Pages

Thursday, 13 June 2013

MENCURI..


Seseorang mencuri...kena penjara...keluar penjara mencuri lagi...penjara lagi....keluar..mencuri lagi........ so solutionnya penjara jer seumur hidup......

 Soalannya kita sebagai org islam yg punya tauhid yg satu..aqidah yg satu..keimanan yg satu dan Islam yg satu.....adakah kita kata betul dan setuju dengan hukuman diatas sebagai jalan penyelesaian ?.....

Facebook.

  • Pak Su Khairol Kata Ust Wan Sohor Bani Leman dalam kuliahnya di Surau Taman Senangin ..... sebagai umat Islam yg berpegang teguh tanpa syak wasangka...tanpa was2.... tauhid, aqidah, iman dan islam hanya kepada Allah Swt. Yang Satu....maka jawapannya tidak betul kerana hukum itu bukan hukum Allah Swt ........

  • Pak Su Khairol Jika ada sesiapa yg kata setuju dan betul....maka berjaga2lah dengan aqidahnya sebagai orang islam.......

  • Sifu سيفو penyelesaian yg muktamad adalah yg termaktub didlm al-qur dan al-hadith...tu baru betuiiiii..

  • Sifu سيفو sebarang undang2 dn peraturan yg selaian drp Allah bermakna ia nya sesat...
    Jika sesiapa yg mengiktikadkn yg selain itu lbh layak bah kan lbh baik drp nya..
    bermakna mereka2 itu juga telah sesat drp petunjuk Allah...
    Al-qur sebagai petunjuk/huda/nur..j
    ika kita letakkan dibelakang bkn didpn sebagi petunjuk apa kn jadi..
    seumpama org yg berjalan dlm gelap ditangan nya ada lampu..tapi disuluh nya kebelakang..???
    jwpn nya sendri sdh tau kan..hehehhe

  • Pak Su Khairol Alhamdulillah...pencerahan yg betul2 cerah....... terima kasih Abi Sifu 

Thursday, 30 May 2013

TALKIN DIRI....



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku,

malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”....................................................... 

Talkinkanlah diri sendiri....... 

Saturday, 11 May 2013

AKU DAN TCR.




BEAN 091


Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN.



Bean nak pakai jubah..tutup aurat..tak mau seksi2 lagi.. dose...





























Suasana perjumpaan ahli ahli kelab tcr bean ( tt ) di R&R Kinrara..














Sekitar perjumpaan di ART OF SPEED di Citta Mall..

















Friday, 10 May 2013

PRU 13 TANAH MELAYU.



PRU dah habis...apa yg kita tafsirkan atau pengajaran dr keputusan pilihanraya.... citer ni tak habis2 ..dr WASAP sampailah ke fb..
 oklah secara jujurnya NAK aku share sedikit pengajaran dan pembelajaran apa yg aku dapat dari election kali ni...
 Kita buat sesuatu bukan macam LALANG.... kita kena tau dan faham apa yg kita buat dan ikut.... baru betul caranya..baru pahala ganjarannya..
 
 Sapa benci dengan perjuangan PAS....mai jumpa aku... apa sebab..kenapa..
 Sapa tak suka dengan perjuangan UMNO....mai jumpa aku...apa sebab dan kenapa..
 
 mari kita kupas dan fikir.....semuanya dr kotak pemikiran aku....tak copy paste dr lain lain.....
 KENAPA BN KUAT ?
 DIMANA KELEMAHAN PAKATAN RAKYAT ?.................. SAPA LEH JAWAB??????
 Dalam BN...ada MIC , MCA , GERAKKAN DAN macam2 lagi parti2 termasuklah NGO2nya......tapi kalau korang perasan.....kertas undi tu lambang apa kuar ????? dancing.....setuju.....? walau pun yg tercalon itu adalah orang mca atau mic....
 kenapa tak kuar lambang parti masing2......sebab mereka bersatu....inilah kekuatan sebenarnya bg BN........
 Dalam PAKATAN RAKYAT....disebut pakatan...tetapi kertas undi keluar lambang parti masing2....DAP PKR PAS.......nama pakatan sepatutnya mestilah dibawah satu pakatan ...satu bendera..... sapa kena kat sini. sapa pandai kat sini.....
 Bila kertas undi keluar dalam satu kawasan .... pas dan dap.... pasti  pangkah pas dan dap...sebab  dalam pakatan rakyat..... nak tukar kerajaan.....tp kita tak terfikir natijahnya....... Nak kan perubahan...sampai kita terlupa sesuatu.......
 iaitu perpecahan....
 
 NO 2.
 ISLAM...
 Islam bukan untuk bangsa...tapi untuk semua umat manusia tak kira bangsa dan warna kulit............. so apa itu ASOBIYAH...atau KEBANGSAAN...
 Adakah golongan yang memperjuangkan Islam dengan memartabatkan bangsa sendiri dikira sebagai asobiah?
 Ibnu Al Khaldun berkata :
 Sesungguhnya Dakwah agama tanpa disokong oleh asobiyah tidak akan sempurna.
” Ini kerana hujah yang kami telah sebutkan bahawa setiap urusan yang melibatkan orang keseluruhan ia hendaklah disokong oleh asobiyyah”.
Beliau menggunakan hujah kias aula atau dilalah an nas. Ibnu Khaldun menyebut; “Berdasarkan hadis sohih yang bermaksud Allah tidak membangkitkan seseorang nabi kecuali dia mendapat sokongan (man’ah) dari kaumnya”.
Kata beliau, “ Jika itu yang berlaku kepada nabi-nabi yang diberi keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan maka lebih lebih lagilah orang yang selain dari mereka yang tidak ada keistimewaan melakukan perkara mencarik kebiasaan tanpa asobiyyah”.
Beliau kemudian membawa cerita-cerita yang berlaku kepada kumpulan yang ingin mencegah mungkar tanpa disokong oleh asobiyyah kemudian berakhir dengan kegagalan seperti yang berlaku kepada Ibnu Qissiy ketua Jamaah Murabitin di Andalus yang segera kalah ditangan Jamaah Muwahidin.
 Nabi (dalam hadis sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan…hingga akhir) mensyaratkan untuk melaksanakan kewajiban menegah mungkar hendaklah memiliki kudrah (keupayaan), dan mereka yang tidak memiliki asobiyyah tidak memiliki keupayaan.
 Ulas Ibnu Khaldun lagi, ” Keadaan kerajaan dan negara yang mantap dan kuat tidak akan dapat digoyang dan diruntuhkan binaannya kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang disokong oleh asobiyyah kabilah dan kaum”.
“demikianlah keadaan nabi-nabi a.s dalam menjalankan dakwah mereka kepada Allah menggunakan qabilah dan asobiyyah-asobiyyah, pada hal mereka dibantu oleh Allah dengan alam semua sekali tetapi Allah ingin menjalankan urusan mengikut un
 dang2 adat kebiasaan"... kat Ibn Khaldum.
 Jadi bagaimana kita ingin mempertahan dan menegakkan kedaulatan dan ketuanan Islam tanpa asobiyyah, terutama asobiyyah Melayu Islam??
 kita khususkan lg di MALASIA......
 MELAYU....ISLAM
 ISLAM MELAYU..
 jika secara manualnya melayu ini bersatu.....setuju atau tidak aku katakan bahawa secara automatiknya ISLAM kuat..........?????????
 maka fikrlah...dan bersatulah.......... jangan kita ikut tapi TAK FAHAM...jangan kita ikut tapi TAK KENAL...........
 

Maksud Asobiyyah yang dilarang......
 hadith Baginda SAW :
Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
 Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…”
SO KAT SINI...KALAU DAH KITA NAMPAK KEMUNGKARAN PEMIMPIN2 MELAYU KITA.....JANGAN LAH IKUT.........

PERNAHKAH KITA TAHU AKAN PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM A.S ?


Assalamualaikum..

Ibnu Abbas ra mengatakan,
“Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditegakkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rumput-rumput yang satu sama lain saling memerlukan.Pada masa itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka mempunyai jiwa dan aktiviti. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus kerana jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pergunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka tinggal permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, berbintik-bintik kecil dan besar, pekak, buta, cantik, buruk, kuat, lemah, perempuan, dan lelaki. Satu sama lain berkahwin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin kerana mereka kabur, tidak kelihatan.


Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia kian sempit kerana mereka terus bertambah, bertambah juga kerosakan kerana mereka, maka Allah mengirimkan angin taufan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tinggal. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.
 Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka saling berperang.
 Namun, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebahagian di antara mereka melenyapkan sebahagian yang lain dengan mengepung rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa kerana lapar dan haus.


Setelah tindakan kerosakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin. Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tinggal.
 Jin tinggal di bumi lebih kurang 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka berkahwin antara satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh.
 Sebahagian di antara mereka suka menengelamkan ke bumi lapis ketujuh (selepas ini : Penduduk Bumi Lapis Tujuh) dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang.

 Mereka adalah yang pertama kali menggali perigi, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membina jambatan di atas air, menangkap ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.


Oleh kerana itu, semua binatang, baik di daratan mahu pun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada Allah dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan Jan.”

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jan dari nyala api…” Beliau juga mengatakan bahawa Jan adalah golongan Jin laki-laki. Mereka memiliki jenis yang berbagai jenis.



Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir; ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini kelakuannya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Dan nenek moyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.



Diriwayatkan bahawa Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah binatang liar dan burung mengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan Jan, sebagaimana telah diceritakan.

Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia menempatkan mereka di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tinggal. Tinggallah Jan di bumi. Mereka berkahwin satu sama lain dan melahirkan keturunan sehingga bumi ini penuh.



Seterusnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebahagian dari mereka mengganggu sebahagian lainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya.

Maka, ketika itu, kepada mereka Allah mengutus bala tentara malaikat. Dalam rombongan tersebut ada Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketua malaikat. Dia bersama rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya mereka menghuni ke gunung-gunung dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi dari mereka.




Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi mahu pun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia dipengaruhi ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya, maka Zat Yang Maha Agung berfirman:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al-Baqarah [2]: 30).




Kalimat "man yufsidu fiiha" pada bahagian kalimat diatas lebih tepat jika bukan diertikan sebagai "orang" tetapi akan lebih tepat jika diberi makna sebagai "makhluk".

Sehingga dari bahagian kisah yang diceritakan Ibnu Abbas r.a tadi, terungkap sudah pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang diceritakan terdahulu, yaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah.


 
(Sumber: Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas,
“Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman”
(diterjemahkan oleh Abdul Halim), Bandung:
Pustaka Hidayah, Cet. I, Oktober 2002, hal. 13-72)