Pages

Friday, 19 July 2013

REZEKI..

Assalamualaikum....dan salam Ramadhan

KITA selalu mentafsirkan rezeki sebagai harta kekayaan atau keuntungan atau gaji dari hasil sesuatu pekerjaan. Pada hakikatnya pengertian rezeki lebih luas ia itu segala keperluan hidup seperti keamanan, kebahagiaan, ketenangan, perlindungan, keamanan, ilmu, sifat-sifat terpuji saperti ikhlas, reda, syukur, tawadhu, khusu' dalam sembahyang dan sebagainya.Secara umumnya rezeki adalah segala pemberian atau nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya.

Mengenai rezeki yang berupa harta kekayaan, ada orang mendapat rezeki yang berkat ada juga yang membawa celaka. Untuk mendapat keberkatan rezeki tersebut semestinya diperolehi dengan cara-cara yang halal dan ditambah dengan rasa kesyukuran, sementara rezeki yang tidak berkat diperolehi dengan cara yang tidak dibenarkan syara' dan diiringi dengan tamak haloba dan sangat mementingkan kebendaan sehingga lupa kewajiban dan tuntutan syara'.
 Rezeki yang berkat akan menambahkan kedamaian, memperkukuhkan keimanan dan membentuk akhlak dan peribadi yang terpuji, memberikan kepuasan,memberikan kesihatan mental fizikal dan spritual. Ia juga akan memberi pengaruh terhadap ketenteraman, keamanan,sejahtera, keharmonian dan kehidupan berkeluarga, anak isteri patuh dan mendengar cakap, tidak mendatangkan masalah. Malahan rezeki yang berkat juga berperanan terhadap masyarakat dan negara saperti yang di alami oleh Negeri Saba'. Rakyatnya rukun damai,tanahnya subur,pohon-pohonnya berbuah.

Perlu dinyatakan bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada semua makhluk. Manusia sesungguhnya tidak mampu melakukannya, untuk memberi makan semua ikan di laut saja kita tidak akan sanggup. Perkara ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Tugas manusia berusaha tetapi yang menentukan usaha tersebut berhasil atau gagal, mendapat rezeki atau tidak, banyak atau sedikit adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala .

Oleh kerana yang memberi dan mengatur rezeki tersebut hanya Allah, maka sebagai orang yang beriman kita perlu membaiki hubungan kita kepadaNya di samping membaiki hubungan sesama manusia dan sesama makhluk yang lain.

AMALAN - AMALAN MURAH REZEKI

Bertaqwa dan beribadat kepada Allah.
Bertaubat dan beristighfar
Menunaikan solat fardhu dan mengamalkan solat sunat terutamanya Solat Hajat dan Solat dhuha
Berpuasa
Bersyukur
Bertawawakkal
Membaca Al Quran, berdoa dan berzikir

membuat kebajikan kepada manusia
Bersedekah
memberi nafkah kepada ahli keluaga
Membayar zakat
Memanfaatkan harta di jalan Allah
Membantu orang yang kesusahan

Wallahualam..........................................

No comments:

Post a Comment