Pages

Thursday, 25 September 2014

Seloka pesan

langit biru dipandang mata
desiran angin penyaman diri
walau hidup penuh dosa
hanya Allah yang bisa mengampuni..

seribu bintang cuba dibilangi
dengan telunjuk cuba dihitungi
berdosa pada manusia harus didatangi
memohon ampun segala kesalahan diri.

berjiwa kental anak jantan
tidak mengundur walau sehasta
mohon ampun taubat pada Tuhan
mohon ampun maaf pada manusia.

sang helang terbang kesini kesana
terbang helang dengan gembira
bersangka baik dengan Maha Kuasa
bersangka baik juga sesama manusia.

sedang asyik melihat pelangi
burung berkicau riang berkawan
telah tertulis segala takdir diri
Izrail menjemput atas perintah Tuhan......

dalam bakul terisi lada
lada dipetik seorang diri
jangan disangka banyaknya amal kita
terlepas dari seksa dikubur nanti.......

bila jasad dikuburkan
tanah ditimbus lalu ditinggalkan
talqin dibaca tanda diakhiran
hanya amalan menjadi teman.

jasad kaku seorg pembaringan
tiada apa yg dpt dilakukan
tiada apa yg dibawakan
hanya sehelai kain kafan.

segala amal menjadi teman
dikala sendiri mengharap redha
segala amal haruslah diikhlaskan
kepada Allah yang Maha Pencipta..

berkereta mewah penghias hidup
berjalan kaki tanpa mengira
segala harta dunia dikala hidup
menjadi milik waris segala..

bermain kasih bersama suami
itulah hakikat insan beriman
sahabat terbaik ingat mengingati
walau pun sering aku kesasaran..

seiring berjalan berpegang tangan
tanda merindu kasih sejati
ingin hidup mati seiringan
ingin bersama sehingga ke syurgawi.....

segala amal menjadi teman
dikala sendiri mengharap redha
segala amal haruslah diikhlaskan
kepada Allah yang Maha Pencipta..

terbentang luasnya alam ciptaan
tak tercapai mata memandang
hanya dengan akal ia disempurnakan
akal berserta ilmu iman dipasang...

Terasa haus nak minum oren
Hihihi...inilah hidup dalam green............

25/9/14
5.15pm

Thursday, 18 September 2014

Omar Mukhtar

{Tahukah Anda?}

Omar Mukhtar, mungkin nama ini adalah satu nama yang asing bagi kebanyakan dari kita. Beliau bukanlah pembebas Baitulmaqdis seperti Sultan Salahuddin Al Ayubi ataupun bukanlah pembuka kota Konstantinople seperti Sultan Muhammad Al Fateh, beliau hanya seorang tua yang berjuang mempertahankan agama dan tanah airnya hingga ke titisan darah terakhir.

Omar Mukhtar di lahirkan di daerah Barqa (Libya) pada tahun 1858 & merupakan seorang guru yang mengajar Al Quran. Walau bagaimanapun kehidupan beliau berubah
pada tahun 1911 apabila Itali berjaya
mengalahkan Empayar Uthmaniyah melalui pengkhianatan lalu menjajah Libya.

Pada awal tahun 1912 bermula jihad Omar Mukhtar melawan penjajah Itali.
Perjuangan Omar Mukhtar menentang penjajah Itali berlangsung hampir 20 tahun lamanya. Di dalam masa tersebut, beliau telah berjaya mengalahkan pasukan tentera Itali beberapa kali walaupun pasukan tentera Itali mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap dan maju spt kereta perisai dan juga kapal terbang.

Kebolehan Omar Mukhtar untuk mengalah pasukan tentera Itali adalah krn kebolehannya di dalam merancang peperangan gerila dan juga kebolehannya untuk menyusaikan diri dengan setiap perubahan strategi yang di buat oleh pasukan Itali.

Oleh kerana kehebatan beliau di dalam peperangan gerila di padang pasir, beliau di beri gelaran "Singa Padang Pasir" oleh musuh2nya.
Pada 11 September 1931, telah tercedera di dalam sebuah pertempuran dan pihak tentera Itali akhirnya berjaya menawan beliau. Pada 14 September 1931, mahkamah tentera Itali telah memerintahkan agar beliau di hukum gantung sampai mati dan pada 16 September di usia 73 tahun,beliau telah digantung di khalayak ramai.

Wednesday, 17 September 2014

Istidraj. ( sambungan)

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At- Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu,
kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak solat,puasa pun tak pernah, rumahnya besar tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya"(Kitab Nasaibul’Ibad). Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun,
tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai2 pun menjadi kelkatu.Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka
terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa2nya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dpt menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa
redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat......Insyaallah.

Khusyuk

Rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Istidraj

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada seseorang tetapi pemberian itu tidak diredhai oleh Allah......Ini istidraj.

Manusia istidraj

Manusia yg lupa daratan. Walaupun buat maksiat,dia rasa Allah sayang kata dia..
Dia pandang hina org yg beramal soleh.....

“Dia tu siang malam ke masjid...beskal pun tak mampu nak beli.. aku selalu gi kelab malam pun dengan kereta mahal2...

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah2...Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,

Sebenarnya kdang2 Allah bg nikmat yg banyak dgn tujuan utk hancurkannya......

Inilah yg kita namakan ISTIDRAJ........

Tuesday, 16 September 2014

Lupa Diri dengan Ujian

Berhati2 dengan Ujian dikurniakan Pangkat & keMewahan, jangan sampai Lagak berlebihan, Insan lain dikenakan, budi pekerti hilang, Allah Maha Memandang..

Stay close to our Roots, who we really are & where we come from. Should we ever face those who forgot their Roots by being Rude & Harsh towards Us, simply Kill them with Kindness

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

PETIKAN DARIPADA 40 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN.

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Ertinya:
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". (H.R. Bukhari)

Keterangan

Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai­rarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya   Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.

Monday, 15 September 2014

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

DIPETIK DRP 40 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN..

HADITH 4..

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." 
(H.R. Muslim)

KETERANGAN..

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Kelebihan menuntut ilmu.

Riwayat:  Abu ad-Darda' r.a.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Huraian Hadith:
Pengajaran hadith:

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

40 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah, Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."   ( H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah)...

Sedekah..

BerSodaqoh secara berterusan akan mempermudahkan segala Urusan, itulah janji Allah, tuhan semesta alam.

And the best form of Sodaqoh is when we Give others our TIME unconditionally, KNOWLEDGE that could benefit them & WEALTH that would assist them..

Friday, 5 September 2014

Nasib dan Usaha

Assalamualaikum..

Sarapan minda kita pepagi Sabtu ni......

⚫Kejayaan adakalanya hadir melalui Nasib sebagai asbabnya. Tapi Nasib semata tidak mungkin hadir tanpa diawali Usaha. Sesungguhnya, Rezeki hadir apabila seseorang bersedia menerimanya setelah berusaha...😎😎

Indeed, Luck is when Opportunity meets Preparation. We gotta prepare with the life we want first through Efforts & Prayers. InshaAllah one fine day as we have the will to prepare, Luck through Opportunity comes knocking on the door.......🏁

Wednesday, 3 September 2014

Ikhlaskan. .


DUIT adalah Akibat daripada sebab yg kita Buat. Ikhlaskan diri dalam pemberian, jangan diingati setiap yg diSedekahkan, barulah melimpah Rezeki & Rohmah Allah yg datang.

Be wary of whatever we plan to do as they affect us in the long run. But remember to always keep on Giving as the more we sincerely Give, the more we happily Get..