Pages

Wednesday, 4 March 2015

Kisah Gadis Dan Ibu.

Bissmillahirrohmaanirrohim..

Sayyidina Umar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah menjadikan berjalan malam untuk melihat keadaan rakyatnya. Satu malam dia terdengar dialog antara seorang ibu tua bersama anak gadisnya yang juga bernama Fatimah.

Fatimah dinikahkan dengan anak Saidina Omar Al Khattab yang kerana Fatimah melarang ibunya mencampurkan air dlm susu untuk jualan adalah menjadi satu kesalahan walau pun Khalifah Omar tidak melihatnya kerana Allah masih melihat.

Dari zuriat anak Saidina Omar dan Fatimah ini maka lahir Omar Bin Abd Aziz, cicit kepada Saidina Omar Al Khattab.

Puisi Keinsafan.

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
Semoga orang yang memiliki ihsan
mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku,
aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu akan
memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika
menyebut/mengingati Rabbnya
Dan bilamana dia bersama selain
tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata:
Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia...

Puisi Imam As- Syafi'e

Pintu Tawaduk.

"Setelah bertahun2 menuntut ilmu, seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya. Ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya."
"Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya.

Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat,pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak
menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku.
"Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik dhati pemuda itu mengatakan "lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari
pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari."

Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata "pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal" Lalu terdetik dalam hatinya "di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah SWT tetapi anjing ini tidak,aku akan dihisab oleh Allah tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu."
"Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku.

Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" kata pemuda itu "Tidak, aku tidak jumpa seorangpun yang jahil daripada aku melankan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain."

"Kata bapanya, "sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat"

Sumber : Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Thursday, 25 December 2014

Doa Untuk Pantai Timur

Assalaamu'alaykum Wbt & Good Day,

✨"Wahai bumi, telanlah Airmu. Wahai langit, hentikanlah Hujan"💦
(Surah Hud : 44)

As this may be the worst Flood in history (Na'uuzubillaahi min zalik), please keep the Du'a & Donations consistently coming in. Allaahummaa Robbii Yassir Walaa Tu'assir..👐

#PrayForPantaiTimur✨

Saturday, 15 November 2014

Soul Reflection

Assalamualaikum...

- Soul Reflection kita hari ni-

✨Tak perlu menunggu tua untuk menjadi Dewasa. Tak perlu melakukan kesilapan untuk menjadi Matang. Semuanya bermula dari Sikap & keSedaran.

And Don't Hurt others just because we are hurt, especially our loved ones. Don't👆✨

Thursday, 13 November 2014

Soul Reflection..

Assalamualaikum...

- Soul Reflection kita hari ni..

✨Bangkitlah daripada segala masalah & berNafaslah dengan penuh keSyukuran kerana masih dikurniakan nyawa untuk membuat Amal kebajikan.

And never waste a moment OverAnalysing problems & issues that may bug us for long, as they would all b petty & trivial the moment we are 6 feet under. Keep Calm by learning to Focus & Prioritise👆✨

Thursday, 6 November 2014

Soul Reflection.

Assalamualaikum n salam jumaat..

- Soul Reflection kita pagi jumaat 13 Muharam 1436-

.. Tetapkanlah matlamat Cinta bersama hingga ke Sana. Syaitan pula suka segalanya binasa. Bumi dah tua, tanda kiamat pun banyak menjelma. Terimalah kelemahan insan sekeliling kita, asalkan tidak melanggar Agama.

Avoid focusing on the rough edges because everyone has their Flaws & Insecurities, focus on the Heart inside..