Pages

Thursday, 23 February 2012

SELOKA KU

dikala malam indah kurasakan
merenung segala ciptaan tuhan
bulan dan bintang bertaburan
sedang hatiku terusik dengan kesayuan...
sedang bintang bergemerlapan
sang bulan hiba dibalik awan
sang lautan bergelora tidak karuan
sedang pantai menanti penuh harapan....

tiada akan berubah sang pantai
jika tidak kerana ombak
tidak akan hajat akan tercapai
jika hanya menunggu menangis sebak....
hendak daun ku beri daun
tidak aku beri tangkainya
jika hidup seribu tahun
adakah amalan pasti diterima-Nya...

Wednesday, 22 February 2012

SYAIR BUAT RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT.......

  • Nabi Muhammad dibangkit sudah
    Menyebar Islam dibumi Mekah
    Sedikit sahaja menyambut mudah
    Yang lain menolak megah..

    Nabi Muhammad menyeru tabah
    Menghadapi dugaan bangun rebah
    Pengikut Islam mula bertambah
    Kafir Quraysy bertambah gelabah

    Pengikut Islam ramai diseksa
    Diikat diperbuat seikut rasa
    Bilal,keluarga Yasir antara mengsa
    Dipaksa menduakan Allah yang Esa

    Nabi Muhammad dikatakan gila
    Fitnah disebar keseganap hala
    Diejek dimaki dibaling pula
    Tampil Hamzah berdiri membela

    Nabi Muhammad berbudi pekerti
    Jemaah Yayhrib tertarik hati
    Di Aqabah mereka menunggu pasti
    Bertemu Muhammad mendengar teliti

    Islam dikenal lebih dekat
    Hati mereka menjadi terpikat
    Memeluk Islam secara berpakat
    Oleh Rasulullah dimohon berkat

    Ditahun berikut peristiwa berulang
    70 jemaah mencari peluang
    Menemui Nabi ketika berulang
    Islam segera mendapat ruang

    Muaz bin Jabal diberi nama
    Antara mereka yang turut serta
    Penganut Islam golongan pertama
    Sedangkan usia belasan cuma

    Apabila Rasulullah datang berkongsi
    Muaz selalu ada disisi
    Menghafal hadis mengupas isi
    Beramal tekun penuh emosi

    Pemuda berperibadi mulia
    Dada berisi wajahnya bergahaya
    Di majlis ilmu adalah dia
    Menjadi contoh para belia

    Orang muda berakal cemerlang
    Cukup penyabar dan tidak pula garang
    Kepada yang buta dia penerang
    Kepada yang velik tempat berpengang

    Cahaya Islam tersebar terang
    Kafir Quraisy melihat garang
    Segera mereka mengerah orang
    Terjadilah beberapa siri perang

    Tentera Quraisy tidak terkira
    Lengkap bersenjata tiada tara
    Ke medan parang mereka mara
    Kononnya dengan semangat membara

    Di lembah Badar perang berlaku
    Kafir Quraisy menunjuk laku
    Muaz bertindak musuh terpaku
    Berguguran jatuh terbujur kaku

    Takbir bergema riuh rendah
    Tentera kafir tewaslah sudah
    Padang pasir mereka redah
    Pulang membawa seribu padah

    Kafir Quraisy ingin mencuba
    Melepas dendam penghapus hiba
    Perang Uhud giliran tiba
    Tentera Islam menunggu selamba

    Singa Allah menghunus pedang
    Menebas musuh setiap terpandang
    Kafir melihat cuba menghadang
    Tetapi mereka ramai yang kecundang

    Muaz turut serta
    Memburu musuh menghunus senjata
    Tangkasnya Muaz tidak terkata
    Mencari syahid bukannya senjata

    Kemenangan Islam seperti pasti
    Tentera kafir ramai yang mati
    Tetapi tamak bersarang dihati
    Keadaan segera bertukar ganti

    Dendam Quraisy belum terubat
    Yahudi datang sanggup terlibat
    Terbentuk satu angkatan hebat
    Islam di Madinah hendak dirembat

    Umat Islam segera ketahui
    Kafir hrndak menyerang negeri
    Nabi mesyuarat penyelesaian dicari
    Tampil Salman bijak bistari

    Parit dalam mereka gali
    Penat lelah tidak peduli
    Semua sahabat tidak terkecuali
    Demi Islam agama diamali

    Kafir Quraisy kecewa amat
    Ribut pula bertiup gamat
    bubarlah mereka ketempat selamat
    terpelihara Madinah penuh selamat..

    Manusdia diseru kejalan kebaikan
    Kemungkaran kejahatan perlu dijauhkan
    Redho Allahsegera dipohonkan
    Pintu ilmu dibukakan

    Rasulullah berangkat menemui Tuhan
    Abu Bakar menjadi Khalifah pilihan
    Memimpin umat penuh kepayahan
     Meletak asas menuju kemegahan.....

Monday, 20 February 2012

DISEKSA KERANA TABIAT KOTOR.

  • Suatu hari Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat memasuki kawasan perkuburan,semasa tengah berjalan tiba-tiba Rasulullah s.a.w berhenti seketika di 2 buah kubur.Lantas Baginda s.a.w menoleh kekawasan sekitarnya,dan melihat ada sebatang pelepah kurma yang baru gugur lantas diambil dan dipatahkan oleh Baginda s.a.w lalu terus di cacakkannya diatas dua kubur tersebut.
    ...
    Sahabat merasa hairan dan terus bertanya : " Kenapakah dicacakkan pelepah kurma itu diatas dua kuburan ini ya Rasulullah ? "

    Baginda s.a.w pun menjawab : " Kedua orang dikubur ini sedang diseksa ! seorang diseksa kerana suka menabur fitnah.Penghuni kubur yang kedua pula suka kencing berdiri dan tidak melakukan "istibra" ( berdehem-dehem ) selepas kencing mengakibatkan istinjaknya kurang sempurna."

    Maknanya orang ini walaupun beristinjak tetapi selepas mengenakan pakaian,masih terdapat baki air kencing yang mengenai pakaiannya.Maka orang ini tidak sedar telah membawa najis merata-rata dan solatnya tidak sah.Tujuan Aku mencacakkan pelepah kurma ini agar ia dapat memohon keampunan dari Allah kepada kedua mereka selagi daun ini masih basah ( sebelum kering dan layu )." kata Rasulullah s.a.w.

    **Kesimpulannya yang terdapat dalam peristiwa ini bolehlah kita mengambil pengajaran bahawa lidah bukanlah untuk memfitnah,mengumpat dan mengeji sebaliknya memuji dan membesarkan Allah....dan tentang kesucian diri pula hendaklah dikerjakan dengan baik..jika tidak menjaga kebersihan anggota badan dan kelamin dibimbangi ibadat yang dilaksanakan tidak sempurna.........Wallahu'klam.

SILAT ADALAH SATU ALAT ?

Asslamualaikum dan selamat bercuti..moga sihat sejahtera...ermmm semalam pak su cuba berdebat dengan seseorang yang sebangsa dengan kita.
 iaitu atas tajuk silat..........dia tanya apa kepentingan Silat pada orang melayu sekarang.....dan silat kalau dengan pistol siapa menang ? dan dia ini adalah pemegang talipinggang blackbelt  3 dan................lama juga lah semalam pak su berdebat...dan akhirnya dia mengakui bahawa silat kita ini adalah yang terbaik dari yang terbaik..tetapi ada beberapa syarat untuk menjadikannya yang terbaik...kerana silat atau seni mempertahankan diri yang lain hanyalah sebagai satu ALAT... harap dapat diperpanjangkan perbincangan ini kepada rakan2 Pondok Qaseh...Pak Tam Zul Zulkifle,ayahanda ,saudara kita panglima Mohd Faizal Abd Jalil,Pengiran Metassan,Mohamad Sukri dan lain2 juga..silakan


Pengiran Metassan
Silat Melayu memang antara seni bela diri yang terbaik di dunia. Tentulah syaratnya kita mesti membuat kajian yang mendalam. Belatih dengan tekun komited. seni bela diri mengajar kita menjadi orang yang merendah diri. Ini sesuai dengan madah orang Tiong Hua (saya petik dari The Art of War). Those skilled in defence hid themselves in the deepest dept of the earth. Orang yang belajar seni silat yang tidak dapat mengawal dirinya akan menjadi seorang yang angkuh, selalu cuba menayangkan kebolehannya. sedangkan yang yang benar-benar pakar akan sentiasa mengelak dari pertengkaran dan pergaduhan. Nanti kita sambung lagi....

Zul Zulkifle
Insyaallah.....saya akan jawab masa free nanti....skrg tgh pening 20 minit 1st time kena curut Cuba Fidol Castro....hehehe

Mohd Faizal Abd Jalil
ilmu gerak. gerak dtg dari sapa?

Mohd Faizal Abd Jalil
yg nak petik picu pistol tu pun adalah gerak. yg izinkan dia petik picu tu pun sapa? kita usaha, tuhan izin. sapa salah dia kalah. sapa benar dia menang. jika yg benar itu kalah, dia masih menang.


Pengiran Metassan
Belajar seni bela diri adalah olah raga yang menguntungkan dari segi kesihatan fisikal dan mental. Kita sentiasa berasa konfiden menjalani kehidupan. Kes serangan pistol dsb...itu bab lain. Kan ajal dan bencana itu semua dengan iizin Allah jua?


Khairol Saiful
Pengiran Metassan danMohd Faizal Abd Jalil pak su setuju dengan anda berdua.....penambahan dari saya...

setiap senibela diri seluruh dunia silat,twdo,kungfu,cleopatra atau tomoi adalah satu seni beladiri yang setiap aliran mempunyai kelebihan tersendiri tetapi jika diteliti secara terperinci setiap aliran tersebut mesti bersangkutan dengan agama....baik silat,tomoi ,karete atau kungfu sekalipun. maka kita sebagai umat Islam kenapa perlu mencari sesuatu yang lain selain Silat.....saya ada teringat satu artikel dari kosmo ahad 12 april 2009.

TOMOI GUNA JIN.
>Sesetengah upacara penamatan latihan seni bela diri tomoi disudahi dengan ritual menyuap pulut ke mulut penuntut.Pulut itu adakalanya hadir dengan "kuasa" warisan yang akhirnya memakan diri.

>tak dinafikan silat pun ada mengamalkan ritual yang kadang2 menyalahi hukum...namun tak semua.kebanyakannya dalam kajian saya purata ianya hanya mengamalkan ayat2 dari al-Quran..dan juga mengamalkan satu amalan yang telah diamalkan oleh para2 wali terdahulu....

>satu lagi yang saya dapat adalah amalan atau silat itu jangan disalah ertikan maksud saya iktikad atau pegangan individu terhadap sifat Rububiyah pada Allah terhadap makhluk iaitu mengesakan Allah sebagai satu satunya Zat yang menciptakan mereka,menguasai ( memiliki ) mereka dan yang MENGATUR segala urusan mereka, dengan kata lainnya ' suatu penyataan bahawa Allah Maha Suci,satu satunya Pencipta makhluk,penguasa dan pemilik alam semesta yang menghidupkan dan mematikan juga pemberi manfaat dan medharat kepada makhluk,.

>Dari segi buah2 pukul silat .. kelebihan memihak kepada silat sedikit iaitu dari segi jarak pukulan ,kuncian dan 'potong'..tetapi walau pun diatas kertas kelebihan buah2 silat lebih namun itu hanya diatas kertas..tetapi sebenar2nya yang menjadi sebab silat itu terbaik adalah pengamal itu sendiri...bagaimana cara ianya dibawa.

>pada tahun 2000 kalau tak silap saya..ianya berlaku di Pucong Selangor.....seorang pengamal silat yang bertaraf jurulatih ( jurulatih baru ) yang pada asalnya adalah pengamal beladiri lain dan juga bertarah jurulatih. telah mencabar rakannya sendiri dari aliran beladiri lain kerana dia telah beranggapan bahawa silat yang dia miliki itu telah sempurna..mampu mengalahkan senibela diri lain selain silat...namun dia lupa satu perkara iaitu kekurangnya dia dalam diri dia iaitu sifat angkuh dan ego dan suka menunjuk2...dan akhirnya tewas........

>satu kisah lagi dimana seorang pengamal silat dengan tidak disangka2 ada dari pengamal senibeladiri lain selain silat telah mencabar beliau..namun cuba dielak atas alasan seagama dan sebangsa...namun tidak dihiraukan ....berlaku satu pergaduhan tetapi dengan hanya satu pukulah sahaja dan ianya sekadar untuk 'merasa' dan boleh dikatakan tidak sengaja...pengamal yang mencabarnya tertiarap cium bumi......ini berlaku didepan mata saya ketika itu di Sri Kembangan.

saya rasa ada kalangan sahabat kita ingin menambah atau memberi pandangan pendapat....silakan


Mohd Faizal Abd Jalil
menang jadi arang, kalah jadi abu. belajar silat sebab nak jadi jaguh, maka salah lah tujuan. tak ramai yg belajar silat sebab nak kenal diri.


Mohd Faizal Abd Jalil
ahli silat tidak mendada ... ahli silat, rakan taulan pun tak tahu yg dia ada ilmu di dada.


Khairol Saiful
saya setuju Mohd Faizal Abd Jalil.


Mohd Faizal Abd Jalil itu
bezanya dgn ahli beladiri yg lain. semakin berisi semakin kenal akan diri yg tiada daya upaya selain dgn izin
gerak dari NYA.


Khairol Saiful
mari kita buka minda dan bincangkan kepentingan silat pd zaman ini dr aspek peribadi seseorang dan juga tradisi melayu itu sendiri.....


Mohd Faizal Abd Jalil
apa yg tinggal lagi nama melayu. keretapi tanah melayu pun dah di singkatkan kpd KTM. yg ada baju melayu, keris melayu, dan silat melayu. jadi tak pahamnya org2 melayu sendiri yg amat mengagung2kan seni beladiri dari luar.


Mohd Faizal Abd Jalil
penggunaan kaki yg dikatakan amat ampuh. sedangkan satu kaki diangkat, maka tinggal satu shj kaki lagi yg mengimbangi badan.


Zul Zulkifle
Kenapa setiap ahli silat dititipkan dgn banyak pantang larang?Cth.tidak dibenarkan abai solat 5 waktu padahal ianya adalah kewajipan,kita disyaratkan makan benda2 yg halal padahal ianya syariat yg dituntut,tidak dibenarkan berbuat onar padahal ianya norma kehidupan,suatu perkara yg dilihat sama pada setiap ahli silat tak kira silat apa...mrk menjadi marah sekiranya agama & bangsa dihina & dipijak2 padahal ianya adalah Fardu Ain yg dituntut ke atas setiap Muslim....Semua perkara ini bukan pantang larang...tetapi ianya adalah kewajipan & asas kecintaan thdp Allah Swt.sbb dialah Allah yg menjadikan segala sesuatu...& semua yg terjadi adalah di atas Qada' & Qadarnya....


Mohd Faizal Abd Jalil
bergantung kpd cara didikan dlm silat itu sendiri. ada jugak silat melayu yg harubiru yg menyebabkan pengamalnya bongkak, riak dan takabbur. solat didirikan semata2 kerana hendakkan ilmu silatnya semakin ampuh. ini salah kerana solat adalah lillahi ta'ala....


Mohd Faizal Abd Jalil
berzikir dan berwirid sebab handakkan kebal atau sebagainya, sedangkan zikir dan wirid kita itu semata2 lillahi ta'ala.


Mohd Faizal Abd Jalil
nabi sendiri dibaling batu, masih berdarah. pergi perang giginya patah... inikan kita umatnya...


Mohd Faizal Abd Jalil
nabi itu ahli pedang, ahli berkuda, ahli memanah dan ahli gusti arab yg hebat. ini bukti mempelajari seni beladiri itu adalah sunnahnya.


Mohd Faizal Abd Jalil
jadi yg dok kita nak tunjuk yg kita nie ahli silat yg terbaik semasa aman buat apa... sudah melanggari sunnah. nabi berjalan tidak mengembangkan dada, jalan yg sedikit tunduk seolah2 menuruni bukit, ngapa kita pula mendada dan ketiak luas dek jln kembang..


Mohd Faizal Abd Jalil
nabi dgn wajah yg sapa memandangnya pasti jatuh cinta, senyum yg tak putus2 .. kita dgn wajah yg bengis? supaya org takut kat kita ... mcm tu soru miss laa.


Khairol Saiful
alhamdulillah...itulah dia pak tam Zul Zulkifle dan sahabat seguru saya abg Mohd Faizal Abd Jalil...saya tahu anda berdua punya ilmu untuk disampaikan...Nabi s.a.w kita telah lama wafat tapi kerja2 Baginda s.a.w tetap diteruskan oleh kita..walaupun dengan apa cara sekalipun cara untuk disampaikan dakwah itu...salah satunya melalui silat....maka wajib bagi kita untuk memperbetulkan dimana kesilapannya anggapan orang2 melayu disekeliling kita tentang apa itu silat sebenar silat.....bak kata guru saya : "Gantung hatimu sepenuhnya pada Allah."

dalam al-Quran banyak disebut tentang perkara ini.. kewajipan bg kita untuk menjaga agama dan diri dengan segala upaya yang kamu mampu...

bagi pengamal yang sebenar bertakwa kepada Allah maka tak mustahil Ma'unah ( pertolongan ) dari Allah akan sampai kepadanya...contohnya peluru tak tembus ke badan,boleh berjalan diatas air dan sebagainya kerana dengan izin dan pertolongan Allah....


Khairol Saiful
begitu pentingnya ilmu peperangan dalam diri sesorang bukan sahaja menjaga diri tetapi hakikat sebenarnya yang utama adalah menjaga agama supaya tidak diceroboh...didalam army sekalipun walaupun diajar ilmu senjata api.....namun senibeladiri tidak diabaikan dan ianya menjadi satu kemestian...betulkan Pak Tam Zul Zulkifle.


Zul Zulkifle
Betul......tapi kami2 sdg menghairankan diri knp dlm ATM diajarkan Taekwando....bukan slat gayung,lincah,harimau & sbg nya....tapi kami2 yg masih tertogok di negara Pasir Dua Butir ni masih kuat berpegang pada saki baki peninggalan pusaka bangsa masih maintane kdg2 ada aturkan pertemuan secara peribadi.....


Zeck Destron Bakar
mgkin sbb dlm ATM sendiri, panglima2 mereka tidak berilmu silat.. atau sistem yg diguna pakai dlm ATM skrg adalah bersusur galur dr peninggalan Tentera British di eran Pasca Merdeka dahulu. tentera2 yg di rekrut ketika itu masti menjalani latihan ketenteraan ala Inggeris, bkn ala Melayu


Khairol Saiful
datok bahaman,mat kilau,datok sagor dan lain2 pejuang kita dulu....mereka2 ini bukan sekadar pendekar silat tetapi kuat pegangan agamanya...kita buka topik ni lebih luas.....


Zul Zulkifle
Maka Nabi pun bersabda sampaikan olehmu drpku walau sepotong ayat.....luas maknanya dalam maksudnya....


Zul Zulkifle
British,Belanda,Amerika,Italy,Spanyol & penjajah2 lain mmg tidak mahu kita tahu & pelajari ttg nasab & ilmu keturunan bangsa kita sbb bangsa Melayu bertunjangkan agama Islam......


Khairol Saiful
benar tu pak tam... jika kita ingin dikenali oleh Rasulullah s.a.w di hari akhirat nanti dan diakui dijamin sebagai umatnya maka ikutilah sunnahnya... dan salah satunya topik yg sedang kita bincang sekarang.


Khairol Saiful
penyebab penjajah ini meluaskan jajahan mereka adalah bermulanya kejatuhan islam di andalusia...mereka2 ini mendapat satu kekuatan dari kejatuhan andalusia untuk menghapuskan seluruh kerajaan islam didunia..


Zeck Destron Bakar
Zul Zulkifle
, nak buek camano. dlm buku sejarah kita tulis Dato Bahaman, Mat Kilau dll adalah Penderhaka. nmpk, British n da gang telah menanamkn rasa "benci" pada tokoh sekaligus kpd budaya n warisan sendiri..jd, sbb itulah parents skrg lebih suka hntar anak blejar Karate. Tkwndo dll...jd silat hanya bergerak di kampung2. mujur ada 1,2 silat yg dapat "lepas" ke Universiti


Zeck Destron Bakar
Khairol Saiful betul tu. lg satu sy dgr diaorg dtg sini utk "meluaskan" perang Salib sambil mcari Kerajaan Prester John yg dikatakan tahu di mana letaknya "fountain of youth" iaitu mata air kehidupan yg pernah diminum oleh Nabi Khidir a.s. wallahuallam

Zul Zulkifle
Terima kasih Paksu Khairol Saiful,Zeck Destron Bakar,Mohd Mohd Faizal Abd Jalil & Pangeran Mat Hassan.....bukan senang nak bermuzakarah forum tak sengaja dari lelaki2 maskulin mcm ni kecuali mrk2 yg arif ttg hakikat saja yg berani berdamping....Terima kasih jgk pada Lijah Amor,Hamidah Md Rejab,Mimi Marina Jaafar& Sue Arianni yg mengeLIKEkan forum kami.....Hidup agama & bangsaku....


Khairol Saiful
sebelum kita pergi jauh dengan alam melayu kat sini pak su cuba nak share satu hadis supaya kita tidak keterlaluan dalam membahaskan isu bangsa sendiri ..dan kita letakkan bangsa itu no 2 dan agama Islam kita diatas.
>Kerana Islam tidak mengakui ashabiyah dengan segala macamnya dan mengharamkan kaum muslimin menghidup-hidupkan setiap setiap perasaan atau apa sahaja yang mengajak kepada ashabiyah ( kaum atau bangsa )

>Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda bahawa orang yang berbuat demikian tidak akan diakui sebagai umatnya :

" Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah,bukan pula dari golongan kami orang berperang kerana ashabiyah,dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana ashabiyah." HR Abu Daud.

Tidak ada keistimewaan khusus kerana warna kulit,kerana jenis dan tanah air....


Mohamad Sukri
Terima kasih linked. Silat untuk kecergasan diri. kalau orang muda memang elok berlatih senaman silat. Semasa saya belasan tahun kami berlatih senaman harimau mengambo angin. terbang di udara dan landing di atas tanah. Saya setuju dgn Mohd Faizal Abd Jalil, berkaitan gerak. Gerak ini ada yang berbentuk sifat. Ada dari zat. Hanya yang arif dapat memahami.



 SUMBER : http://www.facebook.com/#!/groups/146815335404907/241995885886851/ 

Friday, 17 February 2012

SYAIR BUAT AMMAR BIN YASIR... ( sahabat Rasulullah s.a.w )


TERSEBUTLAH KISAH AMMAR BIN YASIR
DISEKSA SEKELUARGA DIPADANG PASIR
SALAH MEREKA BUKAN DITAKSIR
... MEMELUK ISLAM SETELAH MENTAFSIR

YASIR BIN AMIR NAMA AYAHNYA
YAMAN TEMPAT ASAL USULNYA
BERANGKAT KE MEKAH MENCARI SAUDARANYA
ABU HUZAIFAH MENJADI SAHABATNYA

DENGAN SUMAIYAH BERKAHWIN IA
DIKURNIA DENGAN SEORANG PRIA
NAMA AMMAR DIBERI IA
HIDUP MEREKA DENGAN BAHAGIA

MUSYIRIKIN MEKAH MARAH KEPALANG
AGAMA ISLAM CUBA DIHALANG
ABU JAHAL KEPALA PETUALANG
MENYEKSA MUSLIM NYAWA MELAYANG

DIKURUNG DIIKAT YASIR SEKELUARGA
DIPUKUL DISEKSA LALU DIPERAGA
DIHERET SEPERTI TIDAK BERHARGA
LEMAH LESU JIWA DAN RAGA

RASULULLAH LALU MEMBAWA KHABAR
BALASAN SYURGA BAGI YANG SABAR
IMAN MEREKA MAKIN BERKOBAR
KECEKALAN MEREKA LUAS TERSEBAR

DERITA SUMAIYAH BUKAN KEPALANG
KE HADRAT ALLAH IA PULANG
TERUKIR SENYUMAN KESAKITAN HILANG
TERGAMBAR NIKMAT BAKAL MENJELANG

KAFIR MELIHAT TERASA TERPUKUL
SUMAIYAH PERGI SENYUM TERSIMPUL
YASIR MENJADI SASARAN PUKUL
TEWASLAH AKHIRNYA LELAKI UNGGUL

AMMAR MELIHAT SEMUA KEJADIAN
KAFIR BERTINDAK TANPA BALASAN
DITABAH HATI MENEMPUH UJIAN
BEBASLAH IA WALAU KEMUDIAN

DISISI RASULULLAH AMMAR BERDIRI
SEMUA PEPERANGAN IA CEBURI
MENGHUNUS PEDANG SAMBIL BERLARI
MUSUH MELIHAT SEMUA CABUT LARI

APABILA RASULULLAH WAFAT MATI
AMMAR TERUS MENUMPAH BAKTI
MEMERINTAH KIFAH SEPENUH HATI
PERKARA KECIL TURUT DITELITI

AMMAR MEMILIKI PERIBADI TERPUJI
PANGKAT HARTA DILIHATNYA KEJI
BERAMAL BUKAN MENGHARAP PUJI
KEDUSTAAN KEZALIMAN SEGERI DIKEJI

........Adaptasi dari kisah Ammar bin Yasir.

Rasulullah sewaktu hidupnya pernah mengatakan bahawa Ammar akan mati dibunuh oleh golongan penderhaka. Ammar akhirnya mati dibunih oleh seorang pengikut Muawiyah ketika beliau bersama Sayidina Ali mempertahankan kebenaran,ketika itu usia beliau adalah 93 tahun.