Assalamualaikum..
Sifat ujub atau membangga diri itu di cela oleh Allah SWT, sebagaimana melalui firman-Nya :
" Dan pada hari peperangan Hunain ,ketika itu kamu berbangga2 di sebabkan bilangan kamu lebih banyak itu,namun bilangan yang banyak itu tidak menolong kamu barang sedikit pun." ( at Taubah :25 )
Rasulullah saw bersabda :
" Tiga perkara akan membinasakan ( diri manusia ) : iaitu kikir yang diikutkan hawa nafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri."
Inilah penyakit hati yang boleh memusnahkan seluruh amal kebajikan kita.Kalau kita sudah boleh beramal kebajikan spt mengerjakan solat,berdoa dan berzikir,bersedekah dan berdakwah dan lain lain tetapi terselit didalam hati kita perasaan bangga.."boleh tahan amalan aku ini " hati kita berbisik2 demikian lalu timbullah perasaan bangga diri maka inilah penyakit ujub yang menguasai diri kita.Kerana ujub itu tidak dinilai oleh Allah SWT.
Tujuan kita beramal,mentaati seluruh perintah Allah SWT bukan untuk dibangga bangga walau untuk orang lain malah untuk diri sendiri pun ditegah.Beramal dalam tujuan melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaan-Nya yang begitu melimpah ruah,bersyukur kerana Dia memberi kekuatan & petunjuk untuk kita menunaikan segala perintah-Nya sama ada yang wajib ,harus,sunat,makruh & haram.
Perlulah kita sedar bahawa hati iaitu menjadi rebutan antara malaikat & syaitan.Hati yang leka dan lalai dari mengingati Allah SWT sebenarnya ia terdedah kepada godaan syaitan.Jadi ketika hati kita lalai maka di waktu itu di bisik bisiknya hingga lahirlah sifat ujub itu yang yang boleh merosakkan amalan kita.
Antara perkara2 yang menyebabkan adanya sifat ujub dalam hati kita :
1. Ujub dengan sendiri kerana cantik,kacak,sihat,kuat,suara yang merdu dan seumpamanya sehingga kita lupa bahawa itu semua adalah kurniaan Allah SWT yang bila bila masa boleh Dia melenyapkan. Untuk mengubatinya selalulah mengenangkan kejadian manusia itu dari air mani yang hingga kemudian secantik mana wajah,sekuat mana tubuh kita akhirnya akan jadi bangkai yang dimakan oleh ulat.Tubuh kita akan terburai di dalam perut bumi dan hancur menjadi busuk.Tiada lagi harga dan nilai disisi manusia ITULAH HAKIKAT DIRI KITA.
2. Ujub dengan kekuatan dan ketangkasan. Cara mengubatnya dengan mengenangkan bagaimanakah keadaan kita bila ditimpa demam cukup sehari sahaja.Kekuatan yang tadi akan menjadi lemah,anggota yang tadi tangkas akan menjadi lesu dan tidak bermaya.Jadi dengan hanya di timpa demam walau sehari sahaja,hampir lumpuh seluruh kekuatan yang kita banggakan.Oleh sebab itu tidak wajar kita banggakan diri dengan kekuatan yang sekelip mata sahaja boleh jadi lemah sekiranya Allah SWT berkehendak.
3. Ujub dengan kelebihan akal dan ingatan yang kuat yang ada hubung kait dengan urusan dunia dan akhirat.Kerana itu kita suka menonjolkan diri dengan pendapat kita yang bernas dan sempurna.Lantaran itu kita tidak mahu berbincang dengan orang yang tidak sefikiran dengan kita dan menganggap mereka itu semua jahil dan bodoh.Ubat bagi penyakit ini dengan memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala kurnia yang di berikan-Nya kepada kita berupa akal yang tajam.Fikirkan jika tiba tiba akal kita diserang penyakit sehingga menjadi tidak siuman ( gila ) dan di tertawakan orang.Hendaklah jita sedar bahawa ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia adalah sedikit sahaja.Kita hendaklah terus belajar dan menuntut ilmu yang mengenalkan kita kepada Allah SWT, dan dari situlah nanti kita akan insaf bahawa kita masih jahil dan bodoh.Dan itu sahaja yang akan menghalang sifat ujub itu bertapak di hati kita.
4. Ujub kerana mempunyai harta yang banyak. Manusia apabila dia memiliki harta yang banyak ( kaya ) maka berbagai bagai perasaan menerjah dalam dirinya.Rasa bangga dan besar diri.Seolah olah dia sahaja yang berada dan orang lain miskin dan muflis.Sifat ini amat tercela dan menghalang dirinya untuk bermujahadah.Terutama meletakkan dirinya rendah dari orang lain.Sebagai yang telah ditunjuki bencana bencana tentang harta kekayaan.Perlulah diingat bahawa harta yang dimiliki itu ada hak haknya.Jika tidak dipertanggungjawabkan seperti yang dituntut oleh syariat maka pastinya balasan yang pedih dari Allah SWT kelak.Hal hal semacam ini perlu jadi ingatan kita supaya ianya boleh menghalang sifat ujub itu terus beraja dihati kita.
5. Ujub dengan pendapat yang salah dan ini lah yang dikatakn manusia yang jahil tetapi sombong ( bodoh sombong ). Firman Allah SWT :
" Siapakah yang dinampakkan baik perbuatan buruknya itu, sehingga di anggapnya perbuatan buruk itu baik pula." ( Fathir : 8 )
" Mereka mengira apa yang mereka buat itu baik ." ( al Kahfi : 105 )
Ubat bagi penyakit ini ialah dengan selalu mencurigai pendapat sendiri,sehingga kita tidak terpengaruh dengannya kecuali dengan hujah dan dalil yang nyata dari al Quran dan Hadis atau di dukung oleh dalil aqli yang tepat dan yang cukup syarat2nya sebagai dalil.
Dengan demikian sifat ujub tidak mendapat tempat di hati kita dan kita akan terus menerus beramal dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan di sisi Allah SWT.
PETIKAN DI ATAS ADALAH SEBAHAGIANNYA DI PETIK DARI BUKU PENAWAR BAGI HATI ( ABDUL AZIZ ISMAIL ).
Sumber dari facebook nota : https://www.facebook.com/notes/pak-su-khairol/ujub-membatalkan-ikhlas-beramal/166590410067830
No comments:
Post a Comment