Pages

Thursday, 8 March 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH SAW 8

KEMULIAAN ANUGERAH ALLAH SEBELUM PENGUTUSAN.

Pemberian Allah yang pertama ialah keberkatan yang berlaku kepada keluarga Halimah yang menyusukan Baginda s.a.w. Sebelum Baginda s.a.w tinggal bersama keluarga Halimah,mereka berada dalam serba kekurangan.Apabila Baginda s.a.w berada bersama-sama mereka,kambing-kambing mereka mula gemuk dan mengeluarkan susu.
Selepas itu ia diikuti dengan peristiwa pembelahan dada dan mengeluarkan bahagian syaitan daripada diri Rasulullah s.a.w.Perkara ini bukanlah suatu yang ajaib jika dibandingkan kepada kekuasaan Allah.Sesiapa yang menolak peristiwa seumpama ini,maka dia adalah orang yangt pendek akal dan tidak mengetahui sedikitpun kekuatan Allah.Ini kerasna peristiwa luar biasa yang berlaku kepada para nabi bukanlah perkara baru dan asing.

Di antara perkara luar biasa lain yang merupakan kemuliaan kepada Rasulullah s.a.w ialah Allah menjadikan awan melindungi Baginda s.a.w ketika panas terik dalam perjalanan ke Syam.Dalam perjalanan tersebut hanya Rasulullah s.a.w sahaja yang dilindungi.

Di antara kurniaan Allah kepada Rasulullah s.a.w ialah pokok pokok dan batu-batu memberi salam dan Baginda s.a.w mendengarnya.Ketika Rasulullah s.a.w keluar untuk membuang air,Baginda keluar kekawasan yang agak jauh sehingga bangunan di Mekah tidak kelihatan.Baginda s.a.w pergi kelereng-lereng bukit dan lembah-lembah.Dalam perjalanan tersebut Baginda mendengar semua batu dan pokok yang dilaluinya mengucapkan : Salawat dan salam kepadamu wahai Rasulullah s.a.w. Baginda berpaling kekiri dan kanan dan belakang tetapi tidak mendapati seoarang pun. Peristiwa ini telah diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

    • Pak Su Khairol 
      catatan kaki :
      > perkara seperti bukanlah sesuatu yang aneh.Benda2 yang tidak bernyawa telah disuruh berkhidmat kepada para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. Tongkat Nabi Musa a.s telah bertukar menjadi ular yang mengalahkan semua perkara yang dilakukan oleh tukang sihir Firaun.Selepas itu ia kembali kepada kejadian asalnya iaitu tongkat.
      Apabila Nabi Musa a.s memukul batu dengan tongkatnya , sebanyak 12 mata air telah keluar dari batu tersebut. Setiap puak dari bani Israel mendapat mata air masing-masing.

      Allah telah menjadikan benda2 yang tidak bernyawa yang dikehendaki-Nya memberi khidmat kepada mereka untuk menunjukkan kepada orang2 yang berakal tentang kebesaran,kekuasaan dan ketinggian kedudukan-Nya.

KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W.

AKHLAK RASULULLAH S.A.W BERSAMA KAUMNYA SEBELUM PENGUTUSAN.

Rasulullah s.a.w adalah orang yang mempunyai akhlak terbaik dikalangan kaumnya dan paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah.Baginda adalah orang yang paling menjaga maruah,paling baik pergaulan,sebaik-baik jiran,paling lemah lembut,paling bercakap benar dan paling amanah.Oleh itu Baginda digelar oleh kaumnya sebagai al- Amin.Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda s.a.w memiliki sifat lemah lebut,sabar,bersyukur,adil,tawadhu',menjaga kesucian diri,pemurah,berani dan malu. 

Sifat ini diakui sendiri oleh musuh ketat Baginda iaitu Al-Nadr bin Harith daripada bani Abd al-Dar.Dia berkata :
" Ketika Muhammad masih remaja,beliau adalah orang yang paling kamu redhai,kata-katanya paling kamu percayai dan yang paling amanah dikalangan kamu.Tetapi apabila beliau dewasa dan membawa apa yang dibawanya sekarang,kamu mengatakannya sebagai tukang sihir. Tidak! Demi Allah! Beliau bukan tukang sihir."

Keadaan para Nabi yang tidak mengejar duniawi dan kesibukkannya adalah perkara yang sudah pasti berlaku.Begitu juga dengan kerja mengembala kambing.Semua nabi melakukan kerja ini.Perkara ini telah dinyatakan sendir oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat didalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.Perkara ini juga mempunyai hikmat yang besar .Ini kerana apabila manusia mengembala kambing ( kambing adalah binatang ternakan yang paling lemah ),maka hatinya akan dikuasai oleh perasaan belas kasihan dan lemah lembut.Apabila Baginda s.a.w diamanahkan supaya menguruskan urusan manusia selepas itu,maka baginda akan menjadi orang yang layak untuk melaksanakannya.Ini kerana sebelum itu Baginda telah dibersihkan daripada sifat ego dan kecenderungan untuk melakukan kezaliman.

Ketika umur dewasa,Rasulullah s.a.w berniaga.Rakan kongsi perniagaan Baginda adalah al-Saib bin Abu al-Saib.Baginda s.a.w membawa harta kepunyaan Khadijah ke negeriSyam untuk diperniagakan berdasarkan pembahagian untung yang telah ditetapkan.Apabila Khadijah dimuliakan melalui perkahwinan dengan Baginda s.a.w,ketika itu Khadijah adalah seorang yang kaya,maka Baginda berusaha untuk memperkembangkan harta tersebut.Dengan itu Rasulullah memakan hasil daripada penat lelahnya sendiri.
Hercules ( Raja Rom ) pernah bertanya kepada Abu Suffian : " Adakah kamu pernah menuduhnya berbohong sebelum beliau (Rasulullah s.a.w) mengatakan apa yang dikatakannya sekarang ?." Abu Suffian menjawab : " Tidak ." Lantas Hercules berkata : " Orang yang tidak pernah bercakap bohong kepada manusia tidak akan berbohong kepada Allah.
Semenjak kecil lagi Allah telah menjaga peribadi Rasulullah s.a.w daripada melakukan amalan-amalan jahiliah yang ditentang oleh syariat yang dibawanya.Baginda s.a.w juga amat membenci berhala sehingga Baginda s.a.w tidak pernah menghadiri perayaan atau pesta yang diadakan oleh penyembahnya.Rasulullah s.a.w menceritakan : " Ketika aku masih kecil,aku membenci berhala dan juga syair.Aku tidak pernah mengambil berat apa yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah kecuali dua kali. Tetapi dalam kedua-dua peristiwa tersebut,Allah telah menghalangku daripada melakukannya.Selepas itu aku tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara buruk sehinggalah Allah memuliakan aku dengan memberikan risalah-Nya kepadaku.

Pada suatu malam aku berkata kepada pengembala upahan yang bersamaku : " Tolong jaga kambing-kambing ku.Aku mahu pergi ke Mekah untuk lepak.sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda-pemuda lain.Aku ke Mekah untuk tujuan tersebut,ketika sampai di rumah pertama di Mekah,aku mendengar tepukan rebana dan muzik untuk meraikan pengantin.Aku duduk untuk mendengarnya.Ketika itu Allah menutup telingaku dengan menidurkanku.Aku terus tertidur sehingga dikejutkan oleh kepanasan cahaya matahari.Aku tidak berbuat apa-apa pada malam tersebut.Peristiwa yang sama juga berlaku kepadaku pada kesempatan yang lain."
Rasulullah s.a.w tidak memakan sembelihan yang dilakukan untuk berhala.Baginda tidak meminum arak sekalipun ia telah menjadi budaya kaumnya.Semua itu adalah sifat yang Allah hiaskan kepada para Nabi-Nya supaya mereka mempunyai persiapan yang sempurna untuk menerima wahyu.Mereka tidak melakukan perkara-perkara keji dan hina sebelum dan selepas dilantik sebagai nabi.Mereka tidak melakukan perkara tersebut sebelum diutus sebagai nabi untuk melayakkan mereka menerima perkara besar yang akan diberikan kepadanya.Mereka tidak melakukan selepas pengutusan supaya mereka menjadi qudwah ( ikutan yang baik) kepada umat mereka.

**Komen dari FB.*
Mohd Faizal Abd Jalil  nabi saw dari bani hashim yg beragama ibrahim. tauhid islam diambil dari tauhid ibrahim. islam adalah nama baru bagi tauhid ibrahim.

  • Mohd Faizal Abd Jalil  ini adalah dalil bahawa ibubapa nabi tidak ke neraka. mrk di syurga dek kerana 'islam'. bani hashim adalah keturunan yg terpelihara. menyembah allah yg satu.

  • Pak Su Khairol  saya setuju sangat2..memang benar. Mohd Faizal Abd Jalil
    Sebelum diutuskan sebagai Rasul,kurniaan yang diberikan adalah dalam bentuk perlindungan dan mencukup yang kurang. Allah juga mengurniakan petunjuk dengan melantik Baginda sebagai seorang Nabi.Allah memberi petunjuk untuk beramal dengan al-Quran,keimanan dan agama Nabi Ibrahim yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Allah berfirman "

    " Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,... (Asy-Syuura:52)

KITAB SIRAH RASULULLAH SAW 6

SARA HIDUP KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEBELUM PENGUTUSAN.

Rasulullah s.a.w tidak mewarisi sedikitpun harta daripada kedua ibubapanya. Malah Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim dan miskin.Baginda disusukan di bani Sa'd.Apabila usianya mengizinkannya bekerja,Baginda bekerja sebagai pengembala kambing dikawasan pendalaman bersama saudara-saudara sesusunya.Apabila pulang ke Mekah,Baginda s.a.w juga melakukan pekerjaan yang sama untuk mendapatkan sesuap nasi.
Keadaan para Nabi yang tidak mengejar duniawi dan kesibukkannya adalah perkara yang sudah pasti berlaku.Begitu juga dengan kerja mengembala kambing.Semua nabi melakukan kerja ini.Perkara ini telah dinyatakan sendir oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat didalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.Perkara ini juga mempunyai hikmat yang besar .Ini kerana apabila manusia mengembala kambing ( kambing adalah binatang ternakan yang paling lemah ),maka hatinya akan dikuasai oleh perasaan belas kasihan dan lemah lembut.Apabila Baginda s.a.w diamanahkan supaya menguruskan urusan manusia selepas itu,maka baginda akan menjadi orang yang layak untuk melaksanakannya.Ini kerana sebelum itu Baginda telah dibersihkan daripada sifat ego dan kecenderungan untuk melakukan kezaliman.
Ketika umur dewasa,Rasulullah s.a.w berniaga.Rakan kongsi perniagaan Baginda adalah al-Saib bin Abu al-Saib.Baginda s.a.w membawa harta kepunyaan Khadijah ke negeriSyam untuk diperniagakan berdasarkan pembahagian untung yang telah ditetapkan.Apabila Khadijah dimuliakan melalui perkahwinan dengan Baginda s.a.w,ketika itu Khadijah adalah seorang yang kaya,maka Baginda berusaha untuk memperkembangkan harta tersebut.Dengan itu Rasulullah memakan hasil daripada penat lelahnya sendiri.



    • Pak Su Khairol catatan kaki :
      Para perawi meragui siapakah rakan kongsi Rasulullah s.a.w. adakah al-Saib,Abu Saib,Qais bin Abu al-Saib atau Abdullah bin al- Saib ? pendapat yang rajih ialah al-Saib bin Abu al-Saib.Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenainya : " Rakan kongsi yang paling baik ialah a- Saib......dia termasuk dikalangan mereka yang dijinakkan hati dan keislamannya bertambah baik ." 
      Beliau bersama2 Ikramah memerangi golongan murtad.


    • Pak Su Khairol catatan kaki :
      Sebelum diutuskan sebagai Rasul,kurniaan yang diberikan adalah dalam bentuk perlindungan dan mencukup yang kurang. Allah juga mengurniakan petunjuk dengan melantik Baginda sebagai seorang Nabi.Allah memberi petunjuk untuk beramal dengan al-Quran,keimanan dan agama Nabi Ibrahim yang tidak pernah diketahui sebelumnya. Allah berfirman "

      " Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,... (Asy-Syuura:52)

TAHUN HIJRAH

Pernahkah kita menyelusuri sejarah penciptaannya dan penggunaannya? Penggunaan tahun hijrah bermula selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah saw iaitu pada tahun ke 17 Hijrah di zaman pemerintahan Sayyidina Umar bin al-Khattab. Sebelumnya mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang telah diterimapakai sejak zaman Rasulullah saw ialah Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban. Penentuan hari ialah dengan melihat bulan yang timbul di waktu malam.

Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Seterusnya timbul pula persoalan; bulan manakah yang akan dimulakan tahun hijrah? Beberapa pandangan dilontarkan. Antaranya Ramadhan, Syawal dan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.

KATA HIKMAH

" Moga warna hitam yang kita corakkan dulu, kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap...biar merangkak,biar bertatih asalkan langkah mampu menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan.Moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi....."

" Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan cirinya-cirinya secara detil berbanding insan yang kita sayangi ? Kenalilah insan yang dekat dengan anda...mengenali untuk menyayangi,bukan untuk mencaci benci......"

“.. Kalau nak berjaya dalam usaha, buatlah betul2, betul niat dan betul cara ... ada kerja betul tapi tak buat betul2, jadi macam tak betul ... ada kerja tak betul tapi dibuat betul2 jadi macam betul ... jadi kalau kerja tak betul dibuat betul2 boleh jadi betul ... apalagi kalau kerja betul dibuat betul2, tentu lagi betul ... betul ke tak betul?"
.. dan yang sebetul-betulnya adalah perintah ALLAH, dan yang tak betul adalah larangan ALLAH.


" Dan apabila Sultan mendekatimu maka anggaplah dirimu seakan - akan diatas mata pedang yang sangat tajam..Dan jauhilah daripada bersahabat dengan orang yang hanya suka kepadamu ketika engkau senang sahaja,kerana dia adalah musuhmu yang paling berbahaya dan jangan engkau jadikan hartamu itu lebih mulia daripada maruahmu".........KITAB BIDAYATUL HIDAYAH.

"dengan sunnahnya moga Rasulullah s.a.w mengenali kita sebagai umatnya di akhirat nanti........."

"jangan hanya berbahasa namum hilang sopannya...jangan hanya merasa namun mana pergi budinya..jangan hanya berkata namun tiada ilmunya.."

"jika dulu negara asal kita Syurga...pastikan kembalinya kita ke negara asal juga ,Syurga."

"hanya api kecil, rasakan kepanasan membakar pada jari kita...
bayangkan api neraka... beribu kali ganda kepanasannya berbanding api dunia.."


Khalifah Samudera.

Thursday, 23 February 2012

SELOKA KU

dikala malam indah kurasakan
merenung segala ciptaan tuhan
bulan dan bintang bertaburan
sedang hatiku terusik dengan kesayuan...
sedang bintang bergemerlapan
sang bulan hiba dibalik awan
sang lautan bergelora tidak karuan
sedang pantai menanti penuh harapan....

tiada akan berubah sang pantai
jika tidak kerana ombak
tidak akan hajat akan tercapai
jika hanya menunggu menangis sebak....
hendak daun ku beri daun
tidak aku beri tangkainya
jika hidup seribu tahun
adakah amalan pasti diterima-Nya...

Wednesday, 22 February 2012

SYAIR BUAT RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT.......

  • Nabi Muhammad dibangkit sudah
    Menyebar Islam dibumi Mekah
    Sedikit sahaja menyambut mudah
    Yang lain menolak megah..

    Nabi Muhammad menyeru tabah
    Menghadapi dugaan bangun rebah
    Pengikut Islam mula bertambah
    Kafir Quraysy bertambah gelabah

    Pengikut Islam ramai diseksa
    Diikat diperbuat seikut rasa
    Bilal,keluarga Yasir antara mengsa
    Dipaksa menduakan Allah yang Esa

    Nabi Muhammad dikatakan gila
    Fitnah disebar keseganap hala
    Diejek dimaki dibaling pula
    Tampil Hamzah berdiri membela

    Nabi Muhammad berbudi pekerti
    Jemaah Yayhrib tertarik hati
    Di Aqabah mereka menunggu pasti
    Bertemu Muhammad mendengar teliti

    Islam dikenal lebih dekat
    Hati mereka menjadi terpikat
    Memeluk Islam secara berpakat
    Oleh Rasulullah dimohon berkat

    Ditahun berikut peristiwa berulang
    70 jemaah mencari peluang
    Menemui Nabi ketika berulang
    Islam segera mendapat ruang

    Muaz bin Jabal diberi nama
    Antara mereka yang turut serta
    Penganut Islam golongan pertama
    Sedangkan usia belasan cuma

    Apabila Rasulullah datang berkongsi
    Muaz selalu ada disisi
    Menghafal hadis mengupas isi
    Beramal tekun penuh emosi

    Pemuda berperibadi mulia
    Dada berisi wajahnya bergahaya
    Di majlis ilmu adalah dia
    Menjadi contoh para belia

    Orang muda berakal cemerlang
    Cukup penyabar dan tidak pula garang
    Kepada yang buta dia penerang
    Kepada yang velik tempat berpengang

    Cahaya Islam tersebar terang
    Kafir Quraisy melihat garang
    Segera mereka mengerah orang
    Terjadilah beberapa siri perang

    Tentera Quraisy tidak terkira
    Lengkap bersenjata tiada tara
    Ke medan parang mereka mara
    Kononnya dengan semangat membara

    Di lembah Badar perang berlaku
    Kafir Quraisy menunjuk laku
    Muaz bertindak musuh terpaku
    Berguguran jatuh terbujur kaku

    Takbir bergema riuh rendah
    Tentera kafir tewaslah sudah
    Padang pasir mereka redah
    Pulang membawa seribu padah

    Kafir Quraisy ingin mencuba
    Melepas dendam penghapus hiba
    Perang Uhud giliran tiba
    Tentera Islam menunggu selamba

    Singa Allah menghunus pedang
    Menebas musuh setiap terpandang
    Kafir melihat cuba menghadang
    Tetapi mereka ramai yang kecundang

    Muaz turut serta
    Memburu musuh menghunus senjata
    Tangkasnya Muaz tidak terkata
    Mencari syahid bukannya senjata

    Kemenangan Islam seperti pasti
    Tentera kafir ramai yang mati
    Tetapi tamak bersarang dihati
    Keadaan segera bertukar ganti

    Dendam Quraisy belum terubat
    Yahudi datang sanggup terlibat
    Terbentuk satu angkatan hebat
    Islam di Madinah hendak dirembat

    Umat Islam segera ketahui
    Kafir hrndak menyerang negeri
    Nabi mesyuarat penyelesaian dicari
    Tampil Salman bijak bistari

    Parit dalam mereka gali
    Penat lelah tidak peduli
    Semua sahabat tidak terkecuali
    Demi Islam agama diamali

    Kafir Quraisy kecewa amat
    Ribut pula bertiup gamat
    bubarlah mereka ketempat selamat
    terpelihara Madinah penuh selamat..

    Manusdia diseru kejalan kebaikan
    Kemungkaran kejahatan perlu dijauhkan
    Redho Allahsegera dipohonkan
    Pintu ilmu dibukakan

    Rasulullah berangkat menemui Tuhan
    Abu Bakar menjadi Khalifah pilihan
    Memimpin umat penuh kepayahan
     Meletak asas menuju kemegahan.....