Pages

Saturday, 30 June 2012

PENGAJARAN DARI SEJARAH SILAM


 Kita telah acap kali dikejutkan dengan kisah-kisah gay dan juga  satu video pengakuan seorang lelaki yang mendakwa dirinya‘gay’. Video I’m gay I’m ok itu seolah-olah ingin memutar-belitkan pemikiran masyarakat. Dengan kata-kata tagihan simpati agar masyarakat memahami golongan mereka mendapat jutaan cemuhan daripada orang ramai. Dia seperti sudah hilang malu. Ingin masyarakat memahami diri mereka sedangkan mereka sendiri tidak memahami diri sendiri. Adakah amalan yang betul-betul songsang dengan fitrah manusia itu dikatakan ‘masuk’ dengan jiwa mereka? Alangkah bodohnya mereka.

Manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi. Dan salah satu fitrah semulajadi itu adalah lelaki berkehendakkan kepada pasangannya iaitu wanita dan sebaliknya. Jika manusia melawan fitrah semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, maka nantikanlah azab dariNya.

Di dalam Al-Quran telah dirakamkan sejarah umat terdahulu. Antara sejarahnya adalah kaum Nabi Luth yang mengamalkan amalan homoseksual. Perlakuan ‘gay’ yang telah diamalkan oleh kaum Nabi Luth dahulu telah mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Walaupun telah diutuskan seorang nabi untuk mengajak meraka kembali kepada fitrah, namun mereka masih melawan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT. Nah, satu azab yang dahsyat telah Allah timpakan ke atas mereka. Bumi telah diterbalikkan dan ditelingkupkan ke atas golongan yang ingkar ini.

Ayat ke-82, surah Hud memperlihatkan secara jelas azab yang menimpa kaum Nabi Luth :
  Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.Kesan azab Allah SWT masih boleh dilihat pada hari ini. Laut Mati, Jordan merupakan kawasan peninggalan kaum songsang yang telah diazab. Banyak peninggalan Nabi Luth yang masih kekal, antaranya ialah runtuhan kota, artifak-artifak lama dan sebagainya. Hari ini, ramai pelancong melawat kawasan tersebut tetapi sejarah dan pengiktibara berkenaan tempat tersebut tidak diambil tahu.
Justeru, penting bagi kita mempelajari sejarah-sejarah umat terdahulu dan memahami apa yang telah Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran agar kehidupan yang sedang kita lalui berada di landasan yang betul. Jangan sampai hidup kita dimurkai Allah.

Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk membawa manusia ke landasan yang diredhaiMu. Bukalah pintu hati kami dan pintu hati masyarakat yang bakal kami depani Ya Allah..limpahilah rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami Ya Allah..
Kebinasaan Kaum Pompeii

Ibarat seperti balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan seks sejenis ( Gay dan Lesbian ) , Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia."

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba, satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.
Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di temui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

Selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan. Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.


Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sejarah Kota Pompeii.

  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
  • Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
  • Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Antara beberapa penemuan duit syiling di zaman Kota Pompeii.








Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy berasal dari anak kala jengking yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata,
“Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?”
Lalu berkata Huraisy : “Aku mencari lima jenis orang .”
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

KISAH PILOT MASUK ISLAM

Assalamualaikum.

Kisah ini telah dipetik dari tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. 

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :


  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.

Monday, 18 June 2012

IMAN,TAQWA DAN CCTV.

Assalamualaikum semua...dan selamat malam..

Biasanya sekiranya kita dinasihati agar jangan melakukan kejahatan dan maksiat...kerana semua perbuatan itu akan dicatat oleh malaikat ,namun segala nasihat itu tidak akan berkesan lama diingatan kita..dan pastinya kita terlupa terus menerus melakukan kejahatan demi kejahatan .

Itulah yang Khalifah Samudera terfikir dan mengelamun apabila terlihat kamera CCTV disebuah restoran......apa kena mengena cctv yang KS lihat dengan perkara yang KS taip diatas...iaitu iman dan takut kepada Allah...tersentak KS dari lamunan apabila disapa oleh seorang rakan KS yang baru datang...woiiii berangan ka ?!!!!...
oklah kembali semula apa yang KS rasa nak share sikit apa yang KS rasa dalam diri kepada semua ...jika ianya membawa kebaikan maka ikutlah ..jika ianya sekadar coretan biasa..maka abaikanlah...

Jika kita diberi amaran bahawa ada kamera cctv yg sentiasa memantau setiap pergerakan kita dan aktiviti kita maka barulah timbul rasa takut dan sentiasa beringat2 serta takut untuk membuat kesalahan ,walaupun hanya membuang bungkusan kecil....kerana apa?....kerana ada CCTV...entah2 cctv rosak.....kekekeke.

Dalam hal ini ,apa yang KS fikir , KS sendiri adalah diantara ramai2nya manusia yang masih lagi melakukan kejahatan dan kemaksiatan sebenarnya adalah disebabkan oleh darjat atau tingkatan keimanan yg masih rendah dan belum lagi mencapai kepada tahap keyakinan yg teguh terhadap perkara2 yang ghaib.

Sebagai contoh, seseorang itu akan lebih takut kepada kamera CCTV yang memantaunya secara sementara dan terbatas daripada merasa takut kepada malaikat pencatat amal yang sebenarnya memantau kita pada setiap saat,tanpa batas waktu dan tempat..........................

Kita lebih menjaga dari berbuat kejahatan atau perbuatan dosa yg apabila diketahui oleh orang lain akan menimbulkan sesuatu yang tidak menguntungkan...kita akan lebih merasa takut apabila dosa dan kejahatan yg kita lakukan itu diketahui oleh orang lain daripada takut diketahui oleh Allah.

Namun sekiranya kita ( KS ) itu benar2 memelihara diri daripada berbuat maksiat dan kejahatan biarpun dikala diri sendirian..maka itulah dia hasil daripada rasa keyakinan yg tinggi atau disebut oleh kebanyakan ust2 " IMAN KEPADA ALLAH SWT."

Itulah dia hakikat IMAN. Iman yang kuat akan mendorong kita untuk lebih bertakwa atau takut kepada Allah,sehingga segala godaan untuk melakukan larangan-Nya dan meninggalkan perintah-Nya dapat kita patahkan...........

  Khalifah Samudera teringat Imam Ibn Taimiyah berkata :
" Selagi seseorang melakukan sesuatu,sementara dia juga mengetahui bahawa sesuatu itu mendatangkan mudharat kepadanya,maka orang seperti itu layaknya digelar orang yang tidak berakal. Sebab ,ketakutan kepada Allah memerlukan ilmu tentang Allah ...maka ilmu tentang Allah juga menghendaki ketakutan kepada - Nya .Dan takut kepada Allah harus melahirkan ketaatan kepada-Nya.Orang yang takut kepada Allah adalah orang2 yang mengerjakan perintah2-Nya serta menghindari segala bentul larangan-Nya."..................

khalifah samudera
18/6/12
1:45 AM.