Pages

Tuesday, 20 March 2018

ZIKRULMAUT DARI USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI.


● Hidup ini menuju senja, umur pun semakin senja, selepas senja alam ini akan gelap, demikian juga umur kita, semakin gelap menuju ke barzakh, kereta dan rumah kita yang di bangga itu akan di tinggal jua, yang di bawa amalan sahaja, bawalah amalan yang mulia untuk di pertontonkan di hadapan yang esa, mengapa kita biarkan diri menjadi pendosa? dengan dosa fitnah dari tulisan yang di tulis di wall FB atau whatsaap sesama kita itu kan akan menjadi gunungan dosa di saat kita tiada lagi di dunia ini. Kan sia sia amalan kita!!, di dunia pun sengsara, di barzakh kecewa, diakhirat menjadi bahan neraka? mahu kah begitu kesudahan hidup kita?.. belajarlah dari senja..

● Kita akan menyesal apabila kita mula di paksa memasuki ruang tanah yang sempit itu, tanah kubur!!.. saat kita di beri peluang hidup di dunia ini, sibuknya kita menjaga manusia melebihi dari kita jaga Allah, menjaga manusia  sehingga hilangnya pergantungan kepada Allah, jaganya air muka supaya tidak jatuh dihadapan manusia tetapi sanggup menjatuhkan syariat Allah.. jaganya perasaan manusia tetapi melanggar perintah Allah.. saat di paksa masuk ke dalam ruang sempit itu, tanah itu mula menghimpit.. tiada ruang lagi, dada semakin sempit.. jagalah Allah!! pasti Allah melebarkan kesempitan kearah keluasan akhirat!!

● Usahlah mengeluh kepenatan dan bebanan terhadap perjalanan hidup ini, kerana setiap sesuatu itu telahlah di tetapkan oleh Nya, bersyukurlah setiap masa, moga kita menjadi manusia yang di ta'jub oleh para malaikat disisiNya, kita hanya hamba.. selayaknya kesyukuran itu sentiasa meniti di bibir bibir kita..

● Seluruh manusia dibangkitkan nanti di akhirat kelak.. hari-hari akan terasa sangat panjang dan manusia berputus asa di padang mahsyar..
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah dan layak untuk menerima syafaat Rasulullah SAW kelak.

● Ketika kehidupan berkejaran dengan dunia.. saat itu tiba tiba di panggil mengadapNya.. perbanyakkan amalan utk saat bersendirian..

● Apabila kita dikhianati dan di zalimi, berdoalah kepada Allah tempat kita mengadu, berceritalah kepadaNya terhadap kejahatan yang dilakukan oleh pelaku, meminta kepada Allah supaya Allah lah sebaik pembalas kepada pelaku, manakala pelaku kezaliman pun berhak utk berdoa.. kepada Allah sebaik di adu.. usahlah takut terhadap doa jika tidak dilakukan pengkhianatan dan kezaliman itu.. mengadulah kepada Allah menafikan munajat itu.. media pulak usahlah menjadi batu api? berpuluh tahun dah di baca doa qunut nazilah itu.. tak faham ke atau hati dah jadi batu?.. moga Allah memustajabkan doa hamba yang dizalimi dan di khianati itu.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

● Melayan rasa dengki, menambahkan lagi rasa sakit di hati, perasaan berkecamuk merosakkan diri, pahala pun hilang sepi, syaitan pula bersorak menari, gembira kerana ada pengikutnya tersendiri, mengapa dibiarkan hati membangkitkan rasa dengki?, kerana merasa pahala sudah banyak setiap hari? lalu jari kita menulis kata kata keji? meluahkan rasa hati?.. inikah mukmin sejati? yang mendapat tarbiah dari Al Qurani?.. mukmin, setiap kali melihat rezeki yang di nikmati, oleh sesiapa sahaja di sisi, lalu bibirnya dan tulisannya akan mengambarkan kesyukuran kepada ilahi, walaupun bukan nikmat itu untuk dirinya, namun ia tetap mensyukuri.. mukmin jua yang menikmati, mungkin suatu hari nanti, Allah akan memberi kepadanya suatu hari nanti.. tidak disini atau di sana nanti, syurga yang menanti..sabarlah duhai hati...

● Sesaat kepenatan perjalanan hidup, usahlah mengeluh dan berduka, kita ada Allah tempat mengadu dan bercerita, betapa kita di uji dan di uji.. tanda sayangNya kepada kita.. bersabarlah duhai hati..

● Lima amalan menolak bala mendekatkan rahmatNya
1) Doa setiap saat dan masa
2) Syukur diatas setiap nikmat
3) Bersedeqah secara sembunyi dan terangan.
4) Menolong orang yang susah dan lemah
5) Menyambung silaturahim yang terlerai.
Ayuh!!.. berkejaranlah..

● Demikianlah hidup di dunia ini, penuh kepenatan namun sebentar lagi akan melalui saat nikmat dengan kerehatan.. memilih berehat di dunia akan menyebabkan kepenatan di sana nanti.. duhai mukmin, sabarlah dengan kepenatan ini..

● Setiap kali kita melihat dan merasa nikmat, ulanglah rasa syukur di bibir kita, agar terulang lagi nikmat yang di kecapi itu, tidakkah Allah mengajar kepada kita sekiranya kita bersyukur akan di tambah lagi nikmat yang lain?.. syukur sehingga taat..

● Usahlah terlalu leka kerana kematian itu bila-bila masa sahaja...
kitakan di panggil bila bila masa sahaja..
masa kita semakin tiada bila bila masa sahaja..
tenaga kitakan longlai bila bila masa sahaja..
nafaskan semput bila bila masa sahaja..
teman teman kan menjauhi kita bila bila masa sahaja..
pakaian kita kan di lucutkan bila bila masa sahaja..
penghormatan terakhir kan terjadi bila bila masa sahaja..
Solat Jenazah untuk tubuh yang kaku bila bila masa sahaja..
wajah yang pucat kan terjadi bila bila masa sahaja..
cuma kita masih leka.. bila bila sahaja...
sampai bila kitakan begini?? bila .. bila yang tiada kesedaran mengunjungi kita ini...

● Kita dan musuh kita, terhadap syaitan, hendaklah sentiasa peka dan memasti gerak gerinya, tidak terperangkap dgn lagaknya, sentiasa berwaspada setiap masa dan ketika agar tidak lena dan hanyut dengan khayalan dan angan angan yang di muluk muluknya, begitulah syaitan menghanyutkan manusia, agar tidak di ketahui matlamat hidup sebenarnya.. akhirnya mati disaat iman sudah tiada di jiwanya..nauzubillah

Manakala musuh yang berupa manusia pula, tidaklah terlalu membencinya dan tidaklah terlalu dekat terhadapnya, kerana terlalu membencinya suatu ketika ia menjadi sahabat kita pula setelah di bolak balikkan hatinya, terkadang pula sahabat yang karib menjadi musuh yang jauh pula lagaknya.. demikianlah manusia..hatinya itu tidak mampu di baca dan ditafsir di sebabkan sikapnya yang sering berubah dari hati yang tidak istiqamah.. Istiqamahlah di jalan agama ini!!!

● Ketika kita menyimpan dendam di hati, saat itu syaitan berpesta kegembiraan, berterusan membangkit rasa benci di jiwa, agar hati kita sentiasa terluka, di mamah usia yang panjang untuk menyembuhnya, tidak padan hanya sekali dan sekala duduk mendengar kuliah sahaja, ia memerlukan kesungguhan dan ketabahan untuk mengubati penyakit yg dendam yang merosakkan jiwa dan masa depan kita.. berdoalah agar jiwa kita tidak begitu jadinya.. berlatihlah agar menjadi jiwa yang menerima setiap pemberiannya..

● Kehidupan ini berbeza kehidupan diantara sesama kita, Allah jadikan adanya yang sihat dan adanya yang sakit, terkadang kehidupan diatas dengan kemewahan dan terkadang di bawah dgn kesengsaraan, Allah tidak menguji hambaNya kecuali yang mampu kita lalui..

● Pagi dan petang merimbun dan menimbunkan amalan agar ia menjadi berkekalan untuk dihadapkan di hadapan Allah.. pemilik alam..

● Menghadirkan diri ke majlis ilmu, menghidupkan hati yang hampir mati, kematian hati itu menjadi bahaya kala hidupnya jasad, namun hati itu sudah mati menyebabkan ia hilang pertimbangan sebagaimana kenderaan menuruni cerun yang curam dalam keadaan engine yang mati.. demikian lah jiwa manusia!!

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment