Pages

Thursday, 8 March 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH SAW 6

SARA HIDUP KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEBELUM PENGUTUSAN.

Rasulullah s.a.w tidak mewarisi sedikitpun harta daripada kedua ibubapanya. Malah Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim dan miskin.Baginda disusukan di bani Sa'd.Apabila usianya mengizinkannya bekerja,Baginda bekerja sebagai pengembala kambing dikawasan pendalaman bersama saudara-saudara sesusunya.Apabila pulang ke Mekah,Baginda s.a.w juga melakukan pekerjaan yang sama untuk mendapatkan sesuap nasi.
Keadaan para Nabi yang tidak mengejar duniawi dan kesibukkannya adalah perkara yang sudah pasti berlaku.Begitu juga dengan kerja mengembala kambing.Semua nabi melakukan kerja ini.Perkara ini telah dinyatakan sendir oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat didalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.Perkara ini juga mempunyai hikmat yang besar .Ini kerana apabila manusia mengembala kambing ( kambing adalah binatang ternakan yang paling lemah ),maka hatinya akan dikuasai oleh perasaan belas kasihan dan lemah lembut.Apabila Baginda s.a.w diamanahkan supaya menguruskan urusan manusia selepas itu,maka baginda akan menjadi orang yang layak untuk melaksanakannya.Ini kerana sebelum itu Baginda telah dibersihkan daripada sifat ego dan kecenderungan untuk melakukan kezaliman.
Ketika umur dewasa,Rasulullah s.a.w berniaga.Rakan kongsi perniagaan Baginda adalah al-Saib bin Abu al-Saib.Baginda s.a.w membawa harta kepunyaan Khadijah ke negeriSyam untuk diperniagakan berdasarkan pembahagian untung yang telah ditetapkan.Apabila Khadijah dimuliakan melalui perkahwinan dengan Baginda s.a.w,ketika itu Khadijah adalah seorang yang kaya,maka Baginda berusaha untuk memperkembangkan harta tersebut.Dengan itu Rasulullah memakan hasil daripada penat lelahnya sendiri.



    • Pak Su Khairol catatan kaki :
      Para perawi meragui siapakah rakan kongsi Rasulullah s.a.w. adakah al-Saib,Abu Saib,Qais bin Abu al-Saib atau Abdullah bin al- Saib ? pendapat yang rajih ialah al-Saib bin Abu al-Saib.Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenainya : " Rakan kongsi yang paling baik ialah a- Saib......dia termasuk dikalangan mereka yang dijinakkan hati dan keislamannya bertambah baik ." 
      Beliau bersama2 Ikramah memerangi golongan murtad.


    • Pak Su Khairol catatan kaki :
      Sebelum diutuskan sebagai Rasul,kurniaan yang diberikan adalah dalam bentuk perlindungan dan mencukup yang kurang. Allah juga mengurniakan petunjuk dengan melantik Baginda sebagai seorang Nabi.Allah memberi petunjuk untuk beramal dengan al-Quran,keimanan dan agama Nabi Ibrahim yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Allah berfirman "

      " Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,... (Asy-Syuura:52)

No comments:

Post a Comment