Pages

Sunday, 4 August 2013

AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD.

Assalamualaikum.......Dah lama rasanya KS beli buku ni....hampir setahun...dan malam ni baru menyelak selembar demi selembar....tersentuh hati dengan keperibadian Akhlak Rasulullah SAW....

Buku ini memaparkan keperibadian terpuji, kebijaksanaan dan kemuliaan Rasulullah SAW. Ia mengandungi pelbagai kisah suka duka dan jerih payah Rasulullah SAW mengembangkan syiar Islam tanpa jemu, menempuh pelbagai liku dan cabaran untuk dijadikan bahan renungan di mana ia sebenarnya boleh diaplikasikan di dalam kehidupan kita sehari-harian. Sekalipun kita tidak mungkin dapat mencontohi keperibadian Rasulullah SAW seratus peratus, namun jika kita mampu mengamalkan sifat-sifat terpujinya, itulah yang sebaik-baiknya.

Sewaktu menjadi pemimpin umat Islam, Rasulullah SAW menjadi tempat rujukan bagi masyarakatnya ketika itu yang menghadapi pelbagai masalah. Kebanyakan pandangan yang diutarakan mampu memberi keadilan kepada semua pihak. Tidak hairanlah Rasulullah SAW merupakan model terbaik untuk kita letakkan pada sisi kehidupan yang sangat mencabar pada akhir zaman ini. Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan dan teladan dalam menghadapi suasana persekitaran hidup yang semakin kompleks. Semangat dan perjuangan Baginda yang tidak pernah mengenal erti putus asa wajar diteladani sebagai panduan ketika menyebarkan ajaran Islam..........


No comments:

Post a Comment