Pages

Saturday, 19 August 2017

EMPAT JENIS ILMU YANG PERLU KITA PELAJARI UNTUK KENAL NABI MUHAMMAD ﷺ

Apakah jenis-jenis ilmu yang perlu kita kenal untuk mengenali Nabi Muhammad ﷺ.

Ulama menyenaraikan untuk kita kenal mengenai Nabi Muhammad ﷺ pertama sekali hendaklah kita mengetahui 4 jenis ilmu:

1)Ilmu Sirah Nabi ﷺ iaitu sejarah yang berkaitan dengan Baginda Nabi daripada saat perjalanan hidup ketika kecil sampailah Baginda Nabi ﷺ wafat.

2)Ilmu Syamail Nabi ﷺ yang mana ilmu ini berkaitan dengan keperibadian Rasulullah,akhlak Baginda ﷺ. Bagaimana cara Nabi ﷺ makan, minum, tidur dan sebagainya.

3)Ilmu Khususiyyah yang mana ilmu ini menerangkan mengenai keistimewaan-keistimeeaan mukjizat Nabi ﷺ. Manusia lebih tertarik dengan keistimewaan yang ada pada seseorang jadi dengan mempelajari keistimewaan ini maka kita dapat mengenai keistimewaan Baginda Nabi ﷺ yang tiada pada makhluk lain.

4)Ilmu mengenai Ahlul Bait Nabi ﷺ. Ini adalah penting buat kita untuk mengenali mengenai keturunan Nabi Muhammad ﷺ yang mana kita perlulah menghormati mereka yang daripada kalangan Para Ulama yang mana tidak akan terputus nasab keturunan Nabi ﷺ sehinggalah hari kiamat. Di mana mereka memberikan manfaat pada ummah menyampaikan dakwah dengan sifat keilmuan dan penuh berakhlak untuk membawa kita menuju jalan yang benar.

Tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, perlulah setiap daripada kita semua untuk mengetahui dan mempelajari kesemua jenis ilmu ini maka dapatlah kita menjalinkan hubungan kecintaan kita dengan Nabi Muhammad ﷺ.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Berkata Para Ulama salah satu punca kenapa ummat islam pada hari ini kurangnya perasaan rindu dan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah kerana disebabkan mereka tidak mengenali mengenai kehidupan Nabi ﷺ.

Tidak mengenali siapakah itu Nabi Muhammad ﷺ. Bagaimana kehidupan Baginda ﷺ ketika kecil dan seterusnya. Kurang mengetahui mengenai ahli keluarga Nabi ﷺ dan juga Para Sahabat Nabi ﷺ.

Amat jarang sekali mengisahkan mengenai akhlak dan keperibadian Nabi ﷺ dalam pergaulan sehariannya.  Mencontohi akhlak dan adab Nabi ﷺ.

Barangsiapa yang kenal kepada Nabi Muhammad ﷺ pasti hatinya akan jatuh cinta. Semakin hari kita boleh semakin kenal kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan kita menceritakan dan mencontohi kepada Nabi ﷺ.

Maka semakin meneballah perasaan rindu dan cinta kita kepada Nabi Muhammad ﷺ. Apabila lahirnya perasaan rindu dan cinta itu maka seseorang yang cinta kepada seseorang pasti akan mengikuti dan mencontohi orang yang dicintainya.

KENAPA KURANGNYA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH ﷺ

Wahai saudara-saudara ku. Biarlah aku bercakap secara terbuka. Diharapkan janganlah kamu berasa sedih ataupun kecewa dengar apa yang bakal aku cakapkan. Kasih sayang kita terhadap Nabi ﷺ amatlah berkurangan sekali.

Ya memang kita ada kasih terhadap Nabi ﷺ dan maknanya pada mana kadar yang kita tunjukkan kecintaan dan kasih sayang kita kepada Nabi ﷺ memang ikhlas. Akan tetapi ianya masih tetap dalam kadar, bilangan kecintaan kita kepada Nabi ﷺ itu adalah satu kadar atau bilangan yang sangat sikit sekali.

Apakah sebabnya yang membuatkan jauhnya kita daripada Nabi ﷺ? Pertama kerana kita tidak ada mempelajari, mendengar dan mengambil pengajaran daripada sirah Nabi ﷺ. Kalau sekiranya kita membaca, mempelajari dan mengambil pedoman mengenai sirah Nabi ﷺ maka kita pasti tidak akan merasa terhadap Nabi ﷺ sepertimana kita merasai sekarang ini yakni kurangnya kecintaan kita sekarang. Walaupun kecintaannya memang ada tetapi ianya amatlah berkurangan sekali.

Disebutkan di dalam hadis yang sahih "Ketika mana Rasulullah ﷺ sedang sujud datang Abu Jahal mencekik leher menggunakan kain Baginda Nabi ﷺ yang sedang sujud."

Pasti kita akan terasa dengan perbuatan itu. Adakah itu mencukupi? Apakah ini yang kita rasa? Bagi seorang muslim yang begitu mencintai Nabi ﷺ ia akan bersabar sepertimana sabarnya Baginda Rasulullah ﷺ ketika sedang sujud yang dicekik oleh Abu Jahal untuk menyampaikan tanggungjawab menyempurnakan Islam.

Oleh sebab kesabaran Nabi ﷺ ketika sujud itulah akhirnya Islam sampai kepada kita. Disebabkan itu dalam usaha kita menyampaikan, menyebarkan dakwah Islam. Bilamana kita disakiti ataupun dakwah kita tidak diterima oleh orang maka hendaklah kita bersabar seperti sabarnya Rasulullah ﷺ.

Bukti yang kedua yang menunjukkan walaupun kasih sayang kita ada terhadap kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ tetapi ianya amatlah terlalu sedikit adalah kita sendiri melihat kehadiran di dalam masjid yang mana kita dapat melihat sendiri sedikitnya orang-orang yang hadir mengimarahkan Rumah Allah.

Yang kita selalu lihat yang mengimarahkan Rumah Allah rata-ratanya hanyalah orang tua sahaja. Mereka yang telah berumur, telah pencen dan tidak bekerja lagi. Di manakah anak-anak remaja kita berada? Sepatutnya waktu muda inilah, waktu sekaranglah kita mengimarahkan Rumah Allah bukannya tunggu kita sudah tua nanti sebab kita tidak tahu adakah kita masih lagi hidup esok hari.

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

Thursday, 17 August 2017

BELAJARLAH MENCINTAI RASULULLAH ﷺ DENGAN KITA MENCONTOHI GENERASI-GENERASI TERDAHULU

Para Sahabat dan Para Salaf dahulu menzahirkan pelbagai bentuk untuk memuji kepada Nabi ﷺ bagi menzahirkan kasih sayang mereka baik secara terang-terangan dan ada juga yang menunjukkan kasih sayang kepada Nabi ﷺ dengan cara yang tersembunyi.

Maka kalau kita mengaku dan menyebut kita cinta kepada Nabi ﷺ terlebih dahulu hendaklah kita melihat kepada golongan Para Sahabat dan Para Salaf. Lihat bagaimana mereka ini menunjukkan cinta dan kasih sayang mereka kepada Rasulullah ﷺ supaya kita tahu adakah kita benar-benar mencintai Nabi ﷺ ataupun kita hanya mendakwa diri kita mencintai Nabi ﷺ.

Di dalam kitab sirah yang disebutkan oleh Saidina Anas Bin Malik Radhiyallahu'Anhu "Sudah menjadi kebiasaan kami melihat Nabi ﷺ berjalan bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pergi dan balik ke mana sahaja pasti mereka akan bersama ibarat tidak dapat dipishkan ketiga-tiganya."

Disebutkan di dalam satu atsar menyebutkan "Suatu hari Nabi Muhammad ﷺ berjalan di Madinah yang di sebelah kanan Nabi ﷺ adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu dan di sebelah kiri Nabi ﷺ pula adalah Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu.

Dan Nabi ﷺ sambil berpegangan tangan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu'Anhu dan Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu  lalu Baginda Nabi ﷺ mengatakan "Wahai Abu Bakar, wahai Umar. Beginilah kita akan masuk Syurga kelak."

Inilah kasih sayang yang sebenar-benarnya yang ditunjukkan dari Nabi ﷺ kepada Para Sahabat Radhiyallahu Ajmain. Terutama sekali kepada mereka yakni Saidina Abu Bakar Radhiyallahu'Anhu dan Saidina Umar Radhiyallahu'Anhu dan daripada mereka kepada Nabi ﷺ.

Kalau kita lihat banyak lagi kisah-kisah Para Sahabat dan Para Salaf terdahulu yang diceritakan menzahirkan akan kecintaan dan kasih sayang mereka kepada Nabi ﷺ melalui pelbagai cara.

Hari ini kita lihat ada golongan yang kurang senang bilamana kita ingin memuji Nabi ﷺ berkumpul mengadakan maulid, majlis selawat, berqasidah dikatakan tidak boleh, bidaah, sesat dan sebagainya. Ini suatu yang pelik.

Sepatutnya kita tanyakan kepada diri kita masing-masing. Apakah usaha yang telah kita lakukan supaya kita nak diri kita, ahli keluarga kita dan masyarakat kita ini semakin bertambah cinta dan kasih kepada Nabi ﷺ.

Bagaimana kita ini sepatutnya cinta dan kasih kepada Nabi ﷺ Muhammad ﷺ? Bagaimanakah caranya kita ingin membuktikan cinta dan kasih kita kepada Nabi Muhammad ﷺ?

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

FB: The Capal

PENTINGNYA MENGHADIRI MAJLIS ILMU DAN MAJLIS ZIKIR UNTUK MEMBERSIHKAN HATI

Jangan sesekali ada orang mengatakan bahawasanya majlis zikir dan majlis ilmu ini tidak penting, tidak bermanfaat sehinggakan mereka merendah-rendahkannya kerana ia secara tak langsung kita telah merendahkan apa yang dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam hadis qudsi "Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku.

Jika dia mengingati-Ku dalan satu kelompok maka Aku mengingatinya dalam satu kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika dia mendekati Aku satu jengkal maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia dia mendekati Aku satu hasta maka Aku mendekatinya satu depa. Jika dia datang kepada-Ku sambil berjalan maka Aku akan datang kepadanya sambil berlari."

Dan hendaklah kita cuba untuk menghadiri kedua-dua majlis iaitu majlis ilmu dan juga majlis zikir digandingkan sekali kerana dengan menghadiri majlis ilmu sahaja maka kita akan penuh dengan ilmu sehingga otak kita sarat dengan ilmu

Tetapi jika kita menghadiri majlis ilmu sahaja tetapi kita tidak menghadiri majlis zikir maka bagaimana hati kita nak bersih? Kerana menghadiri majlis-majlis zikir ini akan membantu kita membersihkan hati kita daripada segala kekotoran.

Bila hati kita dah bersih maka ilmu yang kita perolehi itu akan lebih mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Dan hendaklah mereka yang tahu mengenai majlis ilmu dan majlis zikir ini berniat untuk menghadirinya.

Jika dia mampu untuk hadir tiada perkara yang menghalangnya untuk hadir tetapi dia tidak menghadirinya maka takut-takut nanti kita akan dipersoalkan oleh Allah سبحانه وتعالى kenapa ketika di dunia kita tahu mengenai majlis ilmu,majlis zikir tetapi kita langsung tidak menghadirinya. Takut menjadi hujah buat diri kita kelak.

[SYEIKH FERAS SALOU AD-DIMASYQI HAFIDZOHULLAH]

Fbthecapal

Monday, 14 August 2017

MARI KENALI TUJUH TINGKATAN NAFSU MANUSIA

7 jenis tingkatan nafsu manusia:

1)Nafsu Ammarah (Jahat).

2)Nafsu Lawwamah (Mencela Diri Sendiri).

3)Nafsu Mulhamah (Ilham dari-Nya).

4)Nafsu Mutmainnah(Tenang).

5)Nafsu Radhiah (Redha).

6)Nafsu Mardhiah (Wali Allah).

7)Nafsu Kamilah (Sempurna).

Manusia biasanya bermula pada nafsu ammarah iaitu nafsu yang mengajak seseorang itu kepada kejahatan dan keburukan, membawanya kepada dosa dan maksiat. Apabila dia bermujahadah melawan dengan nafsunya maka nafsunya itu akan membawa kepada tingkatan nafsu lawwamah iaitu nafsu yang mencela, mengkritik dirinya sendiri. "Kenapa aku melakukan dosa? Kenapa aku melakukan kemaksiatan?"

Dia mencela dirinya sendiri. Dia melihat keaiban dirinya sendiri. Allah سبحانه  وتعالى mengurniakan manusia dua mata. Yang mana satu mata adalah untuk melihat kebaikan, kelebihan orang lain dan satu mata lagi untuk melihat keburukan dan keaiban dirinya sendiri.

Maka nafsu lawwamah ini dilawan akan naik kepada nafsu mulhamah. Nafsu yang dikurniakan oleh Allah untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik. Dan apabila bermujahadah lagi maka nafsunya itu akan naik kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang.

Tenang dengan apa yang terjadi. Apabila diperangi, dilawan maka ia akan naik lagi kepada tingkatan nafsu radhiah iaitu nafsu yang redha. Redha akan takdir Allah Taala. Berasa gembira, seronok "happy". Apabila Allah timpakan musibah maka dia berasa "happy" kerana ianya daripada Allah. Disakiti oleh manusia maka dia redhai. Redha itu penting ke atas apa yang berlaku, takdir yang menimpa kepadanya dan ke atasnya.

Daripada nafsu radhiah dia bermujahadah lagi maka akan naik kepada nafsu mardhiah (Nafsu Para Wali). Pada peringkat ini nafsu dia bukan sahaja redha tetapi ianya diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى. Pada ketika ini segala perhubungannya, kelakuannya adalah kepada segala kebaikan dan ketaatan. Nafsunya itu menjadikan ia melakukan ketaatan. Tak terfikir pun untuk melakukan kejahatan.

Wali Allah bukan maksum dan ianya juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Kadang-kala dosa itu akan menaikkan lagi maqamnya kerana ianya menyesal kepada perkara dosa yang dilakukan tersebut. Dan ianya akan meningkatkan lagi ibadahnya. Contohnya, dia melakukan 1 malam bertahajjud menyesal ke atas dosanya. Memperbaiki diri lagi, muhasabah diri lagi untuk menjadi lebih baik.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang maka dekatilah ia. Sesungguhnya dia akan mengajarkan kepada kamu hikmat."

Kemudian daripada nafsu mardhiah naik kepada tingkatan nafsu yang paling tinggi iaitu nafsu kamilah yang sempurna yang mana ianya hanya dicapai oleh Para Rasul, Para Nabi. Akan tetapi, manusia biasa juga boleh mencapai tingkatan itu dengan syarat ianya betul-betul bersungguh-sungguh bermujahadah melawan nafsunya seperti Para Wali dan Para Solihin.

Orang yang berada pada perinkat nafsu yang tertinggi ini yakni nafsu kamilah. Setiap perlakuannya benar-benar mengikut garis keredhaan Allah سبحانه  وتعالى dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

Cintanya tertumpa pada Allah سبحانه  وتعالى . Ingatannya pada Allah tidak pernah terputus. Allah سبحانه  وتعالى menyebutkan di dalam hadis qudsi mengatakan "Sesungguhnya telah lama orang yang baik-baik itu rindu untuk bertemu dengan Aku. Dan ketahuilah sebaliknya Aku lebih rindu untuk bertemu dengan mereka."

[USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

Sunday, 13 August 2017

ORANG BAIK BANYAK TEMAN, PENYERU KEBAIKAN BANYAK MUSUH

Untaian Hikmah nan Indah, patut kita renungkan bersama.

ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟

Apa bedanya Orang Baik (Shaleh) dan Penyeru Kebaikan (Mushlih)..?

الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.

Orang Baik, melakukan kebaikan untuk dirinya.
Sedangkan Penyeru Kebaikan (Muslih) mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan orang lain..

الصالح  تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .

Orang Baik, dicintai manusia..
Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia..

لماذا !!!؟
Kenapa begitu..?!?!

الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه  لأنه صالح .

Rasulullah SAW sebelum diutus, beliau dicintai oleh kaumnya karena beliau adalah orang baik..

ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.

Namun ketika Allah Ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarinya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..

ما السبب ؟
لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .

Apa sebabnya..?
Karena Penyeru Kebaikan "menyikat" batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerusakan..

ولذا أوصى لقمان ابنه بالصبر حين حثه على الإصلاح لأنه سيقابل بالعداوة.

Itulah sebabnya kenapa Luqman menasehati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan perbaikan, karena dia pasti akan menghadapi permusuhan..

( يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك )

Hai anakku tegakkan sholat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..

قال أهل الفضل والعلم : مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين ،

Berkata ahli ilmu:
Satu penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik...

لأن المصلح يحمي الله به أمة ،والصالح يكتفي بحماية نفسه .

Karena melalui penyeru Kebaikan itulah Allah jaga umat ini..
Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri...

فقد قال الله عزَّ و جلَّ في محكم التنزيل :

Allah SWT berfirman :

( وَمَا كَانَ رَبُّكَ  لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُون َ).

"Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."

ولم يقول ...صالحون ...

Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (Sholeh)"

كونوا مصلحين ولا تكتفوا بأن تكونوا صالحين.

Maka jadilah PENYERU KEBAIKAN, jangan merasa puas hanya sebagai ORANG BAIK saja...

اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وبارك وسلم

JIHAD MELAWAN NAFSU ITU SEBESAR-BESAR JIHAD

Jihad mujahadah kepada nafsu ini terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

1)Melawan nafsu kita untuk mendekatkan diri  kita kepada Allah  سبحانه  وتعالى dengan kita melakukan amal soleh kerana sifat nafsu kita ini adalah selalu mengajak kita kepada perkara yang tidak baik. Oleh kerana itu, kita patut mujahadah melawan nafsu kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah سبحانه  وتعالى.

2)Melawan nafsu kita untuk meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah سبحانه  وتعالى yakni maksudnya adalah kita memelihara diri kita, menjauhkan diri kita daripada melakukan apa-apa sahaja perkara yang tidak diredhai oleh Allah سبحانه  وتعالى yang boleh mendatangkan murka Allah  سبحانه  وتعالى kepada diri kita.

3)Melawan nafsu kita dengan kita menghiasi diri kita dengan akhlak-akhlak yang baik dan kita memisahkan diri kita daripada akhlak-akhlak yang tidak baik seperti sifat takabbur, sombong, ujub, riak, suma'ah dan segala sifat-sifat yang tercela.

Maka jihad mujahadah ini yang tiga ini boleh dibahagikan kepada dua perkara iaitu:

1)Jihad mujahadah am iaitu seseorang itu tidak berhajat kepada seorang guru untuk memberikan bimbingan kepada dirinya. Dia melakukan amal-amal soleh sepertimana yang dia ketahui.

2)Jihad mujahadah khas iaitu seseorang itu berhajat kepada bimbingan seorang guru untuk membantunya memberikan bimbingan untuk memerangi kepada hawa nafsunya.

Apa beza kedua-dua ini? Adapun jihad am ini adalah seseorang itu beribadah melakukan amal soleh seperti biasa mendirikan solat, membaca Al-Quran, berzikir dan amal-amal soleh yang lainnya tetapi bezanya dengan jihad khas adalah seseorang itu beribadah melakukan amal soleh dengan sentiasa dipandu mendapatkan bimbingan dari Guru Mursyidnya.

[HABIB KADZIM BIN JA'AFAR BIN MUHAMMAD AS-SEGGAF HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

Saturday, 12 August 2017

MERENDAH DIRI

"Rasulullah ﷺ bersabda; "Cukup seseorang itu apabila melakukan keburukan bilamana menghina pada orang lain. Tidak akan masuk syurga pada seseorang yg memiliki sifat sombong kepada org lain walaupun sebesar biji zarah."

"Hati yang tertutup sama seperti orang yang tak menerima teguran atau kesalahan terhadap diri sendiri. Berjalan didalam keadaan sombong adalah amat dibenci oleh Allah سبحانه وتعالى kecuali sewaktu didalam peperangan memperjuangkan islam. Orang-orang yang beriman itu berjalan diatas muka bumi dengan tawadhuk, tidak sombong dia adalah org yang dimuliakan Allah سبحانه وتعالى."

"Ada satu kisah, seorang orang yang tua dihalang menggunakan jalan kerana Raja ingin lalu jalan tersebut. Kemudian pengawal kepada raja tersebut berkata; "Wahai orang tua, kenapa kamu menghalang jalan ini. Tidak tahukah kamu siapa yang berjalan diatas jalan ini?"

"Orang tua itu menjawab; "Aku cuma menggunakan sebahagian kecil jalan ini saja." Pengawal itu cuba berkeras dan bertanya orang tua itu; "Wahai orang tua, kamu tahu siapa yang akan lalu jalan ini?Jawab orang tua itu; "Aku tahu siapa Raja itu dengan pasti."

"Raja yang mendengar pun bertanya, “Kalau kamu tahu Siapakah aku?" Jawab orang tua itu; "Kamu berasal daripada air mani yang hina, penghujung kamu ialah bangkai yang busuk, dan kamu pergi ke mana-mana dengan membawa najis. Terkejut raja tersebut."

"Jadi Inilah hakikat manusia agar tidak sombong kerana semuanya mempunyai asal-usul yang sama. Pertanyaan adalah kunci kepada hidayah jika tak tau dengan sesuatu hal, maka bertanyalah. Sombong itu ialah menghina akan orang lain, dan menolak kepada kebenaran."

"Allah سبحانه وتعالى membolehkan manusia untuk berhias yakni ianya adalah nikmat. Seseorang itu memakai pakaian itu dengan niat untuk bersyukur atas nikmat yang Allah سبحانه وتعالى beri padanya. Yang tak dibenarkan adalah menyombong kepada nikmat itu. Haram kita bersikap sombong dan kita membesarkan diri. Moga-moga kita dihindarkan oleh Allah سبحانه وتعالى daripada sifat sombong dan membesarkan diri."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.