KHOMEINI di mata penganut Syiah, Imam 12, maka dia adalah ulama agung yang maksum. Dia dikatakan mendapat wahyu daripada langit dan setiap butir bicaranya adalah kalimah Ilahi.
Lantas
dia dikalungkan ‘Ayatullah’ atau Tanda-Tanda Allah pada pangkal
namanya. Tetapi dia adalah lidah syaitan pada pandangan Ahli Sunnah. Dia
mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah seluruh sahabat baginda
yang lain.
Abdullah Al Harari pula di hati pengikut Ahbash ulama mujtahid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Diagungkan sebagai ahli hadis ulung abad ini dan dikatakan diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar. Pengikutnya percaya dia memiliki karamah wali tetapi rupanya dia adalah Syeikul Fitan (Syeikh Fitnah) yang selalu menipu. Universiti Al-Azhar lantas menetapkan dia dan jemaahnya sebagai sesat dan menyesatkan.
Ahbash bukan saja beraqidah Jahmiyah yang sesat, malah mereka mengkafirkan seluruh ulama Ahli Sunnah dan ahli hadis. Jika kita catatkan nama setiap ulama yang dikafirkan mereka akan menjadi berjela-jela justeru cukuplah kita senarai sedikit saja iaitu Imam Humaidi, Imam Ibnu Abi Hatim Ar Razi, Ibnu Khuzamah, Imam Barbahari, Imam As Sobuni, Imam Izz Abdis Salam dan Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah.
Walhal mereka semua ini adalah Imam Muktabar dalam aliran Ahli Sunnah! Taqiyuddin An Nabhani pada pemikiran Hizbut Tahrir adalah seorang ulama pembaharuan Islam. Dialah yang membersihkan akidah Islam daripada pencemaran dan kecelaruan. Dia berjuang hingga detik nafas terakhir bagi membawa ketulenan Islam yang berasal daripada Rasulullah s.a.w. Malah, dialah tokoh Mujahid yang Mujaddid. Taqiyuddin adalah serpihan Ikhwanul Muslimin.
Tetapi pada pandangan Ahli Sunnah, dia adalah golongan menolak Ahli Sunnah. Di sisi lain Hizbut Tahrir adalah Muktazilah kontemporari.
Mereka adalah kelompok rasionalis yang bertuhankan akal dan rasional. Mereka menolak Qadar sebagai Rukun Iman, menolak turunnya Imam Mahdi, keluarnya Dajjal dan adanya azab kubur. Taqiyuddin mengeluarkan fatwa ‘berdosa’ jika beriman dengan azab kubur, keluarnya Dajjal serta hal yang bersumber daripada hadis ahad.
Syaitan yang berjubah Inilah antara sederet manusia sesat yang diulamakan masyarakat tetapi Ahli Sunnah tidak pernah mengiktiraf mereka sebagai ulama pewaris Nabi. Mereka tidak termasuk dalam sabda Baginda: “Al ulama warasatul anbiya.” Tetapi mereka termasuk dalam hadis yang di bawah ini.
“Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanan dan kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ini ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut.” (Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i, Ibnu Abi Hatim) Ternyata Rasulullah mengingatkan kepada sahabat sekali gus kepada kita semua bahawa ada jalan palsu yang kononnya membawa kepada syurga yang diseru oleh syaitan. Syaitan itu bukan dalam rupa yang menggerunkan: matanya merah terjojol, gigi taring tertancap di bibir, bau busuk dan hapak. Sesungguhnya syaitan itu persis seperti alim ulama. Mereka itu berjubah, berserban, berbahasa Arab, malah petah berbicara.
Bukankah Ibn Abbas menceritakan watak kaum Haruriyah yang mengkafirkan Ali r.a iaitu muka mereka cengkung kerana seringnya qiamulail, dahi mereka hitam kerana banyaknya sujud, jubah mereka lusuh kerana banyaknya beribadah. Tetapi mereka sesat dan menyesatkan. Mereka seperti ulama tetapi merekalah syaitan dalam watak manusia.
Ulama sesat ini bukanlah turun ke dunia daripada neraka. Mereka adalah manusia yang dibisikkan oleh syaitan untuk mencipta ajaran yang mengelirukan jalan Rasulullah dan sahabat baginda. Juga sebagai isyarat bahawa ajaran yang mereka ciptakan ini akan diwarisi keturunan dan pengikut mereka.
Ada kita melihat seseorang itu persis seperti Ahli Sunnah pada permulaannya. Maka kita didatangi lalu berguru dengannya. Mulanya nama ulama Sunni sering terpacul daripada tingkap bibirnya - ibarat zikir tetapi lama-kelamaan mula menyulam nama tokoh sesat dalam perbicaraan.
Satu persatu disusupkan masuk dalam fatwa. Jadi akhirnya dia berlagu dengan nyanyian ulama sesat. Berjoget sama rancak dengan musuh Ahli Sunnah. Tokoh sesat adalah mantera buat lidahnya. Maka benarlah kata cendekiawan Cina, Kung Fu Tze; “Hilang kabus nampaklah gunung”.
Watak seperti ini banyak terjadi dalam sejarah Islam. Dulu, Snouck Hurgronje didatangi Ahmad Zaini Dahlan, mufti kepada Sharif Husein yang memberontak kepada Turki Uthmaniyah. Dia kononnya memeluk Islam dan menukar nama Syeikh Abdul Ghaffar, namun selepas beberapa bulan belajar, Mufti Ahmad Zaini Dahlan menulis beberapa surat pengiktirafan untuk diserahkan kepada agamawan di Jawa.
Bermudiklah dia ke Kepulauan Jawa dan disambut meriah oleh agamawan di sana. Dalam senyap-senyap maka Syeikh Abdul Ghaffar mula menanam kebudayaan Barat kepada penduduk Jawa. Dia meneliti kehidupan orang Melayu dan kemudian merencana program pengkristianan. Sempat dia menulis sepatah dua mengenai gurunya; “seorang mufti yang cintakan harta!” Watak ini terus berulang-ulang seperti putaran roda. Hari ini, lulusan agama tidak semestinya akan berdakwah Ahli Sunnah kepada masyarakat. Boleh jadi mereka akan mengajak kepada Syiah, kepada Ahbash, kepada Hizbut Tahrir, kepada Ikhwanul Muslimin, malah kepada Islam Liberal yang percaya penganut agama lain akan tetap masuk syurga.
Telitilah tokoh sandaran Bagaimana kita ingin menghindarkan diri daripada syaitan yang berjubah ini? Caranya adalah meneliti setiap tokoh yang dijadikan sandaran oleh ulama tersebut. Seandainya dia sering menyebutkan nama tokoh yang sesat atau meragukan maka ketahuilah bahawa dia adalah sebahagian daripada gerombolan sesat itu. Dia bukan ulama tetapi adalah ahli bidaah yang bertopengkan watak ulama. Kerana pepatah Arab berkata: “Burung sejenis terbang seiringan.” Aqidah dan prinsip Ahli Sunnah adalah meninggalkan ahli bidaah dan tidak merekodkan ucapan mereka. Ibnu Muflih berkata: “Imam Ahmad menerangkan secara nash mengenai larangan daripada melihat buku ahli falsafah dan ahli bidaah, yang mereka itu menyesatkan; daripada membacanya dan melarang daripada merekodkannya.” (Adab As Syar’iyyah 1/125) Ketika mana agamawan itu mula menyebutkan nama Fazlur Rahman, Tariq Ramadhan, Taha Jabir Al Alwani dan Rachid Ghanouchi, maka tinggalkanlah dia. Kerana nama-nama ini adalah tokoh kepada ajaran sesat Islam Liberal. Ajaran yang menganggap semua agama adalah benar di sisi Allah. Ajaran yang mengatakan Islam sudah lapuk dan perlu diubah.
Begitu juga ketika agamawan ini mula memasukkan nama Syed Qutub, Hasan Albanna, Muhammad Al Qhazali dan Dr Yusuf Al Qaradhawi. Bermakna orang ini sedang mengiring kita kepada pemikiran Ikhwanul Muslimun yang liberal, malah tidak kurang berpuluh ulama Sunni yang menyesatkan jemaah berkenaan.
Ikhwanul Muslimin adalah biasan kepada pemikiran Islam Liberal. Hasan Albanna sendiri menetapkan dasar liberal ini: “Dakwah Ikhwanul Muslimin tidaklah ditujukan untuk melawan satu aqidah, agama ataupun golongan, kerana faktor pendorong perasaan jiwa pengembang dakwah jemaah ini adalah berkeyakinan asasi bahawa semua agama sama berhadapan dengan musuh yang sama, iaitu atheisme”. (Qafilah Al Ikhwan As Siisi 1/211) Natijahnya, adik bongsu kepada Hasan Albanna, Gamal Albanna akhirnya menjadi tokoh ulung dalam Islam Liberal. Gamal hidup bersama Hasan Albanna, malah bersama-sama dengan abangnya dalam Ikhwanul Muslimin.
Tidak cukup setakat itu, cucu beliau sendiri iaitu Tariq Ramadhan menjadi bintang di Universiti Oxford sebagai ulama agung yang berdakwah dalam Islam Liberal.
Penulis pengkaji perbandingan agama di Sekretariat ILMU.
sumber artikal : http://www.hmetro.com.my/articles/Syaitanwatakmanusia/Article/
FACEBOOK.

- menyukainya.
Sifu سيفو Yang ditakuti oleh Nabi SAW diakhir zaman ialah:
Ahli 'ibadah yang jahil dan Ulama' yang jahat ( sesat )..
8 jam yang lalu · · 5
Sifu سيفو Warisan Rasulullah SAW bukanlah emas berlian atau harta duniawi, melainkan ilmu syar'i. Dan beliau mewariskannya kepada para ulama. Maka ulama memiliki keutamaan yang begitu mulia. Dan kepada siapa lagi para ahlul ilmi mencari ilmu selain kepada para ulama. Namun hati-hati dalam tolabul ilmi, karena tidak sedikit ulama yang telah menyimpang dari Al-Haq, yang bisa membawa pada kesesatan.
Ciri-ciri umum ulama yang sesat antara lain:
~~Mendahulukan aqli (akal) daripada naqli (dalil syar'i; Qur'an dan Sunnah)
~~Tidak mengagungkan nash-nash syar'i, dan berlapang hati dalam penyimpangannya. Dan terkadang meremehkannya
~~Berani memberi fatwa dalam masalah-masalah yang besar, dan terburu-buru dalam hal itu tanpa berpikir panjang
~~Tidak menampakkan pengaruh Sunnah dalam ibadah, penampilan dan perilaku mereka
~~Mencela ulama Sunnah dan meremehkan mereka
~~Meremehkan urusan bid'ah dan terkadang mempropagandakannya
~~Mencela sahabat Radiallahuanhum atau sebagian dari mereka.
8 jam yang lalu · · 2
Mohd Fauzi Ab Rahman benarlah kata Nabi Muhammad Saw,'aku tinggalkan 2 perkara,nescaya kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya,iaitu Al_Quran dan Assunnah'.Maka marilah kita berpegang dengan dua perkara tersebut.
8 jam yang lalu · · 3
Pak Su Khairol itulah dia...berhati2 dalam setiap langkah.......semoga kesesatan tidak terjerumus....
8 jam yang lalu · · 1
Mohd Fauzi Ab Rahman dunia akhir zaman,fitnah sudah menjadi mainan.Itu belum timbul fitnah terbesar sebelumm kiamat,iaitu dajjal...
8 jam yang lalu · · 1
Pak Su Khairol sedikit tentang SYIAH..
http://khalifah-samudera.blogspot. com/2012/04/syiah.html
" Berpegang kepada hati yang amanah, perbuatan yang siddiq, lisan yang tabligh dan akal yang fatanah. Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan tareqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya....."8 jam yang lalu · · 3 ·
Mohd Yazid Mahmood jangan kita baca n sebut je kalam Allah tu yakni Al-Quran....selama nie kita baca je....haruslah kita memahami nye...baca n terjemaahnya...insyaAllah,maka x sesat lah antara dua iaitu 2 perkara itu..aminn
8 jam yang lalu · · 3
Pak Su Khairol kesimpulannya setiap perkara itu perlu ilmu...dan ilmu itu haruslah berasaskan al-Quran dan sunnah..
8 jam yang lalu · · 2
Mimi Marina Jaafar Pak Su Khairol nanti cerita plk tentang Wahabi......boleh?
8 jam yang lalu · · 1
Sifu سيفو Teringat Abi masa belajar dulu..Mu'alim Abi ada memberi bdalan tentang "ulama' " kata nya:
Ulama terbahagi kpd 2 golongan:
1, Ulam' Haq.
2. Ulama' Ussu'
Abi nak rengkaskn penerangan kata2 Mu'alim tu:
Ulama Ussu' ( jahat ) semata2 kehidupan nya diatas kehidupan duniawi sahaja, walaupn dilihat hakikatnya mereka itu bertimbun2 dgn ilmu, serta berpakaian dgn jubah & bersarban dan mempunyai kedudukan yg baik tetapi diibaratkan sepertimana:
" sesaorang yg sedang menjunjung diatas kepalanya sarang emas dan didlm nya terdapat telur emas...maka mana mungkin mereka ini akan mendonggak ketas, atau tunduk kebawah, berpaling kekanan atau kekiri?..."
Jelas menunjukkan bahawa sifat mereka itu hanya lah semata-mata untuki mencari kepentingan drp anugerah Allah SWT...
Ini lah fenomena kebanyakkan ulama' pada zaman mutakhir ini..Dan banyak ayat2 Allah SWT menceritakan tentang hal2 yg berkaitan dgn ulama' didlm al-qrn..
8 jam yang lalu · · 3
Sifu سيفو dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Al-Baq-42.
8 jam yang lalu · · 2
Pak Su Khairol Dan Iblis akan menjadikan manusia golongan fasik dan derhaka kepada Allah ,mereka akan mencari jalan supaya manusia akan jatuh ke lembah dosa besar dan sangatlah gembira mereka jika yg melakukan dosa besar itu adalah ulama yang ramai pengikutnya....jika berlaku demikian bukan seorang ulama itu shj...tetapi para pengikutnya yang ramai itu akan juga jatuh sama dalam kancah dosa besar tersebut....
8 jam yang lalu · · 3
Pak Su Khairol Memperdayakan manusia dgn pelbagai tipu muslihat supaya kufur dan syirik kepada Allah.Apabila hasrat ini berhasil,maka rehatlah mereka kerana golongan manusia yang tertipu ini pula akan mengambil alih tugas mereka untuk menyesatkan manusia lain...https://www.facebook.com/paksu.khairol
SUMBER FACEBOOK :