalankan skrip lakonan (bumi terbakar). Kerajaan membongkar jenayah terancang oleh Ikhwan untuk membakar pejabat-pejabat dan hospital-hospital bagi menghuru-harakan negara
Al-Ahram:
Kabinet: Jenayah terancang untuk meranapkan negara. Mangsa yang terbunuh telah meningkat hingga 578 orang dan seramai 4,201 orang telah cedera. Dan pihak keselamatan telah kehilangan seramai 47 orang anggotanya.
Al-Fajr:
As-Sisi kepada Adly Mansour: Aku bersedia untuk memberi pertolongan dan kita tidak akan menunggu lain waktu.
Muka hadapan akhbar di Mesir Versi 2 (16 Ogos 2013 ).
Al-Misr Al-Youm:
Tentera militia Ikhwan memusnahkan harta benda awam
Al-Watan:
Al-Ikhwan: Hari ini (Jumaat pembunuhan)
Al-Shrouk:
Malam serangan ke atas gereja-gereja di Mesir. Lebih daripada 20 gereja telah dibakar dalam masa satu hari. Tempat kediaman orang-orang kristian di wilayah-wilayah turut dirompak.
Al-Youm Al-Sabi': Organisasi rahsia memulakan perancangan huru-hara di bawah naungan Obama. Ikhwan melaksanakan skrip (lakonan) membakar wilayah-wilayah dan pejabat-pejabat serta menyekat jalan-jalan. Amerika mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik.
*inilah surat khabar yang terhidang kepada rakyat Mesir setiap hari, majoriti tidak bebas berpihak kepada kerajaan kudeta. Bagaimana rakyat yang tiada akses internet boleh mendapatkan berita sebenar yang bebas dari sebarang pengaruh? - Sumber : wartawan Mesir Kini
Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan langit di Medan Ramsis dihujani dengan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah perhimpunan anti kudeta.
Paling menyayat hati, sumber Mesir Kini melaporkan 45 orang mati syahid di Medan Ramsis ekoran bedilan peluru pasukan keselamatan.
Sumber : Klik.
Gambar 1 : Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid. - Sumber : masr25channel
Gambar 2 : perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai mereka. - Sumber: Rabaa Today
Labels:
MESIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment