Assalamualaikum...
Firman Allah SWT :
" Maka celakalah bagi orang orang bersembahyang yang sentiasa lalai daripada sembahyangnya.Mereka yang mengerjakan kebaikan,minta dilihat orang." ( al-Ma'un : 4-7 )
1. Riya' melalui tubuh.
Wajahnya nampak pucat,tubuhnya kurus dan jalannya sengaja menunduk saja supaya dia kelihatanseperti orang yang kuat beribadah ditengah malam atau terlalu ambil berat hal hal agama dan terlampau takut dengan balasan Allah SWT. Jadi apabila kita menampakkan keadaan begitu tentu timbul dalam hati perasaan riya' yang mahu orang lain menyangkanya berbuat sesuatu amalan kebajikan.Oleh itu tinggallah perbuatan seperti itu kerana ia membuatkan sifat riya' dalam diri kita
Rasulullah bersabda :
" Jika seseorang kamu berpuasa,maka hendaklah meminyakan kepalanya,menguruskan rambutnya dan memakai celak di mata."
Ini tiada lain untuk menghindarkan diri dari was was syaitan dan untuk menimbulkan perasaan rita' dan menunjuk nunjuk diri.
2. Riya melalui pakaian.
Memakai pakaian berjenama yang mahal2. Perbuatan ini termasuk amalan amalan riya'untuk mempamerkan kepada orang ramai atau sahabat2nya tentang kelebihan yang ada pada dirinya. Riya' boleh berlaku apabila kita berpakaian spt orang kaya.Dengan cara itu kita telah di anggap oleh orang ramai sebagai golongan kaya dan hartawan.,sedangkan itu semua adalah sandiwara ,yang sebenarnya bertujuan untuk mendapat sanjungan dan pujian dari orang lain. JADI MELALUI PAKAIAN SEBENARNYA BOLEH MENYUBURKAN SIFAT2 RIYA' DALAM TUBUH KITA.
3. Riya' melalui ucapan.
Dikatakan orang yang riya' melalui ucapan itu ketika menyampaikan sesuatu tiada lain kecuali nasihat dan peringatan yang bijaksana dan penuh hikmah.Bila bercakap menerangkan hadis dan cerita2 orang orang soleh.Termasuk juga amalan riya' itu kuat bacaan zikirnya di hadapan khalayak ramai.Menampakkan sifat marahnya pada setiap kemungkaran dan melahirkan sifat dukacita atas maksiat yang dilakukan oleh manusia.Begitu juga orang yang suka berdebat atau berbahas yang masing masing cuba menonjolkan kepandaian dan kebenarannya.Ini semua adalah ciri ciri orang didalamnya hatinya telah bertapak sifat riya'.
4. Riya' melalui perbuatan.
Apabila dia sujud begitu lama,serta perbanyakkan sembahyangnya apabila berada di khalayak ramai.Banyaknya sedekah dan mahu diumumkan namanya kepada orang lain.Apabila bersendirian dia malas mengerjakan sembahyang dan membuat kebajikan.Ini semua melambangkan tingkah lakunya itu didorong oleh sifat2 riya' didalam hatinya.
Daripada huraian yang ringkas itu kita telah dapat mengenal amalan amalan riya' yang semua itu adalah di dorong oleh penyakit hati.Walaupun dilihat pada zahinya itu adalah amalan soleh tetapi diselit didalam hati satu kecelakaan kepada tujuannya mengharap keduniaan dari manusia.Dia mahu disanjung,dihormati,dipuji dan dihargai setiap masa.Kalau tidak perolehi itu semua jiwanya terseksa dan menderita.
Hakikat orang yang riya' dalam amalannya adalah manusia yang berpura pura di sisi Allah SWT.
Segala bentuk amal kebajikannya itu semata mata mengharap sanjungan manusia,sedangkan itu semua tidak upaya dilakukan apabila berada bersendirian.Dia akan banyak beramal apabila berada di khalayak ramai dan dia jadi malas apabila bersendirian.
Maka dengan itu, hendaklah kita membiasakan diri menyembunyikan segala amalan kita supaya tidak diketahui orang,jika perlu tutup jalan yang boleh mendatangkan riya'.Dengan cara itu,hati kita akan menumpukan ke hadrat Allah SWT ketika beramal. Allah berfirman :
" JIka kamu menyatakan sedekah itu pun baik,tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikannya kepada kaum fakir miskin maka itulah yang sebaik baiknya." (al Baqarah:271)
Maka itulah sebahagian daripada penyakit hati KITA yang sering di serang penyakit RIYA' yang tanpa kita sedari. Walaupun jalan untuk menghindari hati dari penyakit riya' terlalu sukar...namun tetap ada penawarnya.maka berhati hati lah. PALING TIDAK JANGAN DIBIARKAN RIYA' ITU BERTAPAK DIHATI DAN MEROSAKKAN HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT.
Dipetik dari facebook nota https://www.facebook.com/notes/pak-su-khairol/riya-mensia-siakan-amal/166591000067771
RIYA' MENSIA SIAKAN AMAL.
pada 15hb Mei 2011 pukul 2.59 pagi
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment