Pages

Friday, 20 January 2012

KITAB SIRAH RASULULLAH S.A.W. SIRI 3

BELAH DADA.


Ketika berada bersama-sama keluarga Halimah,satu peristiwa besar telah berlaku iaitu peristiwa pembelahan dada Rasulullah s.a.w untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang terdapat didalamnya. Peristiwa tersebut membuatkan Halimah merasa takut,lalu mengembalikan Rasulullah s.a.w kepada ibunya. Halimah menceritakan kepada ibunya : " Ketika Muhammad dan saudara-saudaranya bermain-main dikawasan peliharaan kambing dibelakang rumah kami,tiba-tiba saudaranya datang mengadu kepadaku dan suamiku : saudara saya berbangsa Quraisy telah dibawa oleh dua orang lelaki berpakaian putih.Mereka telah membaringkannya dan membelah perutnya sambil memasukkan tangan-tangan mereka kedalam perutnya. Selepas itu aku dan suamiku mencarinya. Kami mendapati muka Muhammad pucat.

Selepas peristiwa itu aku dan suamiku sentiasa bersamanya. Kami bertanya kepada Muhammad : Apakah yang telah berlaku kepada mu wahai anakku ? Muhammad menjawab : Dua orang berpakaian putih telah datang berjumpaku,salah seorang daripada mereka telah berkata : kanak kanak inikah yang kita cari,kawannya menjawab : Ya. Maka mereka memegang,membaringkan dan membelah perutku.Mereka mengeluarkan sesuatu dan mencampakkannya.Aku tidak tahu apakah benda tersebut.."

Kematian Aminah Dan Abd Mutalib.
Kemudian Rasulullah s.a.w tinggal bersama ibunya Aminah. Aminah membawa Baginda s.a.w ke Madinah untuk menziarahi bapa-bapa saudara ayahnya iaitu Bani Adi bin Najjar. Ketika dalam perjalanan pulang,Aminah ditimpa penyakit dan meninggal di al-Abwa.Selepas itu Rasulullah s.a.w berada dibawah jagaan Ummu Aiman dan ditanggung oleh datuknya Abd Mutalib. Abd al-Mutalib mencurahkan kasih sayang kepada Baginda melebihi kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anaknya.Ini kerana dia dapat melihat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Muhammad mempunyai masa depan yang gemilang.Abd al-Mutalib amat memuliakan Baginda s.a.w.

Walau bagaimanapun,setelah Rasulullah s.a.w berusia lapan tahun,datuknya Abd Mutalib meninggal dunia.Selepas itu Baginda dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib.Abu Talib memelihara Rasulullah s.a.w dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Abu Talib tidak memeliki harta yang banyak,lalu Allah memberkatinya. Ketika berada dalam tanggungan Abu Talib,Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yang paling bail.Baginda bersikap qana'ah dan menjauhi perkara sia-sia yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak yang seusia dengannya. Ini adalah sebagaimana yang diceritakan oleh pengasuhnya Ummu Aiman.Apabila waktu makan,kanak-kanak yang lain akan berebut rebut untuk mendapatkan makanan,tetapi baginda tetap tenang dan menerima apa yang deberikan oleh Allah kepadanya.


Bersambung..

No comments:

Post a Comment