Teringat pula satu kisah yg aku baca ari tu....
KISAH SEORANG LELAKI YG BUTA AL QURAN..
Seorang lelaki melewati
sebuah kawasan perkuburan di suatu malam
yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang
suatu cahaya yang terang benderang muncul
dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia
seorang waliyullah atau ulamak atau orang
soleh yang istimewa kedudukannya di sisi
tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak
di atas kuburan yang bercahaya itu.
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan
berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan
perkuburan itu dengan ditemani orang
kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib
itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah
atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal?.Bila bertanya kepada orang
kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur
seorang lelaki tua, yang pernah mendiami
sebuah pondok dihujung kampung bersama
istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya.
Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan.
Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya
bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani
kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli
ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan
imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah
suaminya tidak pandai membaca quran dan
dia tidak pernah mendengar suaminya
membaca quran. Hal ini benar-benar
menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut
dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-
perkara anih yang simati selalu lakukan dalam
kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri
simati teringat suatu perkara yang selalu
dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam. Katanya , setiap
malam sebelum tidur suaminya akan mengambil
wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik
lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium
dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan
kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu
sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia
akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu
dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat
dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah
mendengar rintihan dan esakan tangis
suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu
dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Janganlah
engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku
tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku
sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah
engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani
alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum
tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang
mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda
seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang
maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia
sangat mengasihi kalimat tuhan dengan
sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan
dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita
menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di
dalam rumah kita, di dalam diri kita,
sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini.
Perkisahan
ini ditulis dan disesuaikan semula untuk
bacaan semua. "
No comments:
Post a Comment