Pages

Monday, 16 November 2015

NASIHAT AGUNG RASULULLAH ﷺ

Daripada Sayidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang dikehendaki :

1.Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim ?
Rasulullah bersabda : Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang paling alim.

2.Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi orang yang paling kaya?
Rasulullah bersabda : Jadilah orang yang qana'ah(merasa cukup dengan Allah), maka engkau akan jadi orang yang paling kaya.

3.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling adil ?
Rasulullah bersabda : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

4.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik ?
Rasulullah bersabda : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

5.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?
Rasulullah bersabda : Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah.

6.Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku ?
Rasulullah bersabda : Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.

7.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan orang muhsinin(baik)?
Rasulullah bersabda : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin.

8.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam dalam golongan yang taat?
Rasulullah bersabda : Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

9.Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa ?
Rasulullah bersabda : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

10.Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat di bawah cahaya?
Rasulullah bersabda : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada hari kiamat di bawah cahaya.

11.Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada hari kiamat.

12.Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?
Rasulullah bersabda : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

13.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?
Rasulullah bersabda : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

14.Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?
Rasulullah bersabda : Sentiasa menyerah diri (tawakal)kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.

15.Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?
Rasulullah bersabda : Sentiasa berada dalam berkeadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

16.Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.
Rasulullah bersabda : Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.

17.Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya.

18.Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?
Rasulullah bersabda : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya.

19.Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada hari Kiamat?
Rasulullah bersabda : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.

20.Siapakah yang terselamat daripada dosa?
Rasulullah bersabda : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

21.Apakah sebesar-besar kabaikan disisi Allah?
Rasulullah bersabda : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian(bala).

22.Apakah sebesar-besar kejahatan disisi Allah?
Rasulullah bersabda : Buruk akhlak dan tamak haloba.

23.Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Rasulullah bersabda : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

24.Apakah yang memadamkan api neraka pada hari kiamat?
Rasulullah bersabda : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

(Riwayat Kanzul 'Ummal: Imam A'lauddin menukilkan dari Imam as-Sayuti)

Sumber : Ustaz Iqbal Zain al Jauhari

No comments:

Post a Comment