Pages

Saturday, 3 November 2012

SEKADAR PESANAN..



1 . wahai ombak lautan yang berombak
wahai bayu datangmu ubah pasir persisiran
duhai Kekasih ku datang bagai gelora ombak
hati dan jiwa berserah mohon kemaafan....

2. fahamilah apa itu takdir
akan berseri nanti hidup hidup yang ditakdir
begitulah tn hukum alam tak perlu difikir
namun ada insan lalai lupa apa itu takdir......

3. hidup jika mengadai harta
mengharap agar diri berharga
adakah harta syafaat kita
atau cinta RASUL lebih bahagia ?.......

4.yang mulia itu pasti kita hormatkan
yang rendah jangan pula dihina
semoga harga diri diterima Tuhan
buat bekalan hidup yang kedua......

5. jangan lautan hendak diduga
jika ilmu tidak cukup didada
berilmulah beramallah kita
kerana ilmu kunci segala amalan jua...

6.itulah pesan Khalifah Samudera
menjadi bekal pada kita agar berusaha
ingatlah pepatah ini
menjadi panduan hidup berbudi
agar hidup lebih bermakna
agar hidup menjadi saksama
agar diri ingat akan Ilahi
kerana itu semua adalah hidup yang di rahmati........

Khalifah Samudera

No comments:

Post a Comment