Dari Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman daripadanya."
Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih,
kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah
padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di
antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah
SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya:
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari
pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain 70 kali ganda."
Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa AS serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang
musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama
Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam
tempat orang nasara bernama Sa’ir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka
Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian
Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah SWT.
Dari Hadith Qudsi:
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu, Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat
mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap
kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik,
setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai 70,000
batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."
Wallahu'alam.
setelah membaca jujur aku terharu ingin menangis. terima kasih atas semuanya :'(
ReplyDelete