Pages

Monday, 17 April 2017

Majlis Ilmu, terdapat 4 jenis hidayah

1. Hidayah niat ; Tak semua orang dapat hidayah untuk berniat bagi hadir ke Majlis Ilmu. Ada sekadar sekali lalu sahaja melihat pemakluman akan adanya Majlis Ilmu tersebut. Jadi, bila kita dapat hidayah niat, InshaAllah kita akan dapat hidayah kedua.

2. Hidayah hadir ; Ada orang niat sudah ada, tapi belum dapat hadir. Hidayah untuk dia hadir ke Majlis Ilmu itu masih belum izin. Niatlah seribu kali mana pun, tapi dia belum diberi hidayah untuk hadir. Kena check balik niat semula. Datang untuk tambah ilmu atau jadi mata lalat, mencari-cari salah silap ilmu yang disampaikan. Bila dapat hadir, InshaAllah akan dapat hidayah seterusnya.

3. Hidayah faham ; Ini paling penting. Ada yang lepas 3 jenis hidayah untuk ke Majlis Ilmu, tapi dia masih belum dapat hidayah faham akan apa jua ilmu yang disampaikan. Orang faham lain, dia faham lain. Songsang. Kadang tak faham langsung. Bila seseorang itu sudah dapat hidayah faham, penyampai ilmu cakaplah bahasa apa sahaja pun, InshaAllah dia dapat faham. Penyampai ilmu itu guna bahasa kiasan pun dia dapat tangkap dan faham. Tapi, tak semua orang dapat hidayah faham. Itu yang memandai-mandai.

4. Hidayah amal ; Dia dah niat, dah hadir, dah faham tapi dia tak amal dengan apa ilmu yang dia faham dan belajar. Ribu-ribu majlis Ilmu dia hadir, siap berselfie lagi dengan penceramah dan tokoh ilmuwan yang menyampaikan ilmu, tapi bila balik rumah, tak amal langsung apa yang dia faham. Ini tentang kita jugalah. Tak amal ilmu yang difahamkan. Bila orang lain amal, dia pelik dan terus melabel.

No comments:

Post a Comment