Ketika Sh.Abdul Qadir Al-Jailani masih bayi , ibu beliau mendidiknya untuk berpuasa di bulan Ramadhan sehinggalah Sh.Abdul Qadir enggan menyusu badan ibunya disiang hari, beliau menyusu pada waktu malam sahaja.
Apabila Sh.Abdul Qadir telah mencapai usia dihantar ke madrasah.Ibunya menghantar ke rumah guru agama. Setiap kali pulang dari mengaji, beliau meminta ibunya makan,maka ibunya akan menyuruhnya solat 2 rakaat minta dari Allah. Ketika anaknya solat, ibunya akan menyediakan makanan dibawah tudung saji. Beginilah rutin Sh.Abdul Qadir setiap hari, setiap kali hendak makan akan solat 2 rakaat dan ibunya akan segera letakkan makanan dibawah tudung saji.
Sehingga tibalah suatu hari, Sh.Abdul Qadir pulang dan mendapati ibunya tiada dirumah. Seperti biasa, beliau solat 2 rakaat minta makanan dari Allah. Ibunya yang ketika itu masih dipasar baru teringat tentang anaknya dirumah. Beliau bergegas pulang dan mendapati anaknya sudah tidur. Ibunya mengejutkannya untuk makan, Sh.Abdul Qadir mengatakan dia sudah makan, ibunya kehairanan, apabila ditanya , beliau menjawab “Seperti biasa Ummi,saya solat dan makanan tersedia. Cuma makanan hari ini lebih lazat dan lagi sedap dari makanan-makanan sebelum ini”.
Maka ketahuilah ibunya bahwa anaknya telah mencapai darjat kewalian sejak usia kecilnya. Beginilah tarbiah seorang ibu kepada anak kecilnya yang akhirnya menjadi alim dan wali besar yang terkenal seantero dunia.
Apabila mencapai usia remaja, Sh.Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.
Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu lalu mereka semua bertaubat dari perbuatan jahat mereka.
Ustaz Iqbal Zain.
No comments:
Post a Comment