Assalamualaikum...tadi sebelum solat teraweh KS dengar tazkirah sedikit berkenaan kelebihan selawat nabi...di surau Al Mustaqimah Sek 7 Shah Alam.
KISAH.
seorang pemuda telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW...
Dalam mimpinya itu Baginda SAW langsung tidak memandang atau menoleh kepada pemuda tersebut...lalu pemuda tersebut bertanya kepada Rasulullah saw....Wahai Rasulullah..kenapa Rasulullah tidak memandang kepadaku...maka jawab Rasulullah SAW.. " Aku tidak mengenali mu ".
Selepas pemuda itu terjaga dari mimpinya...maka dia pun terus mewajibkan keatas dirinya utk selawat keatas Rasulullah SAW 100 kali sehari..
Tidak lama kemudian pemuda ini bermimpi sekali lagi bertemu dengan Rasulullah SAW......Tetapi kali ini Rasulullah SAW memandang pemuda itu dengan senyuman yg berseri2... maka Rasulullah SAW pun berkata kepada pemuda itu...." kini Aku mengenalimu. "
Allah SWT pun berselawat keatas makhluk ciptaanNya..
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” ......................(Surah al-Ahzab: ayat 56).
Waktu Afdhal Berselawat
•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment