Pages

Thursday, 8 March 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W.

AKHLAK RASULULLAH S.A.W BERSAMA KAUMNYA SEBELUM PENGUTUSAN.

Rasulullah s.a.w adalah orang yang mempunyai akhlak terbaik dikalangan kaumnya dan paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah.Baginda adalah orang yang paling menjaga maruah,paling baik pergaulan,sebaik-baik jiran,paling lemah lembut,paling bercakap benar dan paling amanah.Oleh itu Baginda digelar oleh kaumnya sebagai al- Amin.Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda s.a.w memiliki sifat lemah lebut,sabar,bersyukur,adil,tawadhu',menjaga kesucian diri,pemurah,berani dan malu. 

Sifat ini diakui sendiri oleh musuh ketat Baginda iaitu Al-Nadr bin Harith daripada bani Abd al-Dar.Dia berkata :
" Ketika Muhammad masih remaja,beliau adalah orang yang paling kamu redhai,kata-katanya paling kamu percayai dan yang paling amanah dikalangan kamu.Tetapi apabila beliau dewasa dan membawa apa yang dibawanya sekarang,kamu mengatakannya sebagai tukang sihir. Tidak! Demi Allah! Beliau bukan tukang sihir."

Keadaan para Nabi yang tidak mengejar duniawi dan kesibukkannya adalah perkara yang sudah pasti berlaku.Begitu juga dengan kerja mengembala kambing.Semua nabi melakukan kerja ini.Perkara ini telah dinyatakan sendir oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat didalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.Perkara ini juga mempunyai hikmat yang besar .Ini kerana apabila manusia mengembala kambing ( kambing adalah binatang ternakan yang paling lemah ),maka hatinya akan dikuasai oleh perasaan belas kasihan dan lemah lembut.Apabila Baginda s.a.w diamanahkan supaya menguruskan urusan manusia selepas itu,maka baginda akan menjadi orang yang layak untuk melaksanakannya.Ini kerana sebelum itu Baginda telah dibersihkan daripada sifat ego dan kecenderungan untuk melakukan kezaliman.

Ketika umur dewasa,Rasulullah s.a.w berniaga.Rakan kongsi perniagaan Baginda adalah al-Saib bin Abu al-Saib.Baginda s.a.w membawa harta kepunyaan Khadijah ke negeriSyam untuk diperniagakan berdasarkan pembahagian untung yang telah ditetapkan.Apabila Khadijah dimuliakan melalui perkahwinan dengan Baginda s.a.w,ketika itu Khadijah adalah seorang yang kaya,maka Baginda berusaha untuk memperkembangkan harta tersebut.Dengan itu Rasulullah memakan hasil daripada penat lelahnya sendiri.
Hercules ( Raja Rom ) pernah bertanya kepada Abu Suffian : " Adakah kamu pernah menuduhnya berbohong sebelum beliau (Rasulullah s.a.w) mengatakan apa yang dikatakannya sekarang ?." Abu Suffian menjawab : " Tidak ." Lantas Hercules berkata : " Orang yang tidak pernah bercakap bohong kepada manusia tidak akan berbohong kepada Allah.
Semenjak kecil lagi Allah telah menjaga peribadi Rasulullah s.a.w daripada melakukan amalan-amalan jahiliah yang ditentang oleh syariat yang dibawanya.Baginda s.a.w juga amat membenci berhala sehingga Baginda s.a.w tidak pernah menghadiri perayaan atau pesta yang diadakan oleh penyembahnya.Rasulullah s.a.w menceritakan : " Ketika aku masih kecil,aku membenci berhala dan juga syair.Aku tidak pernah mengambil berat apa yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah kecuali dua kali. Tetapi dalam kedua-dua peristiwa tersebut,Allah telah menghalangku daripada melakukannya.Selepas itu aku tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara buruk sehinggalah Allah memuliakan aku dengan memberikan risalah-Nya kepadaku.

Pada suatu malam aku berkata kepada pengembala upahan yang bersamaku : " Tolong jaga kambing-kambing ku.Aku mahu pergi ke Mekah untuk lepak.sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda-pemuda lain.Aku ke Mekah untuk tujuan tersebut,ketika sampai di rumah pertama di Mekah,aku mendengar tepukan rebana dan muzik untuk meraikan pengantin.Aku duduk untuk mendengarnya.Ketika itu Allah menutup telingaku dengan menidurkanku.Aku terus tertidur sehingga dikejutkan oleh kepanasan cahaya matahari.Aku tidak berbuat apa-apa pada malam tersebut.Peristiwa yang sama juga berlaku kepadaku pada kesempatan yang lain."
Rasulullah s.a.w tidak memakan sembelihan yang dilakukan untuk berhala.Baginda tidak meminum arak sekalipun ia telah menjadi budaya kaumnya.Semua itu adalah sifat yang Allah hiaskan kepada para Nabi-Nya supaya mereka mempunyai persiapan yang sempurna untuk menerima wahyu.Mereka tidak melakukan perkara-perkara keji dan hina sebelum dan selepas dilantik sebagai nabi.Mereka tidak melakukan perkara tersebut sebelum diutus sebagai nabi untuk melayakkan mereka menerima perkara besar yang akan diberikan kepadanya.Mereka tidak melakukan selepas pengutusan supaya mereka menjadi qudwah ( ikutan yang baik) kepada umat mereka.

**Komen dari FB.*
Mohd Faizal Abd Jalil  nabi saw dari bani hashim yg beragama ibrahim. tauhid islam diambil dari tauhid ibrahim. islam adalah nama baru bagi tauhid ibrahim.

  • Mohd Faizal Abd Jalil  ini adalah dalil bahawa ibubapa nabi tidak ke neraka. mrk di syurga dek kerana 'islam'. bani hashim adalah keturunan yg terpelihara. menyembah allah yg satu.

  • Pak Su Khairol  saya setuju sangat2..memang benar. Mohd Faizal Abd Jalil
    Sebelum diutuskan sebagai Rasul,kurniaan yang diberikan adalah dalam bentuk perlindungan dan mencukup yang kurang. Allah juga mengurniakan petunjuk dengan melantik Baginda sebagai seorang Nabi.Allah memberi petunjuk untuk beramal dengan al-Quran,keimanan dan agama Nabi Ibrahim yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Allah berfirman "

    " Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,... (Asy-Syuura:52)

No comments:

Post a Comment