Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah
sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api,
dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis
laknatullah itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada
iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan
bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah
menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai
para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar
akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis
laknatullah .
Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang
kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan
kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan
dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke
syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."
Berkata iblis
laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan
meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di
dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya
mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya
adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku,
sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu
sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."
Berkata
iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah
sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"
Akhirnya
iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu
semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan
aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku
katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan
Tuhan seru sekalian Alam."
Setelah mereka (ahli neraka)
mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis
itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan
tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal
selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya
dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian
bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di
dalam buat selama-lamanya."
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment