Pages

Friday, 17 February 2012

SYAIR BUAT AMMAR BIN YASIR... ( sahabat Rasulullah s.a.w )


TERSEBUTLAH KISAH AMMAR BIN YASIR
DISEKSA SEKELUARGA DIPADANG PASIR
SALAH MEREKA BUKAN DITAKSIR
... MEMELUK ISLAM SETELAH MENTAFSIR

YASIR BIN AMIR NAMA AYAHNYA
YAMAN TEMPAT ASAL USULNYA
BERANGKAT KE MEKAH MENCARI SAUDARANYA
ABU HUZAIFAH MENJADI SAHABATNYA

DENGAN SUMAIYAH BERKAHWIN IA
DIKURNIA DENGAN SEORANG PRIA
NAMA AMMAR DIBERI IA
HIDUP MEREKA DENGAN BAHAGIA

MUSYIRIKIN MEKAH MARAH KEPALANG
AGAMA ISLAM CUBA DIHALANG
ABU JAHAL KEPALA PETUALANG
MENYEKSA MUSLIM NYAWA MELAYANG

DIKURUNG DIIKAT YASIR SEKELUARGA
DIPUKUL DISEKSA LALU DIPERAGA
DIHERET SEPERTI TIDAK BERHARGA
LEMAH LESU JIWA DAN RAGA

RASULULLAH LALU MEMBAWA KHABAR
BALASAN SYURGA BAGI YANG SABAR
IMAN MEREKA MAKIN BERKOBAR
KECEKALAN MEREKA LUAS TERSEBAR

DERITA SUMAIYAH BUKAN KEPALANG
KE HADRAT ALLAH IA PULANG
TERUKIR SENYUMAN KESAKITAN HILANG
TERGAMBAR NIKMAT BAKAL MENJELANG

KAFIR MELIHAT TERASA TERPUKUL
SUMAIYAH PERGI SENYUM TERSIMPUL
YASIR MENJADI SASARAN PUKUL
TEWASLAH AKHIRNYA LELAKI UNGGUL

AMMAR MELIHAT SEMUA KEJADIAN
KAFIR BERTINDAK TANPA BALASAN
DITABAH HATI MENEMPUH UJIAN
BEBASLAH IA WALAU KEMUDIAN

DISISI RASULULLAH AMMAR BERDIRI
SEMUA PEPERANGAN IA CEBURI
MENGHUNUS PEDANG SAMBIL BERLARI
MUSUH MELIHAT SEMUA CABUT LARI

APABILA RASULULLAH WAFAT MATI
AMMAR TERUS MENUMPAH BAKTI
MEMERINTAH KIFAH SEPENUH HATI
PERKARA KECIL TURUT DITELITI

AMMAR MEMILIKI PERIBADI TERPUJI
PANGKAT HARTA DILIHATNYA KEJI
BERAMAL BUKAN MENGHARAP PUJI
KEDUSTAAN KEZALIMAN SEGERI DIKEJI

........Adaptasi dari kisah Ammar bin Yasir.

Rasulullah sewaktu hidupnya pernah mengatakan bahawa Ammar akan mati dibunuh oleh golongan penderhaka. Ammar akhirnya mati dibunih oleh seorang pengikut Muawiyah ketika beliau bersama Sayidina Ali mempertahankan kebenaran,ketika itu usia beliau adalah 93 tahun.

No comments:

Post a Comment