Pages

Friday, 9 March 2012

SELEMBAR DARIKU

Assalamualaikum....Alhamdulillah syukur kepada Allah swt dengan izin-Nya dapat saya menyampaikan sesuatu,yang rasanya perlu bagi kita sebagai insan di dunia ini.

Bila saja kita sebut tentang percakapan orang. Ada banyak yang rasanya yang boleh kita kaitkan. Percakapan seseorang itu boleh diterima dan boleh ditolak atau ditinggalkan kecuali percakapan Rasulullah saw,kerana Rasulullah saw ianya bersifat maksum . Dan apa apa yang datang daripada golongan " salaf " yang cenderung dengan Al Quran dan Sunah Rasul,kita menerimanya, tetapi kalau selain dari Al Quran dan Sunah Rasul wajiblah kita hanya menurut apa apa yang dikatakan oleh Al Quran dan Sunah Rasulullah . Walaubagaimanapun ,namun kita tidaklah menghentam atau melukakan peribadi orang lain dalam masalah khilafiah.tetapi kita serahkan hal ini kepada niat mereka sendiri.

Saya teringat ketika belajar dahulu mengenai hakikat islam. Agama Islam ini sebenarnya suatu peraturan yang lengkap meliputi semua lapangan hidup.Dan Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan atau rakyat, merupakan budi pekerti dan kekuatan atau rahmat dan keadilan,meripakan kebudayaan dan undang undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman dan merupakan kebendaan dan harta benda atau usaha dan kekayaan juga merupakan perjuangan ( jihad) dan dakwah atau ketenteraan dan juga ideologi. Malah Islam juga merupakan akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Al Quran dan Sunah Rasulullah itu ialah tempat rujuk atau panduan hidup bagi orang orang Muslim untuk mengetahui hukum hukum islam. Untuk memahami kehendak kehendak Al Quran dan Sunah Rasulullah saw, dan untuk kita memahami sunah Rasul pula hendaklah kembali berpedoman kepada ahli Hadis yang boleh dipercayai.

Secara tidak langsung dengan iman yang sejati dan ibadat yang sah serta kesungguhan dalam dakwah islamiah (mujahadah) itu masing masing ada sinaran nur dan rasa kemanisannya yang diberi oleh Allah kedalam lubuk hati sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba hamba-Nya. Tetapi hendaklah kita faham pula bahawa segala ilham atau lintasan hati atau kasyaf dan mimpi itu sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan alasan bagi hukum hukum Syariah Islam,malah semuanya itu tidaklah boleh dijadikan pegangan kecuali jika tidak berlawanan dengan hukum hukum agama dan nas nas syarak.

Untuk itu setiap orang yang beriman mesti mendalami ilmu khususnya ilmu agama yang diajarkan oleh Rasulullah saw . Sama ada menuntut secara formal atau secara mengisi masa yang terluang dengan mendengar majlis majlis ilmu dan kuliah agama.

Bagaimana pun ilmu sahaja belum memadai ,kerana ramai orang yang berilmu masih ingkar terhadap perintah Allah,malah tidak kurangnya orang yang berilmu tetapi tidak beriman dengan Allah swt. ....

No comments:

Post a Comment