"Dan Allah s.w.t mewasiatkan kamu tentang anak-anak kamu. Didiklah, berilah hak tarbiyah buatnya. Kamu hendaklah ambil berat amanah dari Allah s.w.t. Kerana segalanya akan ditanya oleh Allah. Jadikan kita disayangi oleh Allah s.w.t, kerana anak anak kita yang soleh. Dan kita diberi darjat dan kelebihan oleh Allah kerana anak anak kita yang soleh."
"Ibu itu madrasah pertama yang menentukan batu asas, kukuhnya bangunan, tinggi rendahnya, kental lemahnya peribadi dan akhlak anak. Ibu mendidik anak tanpa ayah tak sama dengan ayah mendidik anak tanpa ibu, menunjukkan betapa besarnya peranan ibu."
"Contohilah dan baca bagaimana hebatnya Ibu Imam As-Syafie dan Ibu Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani anak terkesan dengan ibadah ibunya, visi ibunya. Rasulullah ﷺ, Ajarkan kepada kita. Ajarkan anak kamu tiga perkara. Yang pertama, Cinta kepada Rasulullah ﷺ. Yang kedua, Cinta akan ahli keluarga Baginda Rasulullah ﷺ. Dan yang ketiga, Ajarkan anak kamu Al-Quran."
- Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abiddin Bin Abu Bakar Al-Hamid -
Murobbi❤️
No comments:
Post a Comment