Pages

Saturday, 3 February 2018

HUKUM TAWASSUL DENGAN ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

Diantara ulama' yang membolehkan adalah Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Nawawi, Imam Subki, al-Qasthalani (ahli hadis), al-Hakim, al-Hafidz al-Baihaqi, al-Hafidz al-Thabrani, al-Hafidz al-Haitsami, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Karmani, al-Jazari, Ibnu al-Hajj, al-Sumhudi dan masih banyak lagi ulama lain yang membolehkannya.

Berikut ini adalah dalil hadith tentang tawassul dengan orang-orang yang telah meninggal dunia: “Diriwayatkan dari Utsman bin Hunaif bahawa ada seorang lelaki datang kepada (Khalifah) Utsman bin Affan untuk memenuhi hajatnya, namun Sayyidina Utsman tidak menoleh ke arahnya dan tidak mempedulikan keinginannya. Kemudian ia bertemu dengan Utsman bin Hunaif (perawi) dan mengadu kepadanya. Utsman bin Hunaif berkata: Ambillah air wudhu' kemudian masuklah ke masjid, solatlah dua rakaat dan bacalah: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta Tuhanmu melaluimu agar hajatku dikabulkan. Sebutlah apa keinginanmu”. Lalu lelaki tadi melakukan apa yang dikatakan oleh Utsman bin Hunaif dan ia memasuki pintu (Khalifah) Utsman bin Affan. Maka para penjaga memegang tangannya dan dibawa masuk ke hadapan Utsman bin Affan dan diletakkan di tempat duduk. Utsman bin Affan berkata: Apa hajatmu? Lelaki tersebut menyampaikan hajatnya, dan Utsman bin Affan memutuskan permasalahannya”. (HR. Al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Doa ini dikutip oleh Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmu' al-Fatawa, I/264, dan al-Tawassul wa al-Wasilah, II/199)

Ulama' Ahli hadith al-Hafidz al-Haitsami berkata: “Dan sungguh al-Thabrani berkata (setelah al-Thabrani menyebut semua jalur riwayatnya): "Riwayat ini sahih”. (Majma’ al-Zawaid, II/565)

Bahkan Utsman bin Hunaif menyaksikan sendiri ketika Rasulullah Saw mengajarkan doa Tawassul diatas sebagaimana dalam riwayat sahih berikut ini: “Dari Utsman bin Hunaif: “Suatu hari seorang yang buta datang kepada Rasulullah saw, ia berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkan saya sebuah doa yang akan saya baca agar Allah mengembalikan penglihatan saya”. Rasulullah berkata: “Bacalah doa (Allahumma inni as'aluka wa atawajjahu ilaika bi nabiyyika nabiyyirrahmati Ya Muhammad qad tawajjahtu bika ila Rabbi. Allahumma Syaffi'hu fiyya wa syaffi'ni fi nafsi): “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta Tuhanmu melaluimu agar dibukakan mataku, Ya Allah berilah ia syafaat untukku dan berilah aku syafaat. Kemudian ia berdoa dengan doa tersebut, ia berdiri dan telah boleh melihat” (HR. Hakim dan al-Tirmidzi)

Ketaatan Kepada Allah.

"Boleh jadi Allah سبحانه وتعالى membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tidak membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi Allah mentakdirkan kederhakaan ke atas dirimu. Lalu kederhakaan itu menjadi asbab yang menghantarkan kepada keredhaan Allah سبحانه وتعالى. Kederhakaan yang membuahkan ketaatan dan keredhaan kepada Allah سبحانه وتعالى adalah lebih baik daripada ketaatan yang membuahkan ujub dan kesombongan terhadap dirinya."

"Bagi mereka yang diberi taufiq dan hidayah oleh Allah سبحانه وتعالى untuk membuat ketaatan, jangan pula kamu berasa seperti malaikat dihadapan khalayak ramai. Dan bagi mereka yang sering melakukan dosa dan maksiat, jangan kamu berasa putus asa daripada mendapatkan rahmat Allah سبحانه وتعالى."

"Jika didalam luh mahfuz itu, namanya mungkin sudah tercatit sebagai wali Allah سبحانه وتعالى. Akan tetapi, kita melihat secara zahirnya orang itu adalah ahli maksiat. Dia tidak solat, ibadahnya kurang sedekah nya kurang buat yang wajib saja yang sunat tinggal. Jika dia menghadapi masalah didalam hidupnya, seperti rezekinya tidak cukup, hidup serba kekurangan, ditimpa penyakit dan sebagainya."

"Ketahuilah Allah سبحانه وتعالى ingin menghapuskan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya. Atau menjadikkannya sebagai wali Allah سبحانه وتعالى. Jika dia dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى dan namanya tertulis didalam luh mahfuz sebagai wali Allah سبحانه وتعالى orang-orang soleh. Menjadi antara orang-orang yang terpilih."

"Soalan ditanya. Bolehkah seseorang itu bercita-cita untuk menjadi wali Allah سبحانه وتعالى? Menjadi Antara Kekasih Allah سبحانه وتعالى? Maka hukumnya, boleh. Bahkan, itulah cita-cita yang sepatutnya ada didalam hati seorang mukmin. Ianya tidak mustahil. Antara syarat untuk menjadi Wali Allah سبحانه وتعالى adalah dia mesti mempunyai ilmu."

"Untuk menjadi wali Allah سبحانه وتعالى dia mesti orang yang berilmu. Tidak mungkin seorang wali Allah, itu dia tidak berilmu. Ulama mengatakan, Mustahil seorang wali Allah itu dia adalah orang orang yang jahil. Jika dia jahil, dan Allah menginginkannya untuk menjadi wali-Nya. Maka, Allah سبحانه وتعالى akan mengurniakan dia ilmu dan barulah dia dapat menjadi wali Allah سبحانه وتعالى. Ilmu itu yang akan memacunya dalam perjalanan menuju kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kita tidak mungkin boleh menjadi nabi, pintu kenabian sudah ditutup, pintu kerasulan sudah ditutup. Apa yang boleh kita niatkan kita cita-citakan adalah menjadi wali Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang berazam dan beramal dengan ilmunya untuk menuju kepada Allah swt dan mencapai maqam yang tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى."

"Ianya adalah suatu yang terpuji dalam agama. Antara sifat wali Allah سبحانه وتعالى, apabila dia sudah mencapai maqam yang tinggi disisi Allah swt didalam hatinya tiada kotoran dan maksiat. Malah perkara-perkara yang makruh pon akan ditinggalkan, dijauhi olehnya. Para Wali Allah سبحانه وتعالى, orang orang soleh ini apabila dia terlupa melakukan perkara yang harus pon maka dia akan istighfar kepada Allah سبحانه وتعالى. "

"Bahkan, perkara yang harus itu apabila dia terlupa untuk niatkan dengan niat yang baik dia merasa rugi dengan masa yang berlalu itu tanpa diniatkan dgn niat yang baik dan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dia merasa rugi dan takut masa yang berlalu itu akan ditanya oleh Allah سبحانه وتعالى nanti. Maka, Setiap niat yang baik itu meningkatkan maqam seseorang manusia disisi Allah سبحانه وتعالى. Menjadi dikalangan orang orang soleh wali Allah سبحانه وتعالى."

"Disebutkan As-Salihin itu adalah perilaku mereka yang baik yang menurut Allah سبحانه وتعالى mereka ini orang yang baik dan berhak mendapat redha Allah dan mendapat pujian daripada Allah. Mereka adalah wali-wali Allah سبحانه وتعالى. Orang-orang soleh itu adalah orang-orang yang melaksanakan hak-hak Allah dan hak para hamba-Nya."

"Kita menilai seseorang itu dia adalah orang soleh dengan kita melihat mereka dengan kita bersangka baik dengan mereka. Berdasarkan istiqamah mereka kepada agama, mengajak orang kepada kebaikan, tidak melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى. Bahkan yang makruh pon cuba ditinggalkan. Didatangkan juga mereka dengan adab dan sunnah rasulullah ﷺ. Berdasarkan penilaian itu, kita nilai dia adalah orang yang soleh. Kita sangka baik."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh. "

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa letakkan diri kita didalam majlis mereka."

"Supaya dapat menghidupkan hati kita yang mati. Melembutkan hati yang keras. Mencahayakan hati yang gelap. Bergaul dengan orang soleh dapat menghidupkan hati. Daripada orang yang jahat menjadi orang yang baik. Kerana orang solihin ini mereka mahir dalam bab hati. Mentarbiah hati. Melembutkan hati-hati manusia."

"Imam As-Syafie rah. Pernah berkata, aku mencintai orang-orang soleh walaupon aku bukan daripada kalangan mereka. Dan aku berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى moga-moga aku digolongkan bersama-sama dengan mereka. Ini imam mazhab. Ulamak. Apatah lagi kita. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى golongkan kita bersama-sama dengan orang soleh."

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Bertaubat Nasuha Akan Menghapuskan Dosa-dosa Yang Telah Lalu.


Sesiapa sahaja yang masih lagi terperangkap di dalam jerangkap dosa ciptaanya sendiri agar berusaha memandang berat setiap dosa yang dilakukanya kerana janganlah kalian melihat akan kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa dosa itu dilakukan.

Terdapat empat syarat-syarat taubat dan pelengkap kepada taubat :

Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulama berdasarkan hadis dan ayat-ayat al-Quran ialah :

1. Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu.

2. Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu.

3. Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu.

4. Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.

Dan terdapat sepuluh (10) syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat utama di dalam bertaubat ialah :

1. Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah SWT

Tidaklah dikira bertaubat jika meninggalkan dosa tersebut disebabkan tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut,atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.

Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.

Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badanya,seperti seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang bakal menimpanya nanti, atau takutkan dijangkiti penyakit kelamain atau HIV dan sebagainya.

2. Hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.

Ini kerana orang yang telah bertaubat dengan taubat yang sahih itu tidaklah boleh dia merasa suka bahkan berbangga pula dengan dosa-dosa yang dilakukanya dahulu ketika mana dia teringat kembali dosa-dosanya atau menceritakanya kepada orang lain (atas niat memberi pengajaran), ataupun ada terselit suatu niat ingin kembali melakukan dosa-dosa terdahulu itu.

3. Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah,kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun, dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti, itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah.

4. Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yakin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah SWT apabila melakukan dosa.

5. Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu sebanyak yang boleh,seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang fakir miskin.

6. Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.

7. Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada kawan-kawan lama yang suka kepada maksiat dan insan-insan lain yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.

8. Hendaklah dia menghapuskan segala perkara-perkara haram yang masih wujud lagi didalam simpananya seperti benda-benda yang memabukkan, gambar-gambar lucah serta video-video lucah, pakaian-pakaian yang menjolok mata,yang mana semestinya dia menghapuskanya atau membakar kesemuanya, kerana kebanyakkan manusia-manusia yang telah bertaubat tidak dapat beristiqamah di dalam bertaubat kepada Allah adalah kerana masih ada lagi perkara-perkara haram ini di dalam simpananya, semoga Allah memberikan jalan istiqamah kepada setiap insan yang bertaubat.

9. Hendaklah dia memilih rakan-rakan yang soleh dan baik akhlaknya yang boleh menolongnya mencari jalan keredaan Allah sebagai mengganti rakan-rakanya yang lama yang boleh mengajaknya kembali kepada dosa-dosa lamanya.

Begitu juga hendaklah dia cuba menghadiri majlis-majlis zikir kepada Allah ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat agar dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah supaya tidaklah dapat syaitan itu mencari peluang membisikkan kepadanya agar teringat kembali dosa-dosa lamanya.

10. Dan yang paling penting…Hendaklah dia cepat-cepat bertaubat sebelum al-Ghargharah dan juga sebelum terbitnya matahari dari sebelah Barat.

Apakah al-Ghargharah itu ?? : iaitu suatu suara yang terkeluar daripada kerongkong di saat roh ditarik keluar daripada jasad yang bermaksud hendaklah dia bertaubat sebelum datangnya kiamat kecil (kematian) dan kiamat besar berdasarkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wasalam :

من تاب إلى الله قبل أن يغرغر قبل الله منه

Maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya al-Ghargharah maka akan diterima Allah akan taubatnya."(Hadis riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)

من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه

Maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah Baratnya,maka akan diterima Allah akan taubatnya." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)

Memperbanyakkan membuat amal kebaikkan, antaranya ialah membuat solat taubat alam usaha untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Dari Abu Bakar radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : "Tidaklah seorang lelaki itu yang melakukan dosa kemudianya bangun dan membersihkan diri (berwuduk) kemudian bersolat (solat taubat dua rakaat) kemudianya meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan akan diampunkan Allah baginya ,kemudian beliau membaca ayat ini :

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah ,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui”(Surah Ali-Imran ayat 135) (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Imam Abu Daud)

Dan perbanyakkanlah beristighfar (meminta keampunan kepada Allah) sepertimana yang dilakukan oleh baginda :

قال أبو هريرة : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

Bermaksud : Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali (Hadis riwayat Imam Bukhari bernombor : 6307)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أيها الناس! توبوا إلى الله. فإني أتوب، في اليوم، إليه مائة مرة

Bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali "(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hidup di Dunia Hanya Sementara dan Akhirat Adalah Tempat Yang Kekal Abadi

Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia . Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka.

Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Itulah di namakan kehidupan di alam fana. Sungguh berbeda dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat  nanti. Barangsiapa senang, maka ia akan selamanya senang (Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan ini). Barangsiapa menderita, maka ia akan menderita selamanya (na’udzu billahi min zalik).

Al-Quran menyebutkan bahawa kehidupan di dunia tidak lebih hanya main-main dan senda gurau semata:.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letakkan sepenuh pengharapan. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya.

Bersabda Rasulullah Sallallahu ’Alaih Wa sallam: “Doa orang yang sedang menderita (kesedihan yang mendalam) ialah: "Ya Allah, RahmatMu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan segala urusanku kepada diriku sendiri walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Ilah yang berhak disembah selain Engkau.” (HR Abu Dawud)

Seorang yang sangat takut dengan kehidupan dunia, dan hidupnya zuhud dan warak, ketika meninggalkan rombongan malaikat suci, hamba-hamba Allah yang sangat dekat kepada-Nya, datang menjemputnya menuju ke tempat yang  kekal abadi untuk selama-lamanya iaitu syurga Allah  SWT yang tertinggi bernama Syurga Firdaus.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash  ayat  83).

DOA MURAH REZEKI YANG DIBACAKAN OLEH NABI SAW KEPADA ANAS BIN MALIK R.A

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: "Ya ALLAH,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir ( kata ganti nama) huwa (hu) kepada dhomir hiya (ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa (dia lk) atau hiya (dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: "Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…"

Berkat doa Nabi SAW kepada Anas r.a, ALLAH telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi ALLAH, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun (satu riwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

Amalkan doa yang Nabi SAW ajarkan kepada sahabat baginda. Untuk diri kita, anak-anak dan sahabat-sahabat kita.

10 Ciri Peribadi Muslim Yang Berkualiti

1. Menjaga Kekuatan Jasmani

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan"

Hadis Sahih Riwayat Muslim (no. 2664); Ahmad (II/366, 370); Ibnu Mâjah (no. 79, 4168); an-Nasâ-i dalam Amalul Yaum wal Lailah (no. 626, 627)

2. Berakhlak Mantap

Nabi SAW bersabda :

إِنَّ اللهَ كَرِيْمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ وَمَعَالِيَ اْلأَخْلاَقِ وَيُبْغِضُ سِفْسَافَهَا

“Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina."

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda :

  إنَّ مِنْ خِيَارِكُمْ أَحْسَنَكُمْ أَخْلاَقًا

"Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya."

(Hadis Riwayat Ahmad)

3. Mempunyai keilmuan (tsaqafah) yang tinggi

Firman Allah SWT.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Mujadilah ayat 11)

Dari Muawiyah ra, Rasulullah SAW bersabdamaksudnya: ” Barangsiapa yang Allah SWT menginginkan kebaikan padanya , maka akan difahamkan dalam masalaah agama ! ”

(HR Bukhari dan Muslim )

4. Mampu mencari rezeki sendiri.

Dari Abu Mas'ud al-Badriy r.a. dari Nabi SAW baginda bersabda :

Apabila seseorang menaafkahkan harta untuk keperluan keluarganya dan berharap dapat memperoleh pahala, itu akan dicatat sebagai pahala baginya"(Muttafaq 'alaih).

Rasulullah SAW bersabda:

وَمَا سَبِيلُ اللَّهِ إِلا مَنْ قُتِلَ ؟ مَنْ سَعَى عَلَى وَالِدَيْهِ فَفِي سَبِيلِ اللَّهِ، ومن سعى على عياله ففي سبيل الله، وَمَنْ سَعَى مكاثِرًا فَفِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ.

“Memangnya jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) saja? Siapa yang bekerja untuk menghidupi orang tuanya, maka dia di jalan Allah, siapa yang berkerja menghidupi keluarganya maka dia di jalan Allah, tapi siapa yang bekerja untuk bermewah-mewahan (memperbanyak harta) maka dia di jalan thaghut.” (HR Thabrani, Al-Mu’jam Al-Ausath).

5. Akidah yang sejahtera.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-

“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:

* Percaya kepada Allah

*Percaya kepada Malaikat

* Percaya kepada Kitab

*Percaya kepada Rasul

*Percaya kepada Hari Kiamat

*Percaya kepada Qada’ dan Qadar

6. Ibadah yang sahih.

Urusan ibadah berpegang pada dalil yang jelas iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an ..

(Surah Ali Imran ayat 103).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..."

(Surah Al-Hasyr ayat 7).

Dengan yang demikian, maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, wajiblah seseorang itu menurut ajaran kitab Allah dan menjauhkan diri dan segala larangannya.

Hadis Nabi SAW.

4- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW"

(Hadis Riwayat Imam Malik).

7. Mujahadah diri.

Firman Allah SWT

(٦٨)وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"

(Surah Al Ankabut ayat 69)

Tafsirannya : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (bermujahadah)”. (Tafsir Pimpinan al-Rahman;1052)

8. Menjaga masa,

Firman Allah SWT.

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”

(Surah Al ‘Ashr ayat 1-3).

9. Tersusun urusannya

Sabda Rasulullah SAW  “Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

10. Bermanfaat kepada semua.

Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”

(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

Ya Allah, Jadikanlah Aku Termasuk Hamba-Hamba-Mu Yang Sedikit

مَرَّ سَيِّدُنَا عُمَرَ بنَ الخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ذَاتَ يَوْمٍ بِرَجُلٍ فِيْ السُّوْقِ.

فِإِذَا بِالرَّجُلِ يَدْعُوْا وَيَقُوْلُ:.

Suatu hari, Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab رضي الله عنه pernah melewati seorang lelaki di pasar, lalu orang tersebut berdoa dan mengucapkan :

« اللهم اجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ القَلِيْلِ … اللهم اجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ القَلِيْلِ »

Ya Allah, Jadikanlah diriku termasuk hamba-hamba-Mu yang sedikit… Ya Allah, Jadikanlah diriku termasuk hamba-hamba-Mu yang sedikit...

فَقَالَ لَهُ سَيِّدُنَا عُمَرَ: مِنْ أَيْنَ أَتَيْتَ بِهَذَا الدُّعَاءِ؟

Lantas Sayyidina Umar pun bertanya :

“Darimana kamu dapati doa seperti ini??”

فَقَالَ الرَّجُلُ: إنَّ اللهَ يَقُوْلُ فِي كِتَابِهِ العَزِيْزِ:

▪Lelaku tersebut menjawab :

“Sesungguhnya Allah ﷻ berfirman di dalam Kitab-Nya yang mulia :

﴾وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ ﴿

Dan alangkah sedikitnya hamba-hamba-Ku yang bersyukur

فَبَكَى سَيِّدُنَا عُمَرَ وَقَالَ: كُلُّ النَّاسِ أَفْقَهُ مِنْكَ يَا عُمَرَ.

? Lantas Sayyidina Umar pun menangis sembil berkata kepada diri sendiri :

“Setiap orang sepertinya lebih faqih darimu wahai Umar.”

➖➖➖➖➖➖➖➖

[Atsar diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam _al-Mushonnaf_ dan Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di dalam _az-Zuhd_. Atsar ini didiamkan oleh para ulama, tidak disebutkan shahih atau dha’ifnya. Wallahu a’lam]

➖➖➖➖➖➖➖➖
PELAJARAN

إِذَا نَصَحْتَ أَحَداً بِتَرْكِ مَعْصِيَةٍ كَانَ رَدُهُ: « أَكْثَرُ النَّاسِ تَفْعَلُ ذَلِكَ، لَسْتُ وَحْدِي! »

Jika Anda menasihati seseorang untuk meninggalkan kemaksiatan, seringkali ia membantah : ramai orang  yang juga mengerjakannya. Bukan saya sendiri...

وَﻟَﻮْ ﺑَﺤَﺜْﺖَ ﻋَﻦْ ﻛَﻠِﻤَﺔِ « أَكْثَرُ النَّاسِ » فِي القُرْآنِ الكَرِيْمِ لَوَجَدْتَ بَعْدَهَا:

Namun, apabila Anda menelaah kata Aktsarun Nâs(“kebanyakan manusia”) di dalam al-Qur’an al-Karim, nescaya Anda kan dapati lanjutan setelahnya berbunyi :

﴿ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴾

Akan tetapi kebanyakan manusia tidaklah mengetahui

﴿ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ ﴾

Akan tetapi kebanyakan manusia tidaklah beriman

﴿ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ ﴾

Akan tetapi kebanyakan manusia tidaklah bersyukur

وَﻟَﻮْ ﺑَﺤَﺜْﺖَ ﻋَﻦْ ﻛَﻠِﻤَﺔِ « أَكْثَرَهُمْ » لَوَجَدْتَ بَعْدَهَا:

Dan jika Anda menelaah kata Aktsaruhum (“Kebanyakan mereka”), nescaya anda dapat lanjutan setelahnya berbunyi :

﴿ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴾

Akan tetapi kebanyakan mereka tidaklah mengetahui

﴿ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ ﴾

Kebanyakan mereka tidaklah berakal/memahami

﴿ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴾

Namun kebanyakan mereka tidaklah beriman

﴿ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ ﴾

Akan tetapi kebanyakan mereka tidaklah bersyukur .

Oleh itu jadikanlah diri anda orang- orang yang bersyukur kerana majoriti manusia tidak tahu bersyukur  atau tidak mahu bersyukur.