Pages

Saturday, 20 July 2013

KITA SEDANG MENUJU KE PINTU RAYYAN....

Assalamualaikum.

Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “

Orang yang berpuasa akan masuk surga melalui pintu khusus yang disebut dengan pintu Rayyan
Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Di surga itu terdapat sebuah pintu yang disebut dengan pintu Rayyan. Pintu itu hanya akan dilalui kelak di hari Kiamat oleh mereka yang berpuasa dan tidak akan pernah dimasuki oleh orang selain mereka yang berpuasa. Apabila orang-orang yang berpuasa telah masuk, maka pintu itu dengan sendirinya akan terkunci, dan tidak dapat masuk melaluinya seorang pun.

Demikian juga apabila orang yang paling akhir memasuki pintu tersebut, maka ia akan terkunci dengan sendirinya. Barangsiapa yang masuk ke dalam surga melalui pintu tersebut, ia akan minum, dan siapa yang minum, maka ia tidak akan pernah merasa kehausan selamanya” (HR. Bukhari Muslim). Dalam hadits lain sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan bahwa di surga itu terdapat delapan buah pintu, salah satunya bernama pintu Rayyan.

Pintu ini hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa saja. Kata Rayyan berasal dari kata ar-riyy yang berarti banyak air, tidak dahaga. Jadi pintu Rayyan maksudnya, pintu surga yang apabila dimasuki, penghuninya tidak akan merasakan haus dan dahaga selamanya sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Ini tentu sesuai dengan arti dari ar-Rayyan sendiri yang berarti tidak dahaga, banyak air.

Ibnu Hajar al-Asqalany dalam kitabnya, Fathul Bari (4/111), mengatakan bahwa pintu surga untuk orang yang berpuasa disebut Rayyan dan bukan nama lain yang menunjukkan kepada rasa lapar, karena umumnya orang yang berpuasa lebih membutuhkan air daripada makanan. Atau dengan bahasa lain, orang yang berpuasa lebih merasa berat dan lemah karena dahaganya dari pada karena rasa laparnya. Untuk itulah, nama pintu tersebut dinamakan Rayyan yang lebih berarti untuk menghilangkan rasa haus, dan bukan dengan nama lain yang menunjukkan untuk menghilangkan rasa lapar.

AKU DAN TCR ( MAJLIS IFTAR RAMADHAN ).


Bean Members-Majlis berbuka puasa 20/7/13 di SKVE RnR.Terima kasih kepada kaum keluarga yg hadir.Majlis meriah dihadiri seramai 16 beans.Tok Penghulu-Bro Rahman Ahmad,Imam-Nuar Ustaz Manan,Siak-Bro Md Noor,dan yg lain-lain tak lupa Admin-Ahmad Ahmad Tarmizi Idris dan para HM yg sudi memasak serta membawa bekalan atau membeli.Kopi O'Teh Tarik,bubur lambuk,Yong tau Foo,Szilling Mee,Nasi n Rendang Ayam,Fruit Cocktail,Dadih,Roti John n bermacam macam juadah tak dpt di list kan.Dapat bertahli,sembahyang magrib n isyak,berterawih n moreh(walau pun di tepi tmpt makan)Sungguh seronok. anak anak gembira bermain berlari lari,time moreh ibu ibu pula buka buku Cataloq berniaga.Begitu lah suasana Di Majlis Berbuka puasa Estima TCR Bean.Kpd new member wellcome. ( Nor Khafizah )


                                                                       Khalid Amin ...termenung jauh.
Ahmad Tarmizi Idris.. Khalid tgh pikir kat mana nak isi NGV dia tu..
lebih kurang sejam yang lalu melalui mudah alih · 

Ajeck Nid Durahaz.... Org dtg solo cam tu la, tringat hm kek umah
lebih kurang sejam yang lalu melalui mudah alih 

Mohd Rosli.... "karipap tapaw dlm kepiah aku ni..harap takde sape tahu "

Roy Boyroy .....Hehehe
Xbaik fitnah oi...
Hehehe















Roy Boyroy ....Trm ksh pd bang Man yg mencetuskan majlis
Perasaan seronok bersama bean bros semua dlm majlis yg seumpama amat dihargai.... terasa keakrabannyer





Ahmad Tarmizi Idris... Badan tak sihat terus sihat, ingat nak balik lepas maghrib tp Allah bagi kekuatan utk teruk bersama sahabat bean group hingga ke akhir acara.. terima kasih semua, semoga amalan dibulan Ramadan ini mendapat keberkatan dariNya.. amiin

Md Noor.... Terima kasih kepada semua kaum ibu yg bersusah payah memasak makanan y sedap utk d makan berbuka posa.

Nor Khafizah.... Yg datang solo walaupun HM tak dpt hadir tapi bekalan penuh sebakul.Hehe.

Md Noor....HM saya juga dapat merasa makanan yg d bekalkan semua sedap. Dapat juga saya bawa balik 2 karipap yg sis Nor Khafizah hidangkan.Sedapppp

Pak Su Khairol....Alhamdulillah.....sampai juga hajat paksu untuk sama2 turut serta...walaupun kelewatan......terima kasih semua ...

Ajeck Nid Durahaz.... Pembetulan iman kita Ustaz Rafai , Nuar Ustaz Manan. Xhadir mlm ni sis

Nor Khafizah.....Ops sorry ingat Ustaz Seorang je .Maaf Ustaz Rafai ye.

Muhd Shukeri....alhamdulillah dpt gak duk selejap. jeles tgk org lain bwk bean msg2 den bwk kete kecik je. blk smbung kje yg blm selesai.

Roy Boyroy.... Alhamdulillah
Ustaz Rafai dpt hdr
Memang superchager....

Ustaz Rafai...... Alamak....laju ke tadi........itu baru NA....kalau supercharger...9.15 dah solosai....hehehe....apa2 pun...thun dpn panjang umur boleh buat acara tahunan bulan ramadhan...tempat mmg sesuai untuk keluarga bean.....

Pak Su Khairol.... taun dopan kito buek kat dataran merdeka......ngeee

Ustaz Rafai.... Peh....projek besar tu.....

Hesham Otai .....Terima kasih sbb download foto2..... sop sop doa dari jauh muga di rahmati Allah......xleh nak pandu tangan kanan masih sengah dan sakit.



Friday, 19 July 2013

REZEKI..

Assalamualaikum....dan salam Ramadhan

KITA selalu mentafsirkan rezeki sebagai harta kekayaan atau keuntungan atau gaji dari hasil sesuatu pekerjaan. Pada hakikatnya pengertian rezeki lebih luas ia itu segala keperluan hidup seperti keamanan, kebahagiaan, ketenangan, perlindungan, keamanan, ilmu, sifat-sifat terpuji saperti ikhlas, reda, syukur, tawadhu, khusu' dalam sembahyang dan sebagainya.Secara umumnya rezeki adalah segala pemberian atau nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya.

Mengenai rezeki yang berupa harta kekayaan, ada orang mendapat rezeki yang berkat ada juga yang membawa celaka. Untuk mendapat keberkatan rezeki tersebut semestinya diperolehi dengan cara-cara yang halal dan ditambah dengan rasa kesyukuran, sementara rezeki yang tidak berkat diperolehi dengan cara yang tidak dibenarkan syara' dan diiringi dengan tamak haloba dan sangat mementingkan kebendaan sehingga lupa kewajiban dan tuntutan syara'.
 Rezeki yang berkat akan menambahkan kedamaian, memperkukuhkan keimanan dan membentuk akhlak dan peribadi yang terpuji, memberikan kepuasan,memberikan kesihatan mental fizikal dan spritual. Ia juga akan memberi pengaruh terhadap ketenteraman, keamanan,sejahtera, keharmonian dan kehidupan berkeluarga, anak isteri patuh dan mendengar cakap, tidak mendatangkan masalah. Malahan rezeki yang berkat juga berperanan terhadap masyarakat dan negara saperti yang di alami oleh Negeri Saba'. Rakyatnya rukun damai,tanahnya subur,pohon-pohonnya berbuah.

Perlu dinyatakan bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada semua makhluk. Manusia sesungguhnya tidak mampu melakukannya, untuk memberi makan semua ikan di laut saja kita tidak akan sanggup. Perkara ini membuktikan bahawa kemampuan dan keupayaan manusia adalah terbatas. Tugas manusia berusaha tetapi yang menentukan usaha tersebut berhasil atau gagal, mendapat rezeki atau tidak, banyak atau sedikit adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala .

Oleh kerana yang memberi dan mengatur rezeki tersebut hanya Allah, maka sebagai orang yang beriman kita perlu membaiki hubungan kita kepadaNya di samping membaiki hubungan sesama manusia dan sesama makhluk yang lain.

AMALAN - AMALAN MURAH REZEKI

Bertaqwa dan beribadat kepada Allah.
Bertaubat dan beristighfar
Menunaikan solat fardhu dan mengamalkan solat sunat terutamanya Solat Hajat dan Solat dhuha
Berpuasa
Bersyukur
Bertawawakkal
Membaca Al Quran, berdoa dan berzikir

membuat kebajikan kepada manusia
Bersedekah
memberi nafkah kepada ahli keluaga
Membayar zakat
Memanfaatkan harta di jalan Allah
Membantu orang yang kesusahan

Wallahualam..........................................

APA YANG DITABUR , ITULAH YANG KITA TUAI....

Assalamualaikum semua...

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar.Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.Jadilah teman perjalanan. hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai ........................

Thursday, 18 July 2013

MESIR DI PERINTAH KAFIR 100%....TIADA PEMIMPIN DARI GOLONGAN ISLAM.


KAHERAH - Kerajaan sementara pertama Mesir sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera dua minggu lalu mengangkat sumpah kelmarin selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Morsi.

Kabinet baharu itu dianggotai oleh wanita dan Kristian tetapi tiada pemimpin Islam ekoran pihak tentera mahu Mesir ditadbir oleh golongan liberal.

Kerajaan peralihan tersebut termasuk tiga menteri wanita dan tiga penganut Kristian Qibti.

Seorang penganalisis politik, Samer Shehata berkata, antara isu utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan peralihan Mesir termasuk defisit bajet, merombak Kementerian Dalam Negeri, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Semenanjung Sinai.

Pergerakan Islam terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin segera menolak Kabinet seramai 35 anggota tersebut.

"Kami tidak mengiktiraf Kabinet itu atau kuasanya," kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Kerajaan sementara itu diketuai oleh pakar ekonomi Hazem Al-Beblawi sebagai Perdana Menteri Mesir.

Ketua angkatan tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang mendalangi penggulingan Morsi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Majlis angkat sumpah kabinet baharu itu berlangsung di ibu kota Mesir di sini selepas tujuh orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam pertempuran semalaman antara pasukan keselamatan dengan penyokong Morsi.

Kematian terbaharu itu menjadikan angka korban keseluruhan sejak rampasan kuasa di Mesir meningkat kepada lebih 100 orang.

Satu sumber keselamatan dipetik media Mesir sebagai melaporkan seramai 401 penunjuk perasaan ditahan di sini, manakala sekurang-kurangnya 17 anggota keselamatan cedera dalam keganasan kelmarin.

Beribu-ribu penyokong Morsi membanjiri jalan-jalan raya selepas waktu berbuka puasa bagi menuntut pemimpin mereka kembali dilantik sebagai Presiden Mesir.

Sebahagian rakyat Mesir menuduh Morsi mengutamakan Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi sepanjang setahun memimpin negara itu. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Wednesday, 17 July 2013

KITA BAKAL JENAZAH

Pernah tak kita terkadang teringat akan kematian....dan mengenang nasib diri selepas nyawa diambil.......dan tetiba meremang bulu roma...apa nasib kita....dosa kita pada Allah...dosa kpd ibu bapa..dosa pada jiran..dosa pada anak2 kita sendiri......

sebenarnya mengingati mati itu akan membuatkan kita menjadi zuhud....bertambah keimanan dan lebih khusyuk apabila mengadap Allah...iaitu solat.....

semakin hari langkah kita semakin hampir...terlalu hampir..........sedia lah.

dan kita ini adalah bakal2 jenazah.

HIKMAH BERPUASA...

Tahukah anda...

Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

Tahukah anda....

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Tahukah anda....

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.


Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.